Untuk Sehari Saja 22

10.6K 617 37
                                    

Mereka berdua kini berada di dalam bilik mandi bersama.  Aisyah merasa canggung kerana terlalu dekat dengan suaminya sekarang lagi-lagi suaminya  itu tidak memakai baju.  Lagilah jantungnya ini bersenam.

Sudahlah suaminya itu sedang tersenyum nakal ke arahnya lagilah dia tidak bertambah selesa berada di dalam bilik mandi ini.  Mahu sahaja dia berlari keluar daripada sini.

" Tuan saya nak kena buat apa ni ? " Soal Aisyah yang sedang menunduk memandang lantai.  Malu nak memandang suaminya itu yang hanya melilitkan tuala putih sahaja dipinggang.

Theo mengerutkan dahinya.  Malu sampai lupa cara mandi ke apa ?

" Aisyah macam kau tak pernah mandi pula.   Nak tanya lagi buat apa " Balas Theo yang sedang menahan tawanya melihat Aisyah yang binggung nak buat apa.  Aduhai isterinya ini !

" Tu lain tuan tapi kali ni saya nak mandikan tuan " Ujar Aisyah.  Digaru kepalanya yang tengah berbalutkan tudung itu.  Malas betul dia bila suaminya itu menyakatnya lagi

" Kau tak nak ikut aku mandi ke Aisyah ? " Theo menarik isterinya itu untuk lebih dekat dengannya.

" Tak nak saya dah mandilah tuan " Marah Aisyah, kuat sahaja suaranya bersuara.  Tangannya menolak tubuh suaminya itu menjauh daripadanya.

Theo terpegun mendengar nada suara isterinya. Selalu Aisyah tidak pernah berkata kasar dengannya tetapi hari ni isteri itu meninggikan suaranya.

" Aikk kuat juga suara isteri aku ni ingatkan tak " Perli Theo sambil mengangkat sebelah keningnya.  Aisyah terus menunduk kembali memandang lantai.

" Maaf tuan, saya tak sengaja tinggikan suara saya " Kata Aisyah.  Rasa bersalah pula dia telah tertinggikan suaranya pada suaminya itu.  Siapa suruh nak menyakat dia kan dah mengena.  Padan muka !

Aisyah memang selalu cakap lembut dan dia tak suka nak tengking orang termasuk suaminya tetapi hari ni dia meninggikan suaranya bila bercakap dengan suaminya.

Terlepas gelak tawa Theo.

" Dahlah pergi keluar, tunggu aku dekat bilik dan jangan kau nak pandai-pandai keluar dari bilik aku tanpa kebenaran aku " Arah Theo.

" Baik tuan "

Aisyah berlari kecil keluar daripada bilik mandi tersebut.  Tidak tahan nak berlama-lama dengan suaminya itu disana.  Mesti ada saja suaminya itu nak kenakan dia nanti jadi lebih baik dia keluar dari sana.

Langkah kakinya kini menghampiri katil yang berada di dalam bilik suaminya, dilabuhkan punggungnya pada katil milik Theo itu.  Sesekali tangannya mengusap tilam suaminya itu.

Bosan menunggu suaminya itu siap mandi, dia bercadang nak menerokai bilik suaminya itu.  Dari hujung ke hujung dia menerokai bilik Theo.  Buku dairy yang terletak elok diatas meja menjadi tumpuannya.  Dia berjalan menghampiri meja tersebut.

Tangannya mencapai buku dairy tersebut lalu halaman pertama dibacanya.

" Dia suka makan makanan manis terutama sekali dengan coklat. Semua yang berperisa coklat dia suka " Bisik hati Aisyah.  Dahinya berkerut.  Dia merasa apa yang ditulis oleh suaminya itu adalah tentang dia.  Ayat yang seterusnya dibaca lagi.

" Dia suka dengan bunga mawar putih " Terus Aisyah menutup buku tersebut. 

Memang sah itu semua tentang dia.  Siapa lagi yang suka bunga mawar putih selain dia.  Nafasnya ditarik lagi untuk membaca ayat yang seterusnya itu.

" 23/06 " Gumam Aisyah sendiri.  Itu adalah tarikh lahirnya dan tarikh lahir dia dengan suaminya adalah sama cuma tahun mereka dilahirkan sahaja yang berlainan.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now