Untuk Sehari Saja 28

10.2K 650 28
                                    

Selepas saja Theo melepaskan isterinya dari pelukannya dia terus melangkah keluar dari bilik Aisyah tanpa berkata sepatah.  Dengan cepat dia masuk ke dalam biliknya yang tepat berada disebelah bilik isterinya itu.

Dia tidak mahu isterinya itu melihat dirinya yang sedang menangis.  Entah kenapa dia tiba-tiba sahaja merasa sedih kembali bila mengingat mimpinya.

Aisyah pelik dengan perangai suaminya pada pagi ini, pelik semacam betul.  Tuala yang tergantung pada dinding dicapainya lalu dibawa masuk ke dalam bilik mandi. 

Setelah dia selesai mandi dan memakai baju terus dia berjalan menuju ke meja cermin untuk mengeringkan rambutnya yang basah itu dengan menggunakan hair dryer miliknya.  Dirapikan sedikit rambutnya yang agak kucut sedikit itu sebelum dia keluar dari biliknya untuk membuatkan sarapa pada pagi ini.

Satu persatu langkah kakinya menuruni anak tangga. Sampai sahaja dia di tingkah bawah terus dia bergerak menuju ke dapur pula.  Dia berfikir sejenak, sarapan apa yang perlu dia buat pada pagi ini. 

Dirinya sudah mendapat idea sarapan apa yang perlu dia buat untuk dia dan suaminya itu bersarapan.  Hari ini dia akan membuat pancake.  Terdapat beberapa bahan untuk membuat pancake  yang sudah tersedia di atas meja.

Aisyah memecahkan 1 biji telur dan satu perdua gula ke dalam sebuah mangkuk lalu dipukul sebati dengan menggunakan sudu besi.  Setelah itu, Aisyah masukkan lagi satu sudu besar minyak masak, satu cup susu cair, satu sudu kecil esen vanila dan satu kecil baking powder ke dalam mangkuk lalu dikacau hingga sebati lagi.  Langkah yang terakhir Aisyah masukkan satu perdua cup tepung gandum dan digaul lagi hingga sebati.

Dibiarkan adunan pancake tersebut selama 5 minit.  Sementara menunggu adunan pancake tersebut 5 minit, Aisyah membancuh sedia milk chocolate untuk suaminya itu.

Lima minit telah berlalu dan adunan pancake tersebut sedia untuk dibakar.  Aisyah panaskan nonstick pan lalu satu sudu adunan dimasukkan ke dalam pan dan Aisyah biarkan adunan tersebut sehingga keluar bubble.

Lebih kurang 30 minit, Aisyah sudah membuat sebanyak 8 keping pancake.  Dapur gas dipejam lalu dia meletakkan pinggan yang berisikan pancake itu di atas meja. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi yang berada di dapur, peluh di dahinya dilap menggunakan belakang tapak tangan.  Dia menunggu suaminya itu untuk turun bersarapan.

Sudah dekat sejam Aisyah menunggu suaminya untuk turun bersarapan tetapi Theo masih lagi belum turun juga jadi dia memutuskan pergi ke bilik suaminya itu untuk memanggilnya.  Anak tangga dinaikinya sehinggakan dia berada di pintu bilik Theo.

Tok! Tok! Tok!

Diketuk kuat pintu bilik suaminya itu.

" Tuan " Panggil Aisyah sambil menunggu Theo membuka pintu.

" Kejap lagi aku turun " Kata Theo tetapi dia tidak membuka pun pintu biliknya kerana dia tahu Aisyah ada di depan biliknya sekarang.  Dia tak nak isterinya itu melihat matanya yang merah disebabkan menangis.

" Baik " Jawab Aisyah dengan sedih kerana tiba-tiba sahaja suaminya jadi dingin kembali. Tadi bukan main nak peluk sebab rindu tapi sekarang sebaliknya pula.

Theo membasuh mukanya semula kerana dia tidak  mahu ketika dia turun nanti isyeri itu dapat tahu bahawa yang dirinya tengah menangis tadi.

Langkah kaki Theo menuruni anak tangga lalu dia berjalan menuju ke dapur.

Aisyah melihat suaminya sudah turun jadi dia tersenyum ke arah suaminya tetapi Theo hanya jalan menunduk seakan-seakan ingin menghindar darinya sahaja.

Theo duduk di kerusi meja makan tanpa melihat ke arah Aisyah dan tidak berkata sepatah pun dia hanya menjamah sarapan yang disediakan oleh isterinya itu sahaja.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now