Untuk Sehari Saja 53

6K 415 53
                                    

" Abang  kita nak pergi mana ni ? " Aisyah memecahkan kesunyian di dalam kereta bila dia melihat kereta yang dipandu oleh Carlsen menuju ke satu tempat.  Tempat di mana yang suaminya akan membawanya untuk berbelanja nanti.

Theo yang tertidur tadi terjaga kerana mendengar suara isterinya itu.  Pandangannya kini tertumpu ke arah isterinya yang sedang mengunyah makanan.  Entah dari mana lagi isterinya dapat makanan tersebut.  Dari tadi asyik mengunyah aje kerjanya sampailah sekarang ni tak berhenti-henti lagi.

" Kita pergi makan dulu.  Mesti sayang dah laparkan " Kata Theo lalu matanya itu dipejamkan semula.

Aisyah hanya menganggukkan sahaja kepalanya itu.  Rasa kesian pula dia melihat suaminya itu seperti kepenatan, seharian mereka berjalan tadi tanpa henti.

" Kalau abang penat, kita pulang dulu nanti baru kita jalan lagi.  Kesian abang, Aisyah tengok ni " Ujar Aisyah sambil tangan suaminya itu dielus lembut.  Tangannya kini merayap ke wajah suaminya itu. 

" Abang tak penat pun cuma rasa mengantuk sikit " Jelas Theo.  Tangannya isterinya itu dibawa pada bibirnya lalu dikucup lembut.

" Sama ajelah abang penat tu " Tutur Aisyah lagi.  Matanya masih lagi tertumpu ke arah wajah suaminya yang sedang tersenyum ke arahnya itu.

" Lepas dengar suara sayang ni terus hilang rasa mengantuk abang ni " Theo menarik lembut tubuh isterinya itu untuk lebih dekat dengannya.

Tangannya kini mula merayap masuk ke dalam perut Aisyah.  Diusap lembut isterinya yang semakin menggunung itu.  Diusap lembut perut tersebut perut isterinya dengan lembut.  Kepalanya direhatkan pada bahu Aisyah.

Tiba-tiba dia teringin nak beli barang keperluan untuk anaknya itu nanti.  Jadi dia bercadang nak pergi beli barang baby pada waktu malam selepas mereka pergi Pon Alexandre untuk bergambar bersama-sama di sana. 

Theo sudah tidak sabar untuk menunggu anak mereka itu lahir walaupun kandungan isterinya baru  nak masuk dua bulan.  Maklumlah ini adalah kali pertama jadi ayah mestilah terlalu teruja.

" Sayang " Panggil Theo lembut.  Dia memalingkan wajahnya pada isterinya itu

" Kenapa abang ? " Aisyah memandang ke arah suaminya yang sedang berada di sebelahnya itu. Sempat lagi tangan Theo mencubit pipi isterinya yang semakin tembam itu.

" Abang bercadang nak pergi beli barang untuk anak kita malam ni.  Sayang nak temankan abang ke ? " Theo mengial isterinya itu.  Kalau isterinya itu penat, dia boleh saja pergi sendiri nanti atau meminta Carlsen untuk temankannya.

" Bagus cadangan abang tu.  Aisyah baru nak bagi tahu abang lepas kita balik Malaysia nanti nak beli barang untuk anak kita tapi ada dah cakap dulu " Balas Aisyah.

Dia sebenarnya nak beli barang-barang untuk bersalin dan barang-barang anak mereka itu di Malaysia tetapi tiba-tiba sahaja suaminya itu hendak membeli itu semua dekat sini.  Jadi dia hanya mengikuti sahaja kehendak suaminya itu. 

Lagi pun mereka akan naik kapal peribadi suaminya jadi tidak masalah jika mereka berbelanja banyak nanti.  Kapal terbang tersebut sangat besar jadi pasti lebih banyak muatan yang boleh masuk lagi.

" Abang dah tak sabar ni " Kata Theo lagi.  Ini pula rasanya bila ingin berbelanja barang keperluan untuk anak.  Sungguh menenangkan hatinya itu.

" Aisyah pun dah tak sabar " Aisyah meniru ayat suaminya itu.  Dia sendiri pun tidak hendak membeli barangan untuk anak mereka itu.  Tidak sangka dia akan menjadi seorang ibu di usia yang muda ini. 

" Saya pun dah tak sabar juga " Sampuk Carlsen yang kebosanan kerana dari tadi tiada yang mengajaknya berbual.  Asyik fokus dengan pemanduan sahaja.

" Kau tak sabar nak apa pula ? Tak sabar nak habiskan duit aku kan ? " Marah Theo.  Sibuk saja Carlsen ni yang asyik nak menyampuk bila dia tengah bercakap dengan isterinya itu.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now