Untuk Sehari Saja 47

7.9K 586 86
                                    

Theo merasa menyesal kerana telah memarahi isterinya itu kalau dia tahu perkara ini berlaku past dia tidak akan membuatkan isterinya itu menangis. Sungguh dia menyesal sangat.

Tuan Thomas dan Puan Azrinah setia menjaga anak lelaki mereka itu. Mereka memberikan semangat kepada Theo untuk tetap lebih kuat lagi. Mungkin ada hikmah yang berlaku disebalik ini.

" Kalau tadi Theo tahu perkara ini berlaku pasti Theo takkan marah dekat Aisyah ibu " Ujar Theo. Air matanya berguguran jatuh. Dia menyalahkan dirinya adalah punca isterinya itu kemalangan tadi walaupun sebenarnya bukanlah salah dia.

Dania sudah ditangkap oleh pihak polis atas sebab ingin membunuh seseorang dengan segaja. Puas hati Theo melihat Dania tadi meraung minta tolong dengannya. Dah macam orang tidak waras dia melihat Dania tadi.

Kenapalah dia tidak masukkan Dania awal-awak ke lokap kalau tak mesti semua perkara ini tidak terjadi pada isterinya. Kalau isterinya dan anaknya tidak dapat diselamatkan dia tidak akan memaafkan Dania selama-lamanya.

" Dah jangan nak salahkan diri tu. Insyallah Aisyah dengan anak kamu takkan terjadi apa-apa! " Pujuk Puan Azrinah.

Dalam beberapa minit kemudian dokter yany merawat Aisyah pun akhirnya keluar juga dan dengan cepat Theo menghampirinya.

" Isteri dan anak aku macam mana ? " Soal Theo.

Jantungnya sudah berdetak dengan laju kerana takut dokter yang berada dihadapannya ini menyampaikan berita yang buruk padanya.

" Isteri encik selamat " Balas dokter tersebut. Theo menghela nafas lega.

Theo masih lagi memandang dokter tersebut kerana dokter itu belum lagi memberitahu keadaan kandungan isteri dia sama ada selamat atau pun tidak.

" Kandungan isteri encik juga selamat cuma isteri encik belum sedarkan diri lagi " Jelas dokter tersebut sambil tangannya menepuk bahu Theo lalu dia berlalu pergi dari sana.

Theo terdiam tidak tahu hendak berkata apa pun. Mulutnya terkunci rapat, binggung hendak berkata apa. Walaupun sudah menerima khabar baik bahawa isterinya dan kandungan isterinya itu selamat tetapi isterinya itu masih belum sedarkan diri.

Apa guna dia hendak bergembira kalau isterinya itu masih tidak sedarkan diri. Tangannya menolak pintu bilik wad yang khas untuk isterinya itu. Matanya tertumpu ke arah isterinya yang sedang berbaring tidak sedarkan diri di atas katil.

Langkah kakinya menghampiri isterinya yang sedang terbaring di atas katil itu. Mulutnya dibawa pada dahi isterinya itu lalu dikucup lembut dahi Aisyah. Sungguh dia sangat rindukan suara isterinya itu, rindu dengan manja isterinya dan rindukan semua tentang isterinya itu/

'' Bangunlah sayang, abang rindu nak dengar suara sayang ni '' Gumam Theo sendiri. Tangan isterinya itu dielus lembut.

Kenapa isterinya ini masih lagi belum membuka mata.

'' Sayang marahkan abang ke ? Sampaikan sayang tidur lama macam ni. Bangunlah sayang '' Air matanya dengan perlahan mengalir di pipinya itu. Dikucup berkali tangan isterinya itu.

Puan Azrinah dan Tuan Thomas masuk ke dalam bilik tersebut untuk melawat menantu kesayangan mereka. Mata mereka terlihat pada anak lelaki mereka yang sedang tertidur di bangku sambil menggenggam erat tangan Aisyah. Rasa kesian pula mereka melihat keadaan anak mereka yang sekarang. Tidak terurus

'' Nak '' Kejut Puan Azrinah sambil tangannya itu menyentuh lembut bahu anaknya. Risau melihat keadaan anak lelakinya itu

Dengan perlahan-lahan Theo membuka matanya itu bila mendengar suara ibunya. Mata tertuju ke arah ibu dan ayahnya yang sedang berdiri dihadapannya itu.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now