Untuk Sehari Saja 34

9.9K 746 95
                                    

Theo melangkah masuk ke dalam dapur lalu matanya tertuju ke arah isterinya yang sedang membasuh sayur di singki.  Langkahnya menghampiri isterinya itu lalu dia memeluk isterinya dari belakang.  Terkejut Aisyah dibuatnya nasiblah sayur yang dia tengah basuh tu tak terbang ke muka suaminya.

" Buat apa tu ? " Tanya Theo lalu dagunya diletakkan pada bahu isterinya itu.  Matanya sekarang tertuju ke arah sayur yang berada di singki itu.  Entah lauk apa yang isterinya nak masak tengah hari nanti tapi yang penting semuanya sedap pun.

" Nak masaklah, kalau tak masak abang nak makan apa pula nanti " Jawab Aisyah dengan selamba.  Sukar betul hendak dia bergerak kerana suaminya itu memeluknya.

" Sayang dah pandai melawan dengan abang oh " Tutur Theo.  Dikucup pipi isterinya itu.  Suka betul nak menjawab ehh geram betuk dia dibuatnya.

" Aisyah bukan melawanlah abang , abang yang tanyakan Aisyah buat apa jadi Aisyah jawablah ajelah. " Ujar Aisyah dengan suaranya yang kedengaran tidak puas hatinya suaminya cakap dia melawan.

" Iyalah sayang " Dikucup lagi pipi isterinya itu. 

" Sayang tak payahlah masak abang tak lapar lagi ni "  Ujar Theo seraya melepaskan tangannya dari pinggang isterinya itu.

" Betul ni abang tak lapar ? " Soal Aisyah lagi untuk meminta kepastian dari suaminya itu.

" Iya " Balas Theo dengan ringkas

Theo menarik tangan isterinya itu untuk naik ke atas bilik.  Sampai sahaja mereka di tingkat atas terus Theo membawa isterinya itu melangkah masuk ke dalam biliknya.

" Ehh abang buat apa bawa Aisyah masuk bilik ni ? " Soal Aisyah dengan panik kerana dia berfikir bahawa suaminya itu akan membuatkan sesuatu yang diluar dugaannya

" Sayang rasa abang nak buat apa dekat sayang ? " Soalan dibalas dengan soalan.  Theo tersenyum nakal memandang isterinya yang kelihatan panik itu.  Nak tergelak dia melihat isterinya itu sekarang.

Membulat mata Aisyah bila mendengar pertanyaan suaminya itu.  Habislah dia kena terkam dengan bapa singa ni.

Theo tergelak kerana melihat reaksi isterinya seperti itu.  Alahai isterinya ke situ pula fikirannya.

" Kotornya fikiran sayang abang ni takkan abang nak buat siang hari tak bestlah tapi kalau sayang nak try abang okay aje ni.   " Kata Theo lalu tangannya menjentik dahi isterinya itu.  Suka betul nak berfikir yang bukan-bukan, kan dah mendapat.

Aisyah memandang wajah suaminya dengan muka masam.  Ish suka betul suaminya ni nak menyakat dengan dia.  Malaslah!

" Aduh " Rintihan Aisyah apabila suaminya itu menjentik dahinya.  Padan muka dia siapa suruh fikir kotor lagi.

" Abang nak buat apa ni ? " Tanya Aisyah yang melihat suaminya sedang mengambil semua baju-bajunya dan dimasukkan ke dalam bilik Theo.  Terpinga-pinga matanya melihat kelincahan suaminya itu.

" Pindahkan dekat bilik abang sebab lepasni sayang perlu tidur dekat abang dah " Jawab Theo dengan selambanya lalu dia keluar dari bilik isterinya dan menuju ke arah biliknya untuk menyimpan pakaian isterinya di dalam almarinya.  Nasiblah baju isterinya tak banyak jadi tak penatlah dia nanti nak pindahkan semua ni.

Mata Aisyah mula berair kerana doanya selama ini telah dikabulkan.  Dadanya tiba-tiba merasa sakit.  Theo yang baru keluar dari biliknya itu dan  dia melihat isterinya menangis dengan cepat dia menghampirinya.

Kedua bahu Aisyah digenggam lembut olehnya.

" Kenapa ni sayang ? " Yanya Theo dengan panik kerana dia berfikir dia yang membuatkan isterinya itu menangis.  Sudahlah dia paling benci tengok isterinya itu menangis macam ni.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now