Untuk Sehari Saja 26

9.9K 655 44
                                    

Theo berjalan ke kiri ke kanan, dari tiada tidak dapat duduk diam pun.  Sungguh pada malam ini dia tidak dapat pejamkan matanya untuk tidur.  Rindu pula dia dengan Aisyah padahal isterinya itu ada saja berada di bilik sebelah tetapi entah kenapa sakit sangat rindu dia sekarang ni.

" Kenapa pula aku rindu dengan dia ni " Bisik hati Theo.  Dia sudah mahu menangis rindukan isterinya itu.  Padahal Aisyah ada saja berada disebelah biliknya.

Jadi dia membuat keputusan  pergi ke bilik isterinya itu sekarang dan bercadang untuk tidur bersama dengan Aisyah malam ini.  Tanpa membuang masa terus dia melangkah keluar daripada biliknya itu, hanya beberapa langkah saja untuk menuju ke bilik isterinya itu.  Kini dia sudah berada tepat hadapan pintu bilik Aisyah.  Dengan teragak-agak dia mengetuk pintu bilik tersebut.

Tok!Tok!Tok!

Theo mengetuk pintu isterinya.

" Aisyah " Panggil Theo sambil menunggu isterinya itu membuka pintu bilik untuknya.

Aisyah yang baru mahu menutup matanya dikejutkan dengan ketukan pintu bilik dan suara suaminya sedang memanggil namanya  itu.  Jadi terpaksalah dia bangun dari tempat tidurnya dengan keadaan mata yang berat.

Pintu dikuak dari dalam bilik.

" Tuan nak apa-apa ke ? " Soal Aisyah.  Walaupun mata tengah mengantuk macam ni, dia masih boleh tersenyum memandang suaminya itu.  Mesti ada benda penting ni sampaikan suaminya itu mencarinya pada malam-malam begini.

" Aku nak minta kau temankan aku " Balas Theo perlahan.

Berkerut Aisyah mendengarkan suaminya ini meminta untuk menemannya tapi nak pergi mana ? Tengah malam pula tu !

" Nak temankan tuan pergi mana ? " Aisyah binggung.  Digaru kepalanya yang tidak gatal itu. 

" Temankan aku tidur malam ni boleh tak "  Merah wajah Theo.  Malu sebenarnya dia ingin mengatakan semua itu tetapi dia perlu luahkan juga, manalah tahu yang Aisyah izinkan dia tidur bersama.

" Apa ! "

Membulat mata Aisyah dengan permintaan suaminya itu.  Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja ingin tidur bersama dengannya.  Terkejut punya pasal sampai terjerit dia.

" Dia mengigau ke ni ? " Bisik hati Aisyah sambil melihat ke arah wajah suaminya yang sudah bertukar merah. 

" Kalau kau tak nak takpe aku tak paksa pun " Ujar Theo yang ingin berjalan kembali masuk ke dalam biliknya itu.  Sedih pula dia merasa bila melihat reaksi yang diberikan oleh Aisyah itu.

Dengan cepat Aisyah menahan pergerakan suaminya itu daripada masuk ke bilik.  Tangan suaminya itu direntap lembut

" Tuan " Panggil Aisyah kuat.

Terkejut Theo dibuatnya.

" Tuan masuklah " Pelawa Aisyah dan dia memberikan ruang sedikit kepada suaminya itu untuk masuk ke dalam biliknya itu.

Theo yang mendengar isterinya berkata seperti itu membuatkan dia tersenyum gembira lalu dia pun melangkah masuk ke dalam bilik isterinya.

Mata Theo tertuju ke arah bunga mawar putih di atas meja yang dibeli olehnya untuk isterinya itu dan bunga tersebut terlihat  sangat segar kerana dirawat oleh Aisyah dengan penuh kasih sayang.  Bibirnya mengukirkan senyuman.

" Sayang betul dia dengan bunga tu sampai bawa masuk dalam bilik " Bisik hati Theo sambil tersenyum.

" Saya tidur dekat bawah lantai, tuan boleh tidur dekat atas katil saya " Ujar Aisyah sambil mengambil bantal untuk diletakkan di bawah. 

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now