Untuk Sehari Saja 56

6.4K 457 148
                                    

Pejam celik, pejam celik kandungan Aisyah kini sudah berusia 8 bulan dan perutnya itu semakin membesar lagi.
Aisyah kini sedang duduk di ruang tamu rumah sambil makan telur goreng yang disapukan jem strawberi di atasnya.

Entah semenjak perutnya ini semakin membesar, semakin pelik makanan yang ingin dia makan. Kadang sampai nak termuntah suaminya itu melihat makanan yang dimakan olehnya itu. Pernah sekali dia mengidam makan sayur sawi cicah dengan coklat. Tidak ke pelik macam tu?

Theo yang baru turun dari tingkat atas terus menghampiri ke arah isterinya yang sedang duduk disofa itu sambil mulutnya sedang mengunyah sesuatu. Ini tidak lain kalau isterinya sedang makan telur goreng yang bersalutkan dengan jem strawberi.

" Sayang " Tegur suara Theo dari belakang.

Matanya tertumpu ke arah telur goreng yang disapukan jem strawberi oleh isterinya itu. Betullah tekaannya yang isterinya sedang makan benda tersebut. Dia sudah merasa mual bila Aisyah makan telur goreng yang bersalutkan jem strawberi itu.

Dengan cepat dia berlari ke arah singki kerana sudah rasa mahu termuntah. Aisyah yang melihat suaminya itu asyik muntah sahaja membuatkan dirinya risau pula. Belakang Theo diusap perlahan-lahan.

" Kita pergi hospital " Ajak Aisyah sambil menarik tangan suaminya itu. Degil betul Theo tak nak pergi hospital padahal sudah berbuih mulut Aisyah menyuruhnya untuk pergi hospital.

Terkebil-kebil mata Theo melihat isterinya itu. Amboi budak kecik ni dah berani nak bawa kereta, tengah sarat mengandung pula tu.

" Abang tak nak pergi hospital " Theo sudah merengek tidak mahu pergi hospital.

" Jangan degil. Masuk kereta cepat ! " Arah Aisyah. Dia membesarkan matanya itu. Nak tergelak Theo melihat itu, fikir dia takut ke kalau Aisyah buat macam tu ? Nampak comel adalah.

Theo menarik tangan isterinya itu untuk masuk ke dalam rumah semula. Aisyah dipaksa oleh Theo untuk duduk di sofa ruang tamu mereka. Aisyah sudah merajuk bila suaminya itu tidak mahu mendengar cakapnya. Pandangannya sudah dibuangkan ke tempat lain. Merajuk !

" Janganlah merajuk " Pujuk Theo.

" Abang tak nak dengar cakap Aisyah. Abang dah tak sayang dengan Aisyah lagi " Aisyah mula menangis. Wajahnya disembamkan pada dada bidang suaminya itu.

Hati kecilnya itu terguris bila suaminya tidak mahu mendengar cakapnya.

Alahai isterinya macam mana pula dari tak nak pergi hospital terus tak sayang dengan dia pula ni ? Ibu mengandungkan jadi layankan sahajalah.

" Siapa yang cakap abang tak sayang dengan isteri abang ni. Abang sayang sangat tau dengan isteri abang ni " Pujuk Theo lembut.

Aisyah dengan perlahan berhenti menangis bila suaminya itu berkata begitu padanya. Ibu jari Theo menyeka air mata isterinya yang masih lagi bersisa itu.

" Abang " Panggil Aisyah sambil kepalanya direhatkan pada bidang suaminya itu.

" Hmm ? "

" Aisyah ada satu permintaan dengan abang " Ucap Aisyah perlahan.

" Permintaan apa tu sayang ? " Theo menyoal. Entah apa permintaan isterinya itu lagi tetapi yang penting dia akan tunaikan juga.

" Boleh tak abang layan Aisyah selayak dengan orang yang abang cinta untuk sehari saja ? " Soal Aisyah lembut. Kepala didongakkan sedikit untuk memandang wajah suaminya itu.

Dup!

Jantung Theo berdetak dengan kuat. Kenapa tiba-tiba isterinya berkata begitu ? Kenapa selama ini dia belum dapat melayan isterinya itu dengan baik ke ? Dia sudah cuba sedaya upaya untuk membahagiakan isterinya itu.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now