Untuk Sehari Saja 48

6.6K 452 42
                                    

Aisyah sedang memasukkan pakaian dia dan suaminya ke dalam bagasi kerana esok subuh mereka akan bertolak ke France.  Mereka berdua akan honeymoon disana dengan diserta oleh Carlsen juga yang merupakan bodyguard mereka di sana nanti.

Theo sedang sibuk bermain dengan ipad yang berada di tangannya itu.  Aisyah masih sibuk mengemas dengan barang-barang yang perlu dibawanya esok.  Sekarang adalah bagasi yang keempat dia masukkan barangan yang hendak dibawanya segala dengan patung penguin kesayangannya juga turut dibawanya.

Tertawa Theo dibuatnya.

" Sayang dahlah tu.  Esok boleh sambung lagi kan " Tegur Theo bila melihat isterinya itu dari tadi mengemas. 

Entah bagasi yang keberapa sudah itu.  Macam nak pindah rumah pula Theo melihat barangan yang dibawa oleh isterinya itu.

" Kejap lagi abang.  Dah nak siap ni " Ujar Aisyah.  Dia sudah tidak sabar hendak melancong ke luar negara.  Maklumlah ini adalah kali pertama dia menaiki kapal terbang dan melancong ke luar negara.

Untung dia dapat suami yang kaya macam Theo.  Dapatlah juga dia melancong ke negara orang lain.  Tumpang harta suami orang kata.

Theo turun daripada katil lalu dia berjalan menghampiri ke arah isterinya yang sedang duduk di atas lantai itu dan lebih tepat lagi sedang mengemas pakaian mereka berdua.  Rasa kesian pula dia melihat isterinya itu dari tadi mengemas tetapi masih belum selesai juga.

" Sayang nak abang bantu apa " Theo menyoal sambil punggungnya dilabuhkan pada lantai.  Tangan sudah gatal merayap masuk pada perut isterinya itu.

Semakin hari semakin membesar perut isterinya itu. 

" Takpelah biar Aisyah buat sendiri aje.  Abang cuma temankan Aisyah dekat sini " Balas Aisyah yang melipat tudungnya untuk dimasukkan pada bagasi mereka itu.

Theo hanya menangguk lalu dia membaringkan kepalanya pada paha isterinya itu.  Wajahnya sekarang sedang menghadap ke arah perut isterinya itu.  Baju isterinya diselakkan sehingga paras dada isterinya itu lalu dia menghadiahkan beberapa kucupan pada perut isterinya.

" Abang dah tak sabar nak tunggu anak kita lahir.  Mesti comel macam abang kan sayang ? " Ujar Theo sambil perut Aisyah diusapnya dengan lembut.

" Aisyah pun tak sabar juga tapi haraplah anak kita ni tak ikut dengan perangai abang yang kuat nangis " Sindir Aisyah.  Theo sudah mencebik bila mendengar sindiran daripada isterinya itu.

Tangan Theo tengah seronok bermain-main dengan perut isterinya yang semakin membesar itu.  Isterinya nampak lebih comel, lagi-lagi bila Aisyah berjalan macam penguin.

" Abang rasa anak kita perempuan ke atau lelaki ? " Tiba-tiba sahaja Aisyah terfikir dengan jantina anak mereka itu. 

" Firasat abang kuat mengatakan yang jantina anak kita ni seorang lelaki " Ujar Theo.  Dikucup perut Aisyah

" Kenapa pula abang rasa anak kita ni lelaki ? " Soal Aisyah. 

Jelas kelihatan yang suaminya ini mahukan anak lelaki dahulu.  Boleh dilihat bila suaminya itu sudah mencari nama anak mereka itu, bukan main lagi nama anak lelaki mereka cantik.  Entah bila suaminya itu mula mencari nama untuk mereka.

" Firasat seorang ayah " Balas Theo selamba. 

Aisyah hanya mendiamkan dirinya sahaja tetapi betullah firasat dia pun kuat mengatakan yang anak mereka ini adalah lelaki.  Kalau betullah memang lelaki, dapat juga dia merasa Theo junior.

" Abang dah bangun " Arah Aisyah.  Dia sudah selesai mengemaskan pakaian mereka untuk dibawa pada hari esok.

" Kejaplah lagi sayang, abang nak main dengan anak kita ni " Kata Theo yang masih lagi membaringkan kepalanya pada pahanya itu.  Belum puas lagi bermain dengan perut isterinya itu.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now