Untuk Sehari Saja 52

6.5K 441 54
                                    

Mereka meneruskan lagi perjalan mereka ke Palace of Versailles.  Aisyah sedang membuangkan pandangannya ke luar tingkap.  Terdapat banyak bangunan yang tinggi-tinggi di sana.  Theo pula sedang bermain dengan telefon bimbitnya itu.

" Abang " Panggil Aisyah.

" Hmm " Theo masih lagi tertumpu pada telefon bimbitnya itu.

" Abang " Kini suara Aisyah lebih kedengaran kuat sedikit.

Terus Theo membuangkan pandangannya pada isterinya itu.  Dia melihat Aisyah sudah mencebik dengan kelakuannya itu tadi.  Telefon bimbitnya yang berada di tangannya itu dimasukkan ke dalam kocek seluarnya semula.  Tubuh isterinya itu ditarik lembut supaya duduk lebih dekat dengan dirinya.

" Sayang nak apa ? " Theo mula menyoal.  Kepalanya itu direhatkan pada bahu si isteri.

" Aisyah lapar lagi " Wajah suaminya itu disentuh dengan kedua tangannya itu.  Tergelak Theo dibuatnya bila mendengar isterinya berkata begitu.

Aisyah yang melihat suaminya itu tertawa membuatkan dia berfikir bahawa Theo mengejek badannya yang semakin membesar itu. 

" Tak nak makanlah " Aisyah menghempaskan beg tangannya itu ke bawa.   Dia menjauh sedikit daripada suaminya itu.  Tangannya disilangkan pada dada dan pandangannya kini dibuang pada tingkap.  Merajuk?

Terkebil-kebil mata Theo melihat isterinya itu.  Dia ada salah cakap lagi ke apa sampaikan isterinya itu merajuk lagi.  Theo mengeluh, terpaksalah juga dia memintaa maaf walaupun bukan salahnya sebenar.

" Kenapa pula sayang tak nak makan ? Bukan sayang kata tengah lapar ke tadi? " Theo cuba untuk menyoal lagi.  Manalah tahu isterinya itu akan memberitahu sebab apa dia merajuk.

" Abang ketawa Aisyah, mesti abang ketawa sebab badan Aisyah semakin berisi sekarang " Balas Theo sambil menunjukkan badannya yang terlihat semakin membesar itu.

Carlsen yang berada di depan nak tergelak bila mendengar puan besarnya merajuk hanya disebabkan itu.  Ibu mengandung kan jadi layankan sajalah.

" Eh taklah.  Abang ketawa sebab sayang nampak comel.  Sayang tak " Ayatnya tergantung.  Dia cuba untuk mencari ayat apa yang sesuai untuk dikatakan pada isterinya itu.  Kalau tersilap cakap lagi tak pasal-pasal isterinya bertambah merajuk lagi.

" Takkan nak cakap gemuk memang tambahlah lagi dia nak merajuk ni " Bisik hati Theo

" Sayang tak apa ? " Tangan suaminya itu sudah digoncang dengan kuat.

" Hmm sayang tak berisi pun cuma perut tu aje yang ke depan sikit sebab ada anak abang dekat sana " Kata Theo dengan berhati-hati, takut isterinya itu bertambah merajuk lagi padanya.

Aisyah hanya mendiamkan dirinya sahaja lalu perutnya itu dilihat.  Semakin membesar.  Matanya sempat lagi menjeling tajam ke arah Theo.  Masih lagi merajuk dengannya.

" Sayang nak makan apa ?  Abang belikan untuk sayang nanti.  Abang temankan sekali " Theo cuba untuk memujuk isterinya itu. 

Wajah isterinya itu ditarik lembut untuk memandangnya dan dia menyeka air mata isterinya yang baru hendak mengalir di pipinya itu.  Jadi sekarang dia tidak boleh tertawa macam tu sahaja depan isterinya kerana takut Aisyah tersalah faham lagi dan tak boleh nak bercakap kasar juga.

" Aisyah nak makan nasi ayam tapi mesti nasi ayam tu buatan dari tangan abang kalau tak Aisyah tak nak makan " Jelas Aisyah.  Tiba-tiba dia teringin nak makan masakan daripada suaminya itu.  Lama sudah dia tidak merasa air tangan daripada Theo semenjak dia mengandung ni.

" Boleh tapi sayang nak makan bila ? Sekarang ke ? Kalau sayang makan sekarang kita perlu pergi beli bahan untuk masak nasi ayam dulu ? " Waktu macam ni pula isterinya nak makan nasi ayam.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now