Untuk Sehari Saja 33

10.4K 879 38
                                    

Theo masih lagi memeluk isterinya itu dengan erat dan tidak berniat untuk melepaskan Aisyah daripada pelukannya itu.  Pelukannya seolah-olah tiada hari lain pula.  Macamlah isterinya nak tinggalkan dia sampaikan peluk macam tu, tak nak lepas pula tu.

" Tuan, saya rasa dah lama tuan peluk saya ni " Ujar Aisyah.  Entah dah dekat berapa minit suaminya itu tidak melepaskannya.  Rindu sangat ni !

" Takpelah aku peluk isteri aku juga kan bukan orang lain, biarlah bagi aku peluk lama sikit lagi.  Dah nama pun rindu " Kata Theo dengan lembut lalu mengucup kepala isterinya.  Rindu.

" Tuan jangan risau lepas ni tuan boleh peluk saya lagi tapi lepaskan dulu kejap, saya dah tak dapat nak bernafas ni sebab tuan peluk kuat sangat " Aisyah sehabis baik meminta suaminya itu untuk melepaskannya kerana sudah kehabisan udara untuk bernafas.  Macam manalah nak bernafas kalau Theo peluk kuat sangat

" Maaf sebab aku rindu sangat dekat kau " Tutur Theo.  Tangannya melepaskan isterinya itu dari dakapannya.

Theo menarik tubuh isterinya itu untuk lebih rapat dengannya.  Habis tubuh Aisyah mengeras dengan perlakuan suaminya yang diluar jankaan itu.  Hampir sahaja bibir mereka bertemu tadi nasib Aisyah sempat mengelak.

" Tuan " Panggil Aisyah

" Jangan panggil aku tuan lagi.  Aku tak suka " Marah Theo.  Bukan marah betul-betul pun tapi marah manja.

" Habistu saya nak panggil apa pula ? Lagi pun saya dah terbiasa panggil tuan " Jelas Aisyah. 

" Abang " Hanya sepatah sahaja yang keluar daripada mulutnya. 

Aisyah menahan tawanya daripada meletus mendengar permintaan suaminya itu lagi-lagi wajah suaminya menjadi merah.  Alahai suaminya ini, baru hari ni ke nak suruh dia panggil dengan gelaran abang.  Kenapa tak dari dulu lagi.

" Er.. apa saya tak dengar.  Boleh ulang lagi tak ? " Saja Aisyah buat-buat tidak dengar dengan apa yang suaminya itu katakan tadi.

" Jangan panggil aku tuan lagi ! Aku suami kau, jadi tak sesuai nak panggil tuan " Jelas Theo.  Isterinya ni pun satu nak menyakatnya.

Bukan dia tidak tahu yang Aisyah sahaja nak dia ulang dengan apa yang dia katakan tadi.

" Susah kalau nak panggil abang sebab saya selalu panggil dengan kawan lelaki saya pun abang juga " Usik Aisyah kerana dia mahu melihat reaksi Theo bila dia berkata seperti itu. 

Berani betul dia nak menyakat bapa singa depan dia ni.  Padahal dia sendiri tahu yang bapa singa ni garang macam mana.  Wajah Theo tegang semula bila mendengar isterinya berkata begitu.

Lelaki mana yang isterinya panggil abang ni.  Tak boleh jadi ni !

" Aisyah kau tak boleh panggil lelaki lain macam tu kau hanya boleh panggil sebutan tu untuk aku.  Aku ni suami kau " Jelas Theo dengan tegas kerana dia cemburu bila isterinya memanggil sebutan itu kepada lelaki lain. 

Suami mana yang tak cemburu bila isterinya itu memanggil lelaki lain 'abang' sedang dia digelarkan 'tuan' oleh Aisyah.  Mana boleh macam ni.

Aisyah akhirnya tertawa meletus kerana melihat suaminya cemburu bila dia berkata seperti itu.  Suka dia melihat wajah cemburu suaminya itu kelihatan seksi betul.

" Aisyah aku kata benda ni betul-betul tau, kalau aku dengar kau panggil abang dekat lelaki lain , aku bunuh lelaki tu " Tutur Theo dengan nada suaranya seakan-akan merajuk kerana melihat Aisyah sedang tertawa. 

Situasi serious macam ni boleh pula isterinya itu tertawa.  Sakit tau hati dia ni !

" Tuan comellah bila cemburu macam ni, tuan saya tak pernah rapat pun dengan lelaki lain selain tuan lagi-lagi kawan lelaki memang tak pernahlah " Lembut sahaja Aisyah berkata lalu dia memukul lengan suaminya kerana dia sedang menahan tawanya daripada meletus buat kali  yang kedua

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now