Untuk Sehari Saja 50

7.6K 437 64
                                    

Carlsen mengetuk pintu bilik Theo dan Aisyah.  Aisyah yang sedang membetulkan tudungnya mahu membuka pintu tetapi dengan cepat Theo menahanannya.

" Biar abang yang buka " Ujar Theo.  Aisyah hanya mengangguk.

Pintu dibilik dikuak dari dalam dan Theo melihat wajah Carlsen yang berada di sana.  Terasa menyampah pula dia bila melihat wajah Carlsen bila teringat dengan perangai Carlsen tadi.

" Bos, kereta dah ada dekat bawah tu " Ujar Carlsen.  Takut bila melihat wajah Theo tegang macam tu.  Menyesal pula dia naik untuk memanggil Theo, sepatutnya dibiarkan Charles yang memanggil tadi.

Tidak suka bila melihat wajah tegang Theo macam ni.

Theo hanya mengangguk lalu dia menutup kuat pintu bilik tersebut dan membuatkan Carlsen terkejut.  Nasiblah wajah Carlsen jauh sedikit daripada pintu kalau tak memang hancur muka kacak dia ni terkena pintu bilik tu tadi.

Bukannya Carlsen tidak tahu yang Theo masih lagi marahkan dia.

" Sayang dah siap ke ? Kalau dah siap jom kita turun.  Kereta dah ada tu dekat bawah " Theo berjalan menghampiri dengan isterinya yang sedang bermasam muka di depan cermin itu.

Dah kenapa isterinya itu bermasam muka, tadi elok aje masih tersenyum.  Bahu Aisyah disentuh lembut lalu dengan cepat Aisyah memalingkan wajahnya untuk meliha suaminya itu.

" Kenapa masam aje muka ni " Theo mencuit sedikit hidung isterinya itu.

" Aisyah tak nak guna baju ni.  Perut Aisyah maju ke depan.  Tengok ni " Tunjuk Aisyah pada perutnya yang semakin menonjol ke depan itu.

Tergelak Theo mendengar luahan isterinya itu jadi inilah penyebab utama isterinya itu bermasam muka.  Punyalah mati-mati dia berfikir bahawa isterinya itu marahkan dia rupanya disebabkan perutnya yang semakin membesar.

" Tak baik cakap macam tu, kesian anak kita nanti dia fikir yang mummy dia tak nak dengan dia.  Sayang makin comel sekarang dan berisi " Sengaja Theo tekankan ayatnya yang akhir.

Keningnya diangkat berkali-kali.  Merah padam wajah Aisyah dibuatnya.

" Dah jom " Ajak Theo.  Tangan isterinya itu digenggam untuk dibawa keluar daripada bilik tersebut.  Aisyah hanya mengekori sahaja langkah suaminya itu daripada belakang.

Mereka tiba di lobi hotel lalu mata Aisyah tertumpu pada gula-gula kapas yang berbentuk bunga dijual luar hotel tersebut.  Teringin pula dia nak makan benda tu tapi dia tahu pasti suaminya itu tidak membenarkannya makan makanan manis lagi.

" Abang " Panggil Aisyah meleret.

Daiyyan memandang ke arah isterinya itu.  Keningnya diangkat sebelah. 

" Aisyah nak makan gula-gula kapas " Perlahan sahaja suara Aisyah sehinggakan Theo tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh isterinya itu.

" Ha ? " Theo tidak mendengar isterinya kata apa kerana perlahan betul suara Aisyah.  Semut pun tak dengar.

Tangan Aisyah menarik telinga suaminya itu supaya dia dapat membisikkan sesuatu.  Tinggi sangatkan ? Jadi ini adalah salah satu cara nak bercakap dengan suaminya yang tinggi lampai itu.

Ternganga anak buah Theo melihat puan besarnya berbuat begitu.  Berani betul puan besarnya menarik telinga bosnya.  Tiada siapa yang berani berbuat begitu pada Theo.  Dah macam tiada harga diri bos mereka bila bersama dengan Aisyah.

Crik!Crik!

Carlsen menangkap gambar semasa Theo ditarik telinga oleh Aisyah.   Moment penting macam ni jangan disia-siakan.  Nanti adalah juga bahan untuk Carlsen ugut Theo kalau dia tidak diberikan duit lagi.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now