Untuk Sehari Saja 14

11K 703 23
                                    

Jam sekarang sudah menunjukkan 11:30 pagi.  Theo masih lagi terlelap di dalam bilik peribadanya itu.  Dari masuk office sampailah sekarang dia tertidur, tak buat satu kerja pun.

Theo tersedar juga dari tidurnya itu.  Perlahan-lahan matanya dibuka, sempat lagi dia mengelamun kerana roh dalam badannya belum sepenuhnya terkumpul.

Dekat 10 minit jugalah Theo mengelamun dah akhirnya dia sedar kembali.  Jam tangan yang berada ditangan kirinya ditilik dan sudah menunjukkan 11.40 pagi, 20 minit lagi akan masuk jam 12:00.  Dia sudah berjanji akan menjemput isterinya itu nanti pada jam 12:00

" Dah nak pukul 12 ni, boleh pula aku terlelap sampai berjam-jam " Gumam Theo lalu dia mencapai kunci keretanya yang berada di atas meja.

Diteguk sedikit air mineral tersebut lalu dia bangun daripada duduknya dan menuju ke pintu.   Dengan tergesa-gesa dia berjalan takut terlambat sehinggakan ditegur oleh Carlsen yang berada di sana.

" Hai boss, jalan laju sangat tu nak ke mana ? " Soal Carlsen yang tiba-tiba sahaja berhenti di hadapan Theo dan membuatkan langkah kakinya terhenti dengan serta merta.

" Kau kalau dalam sehari tak ganggu aku memang tak sah kan, Carlsen " Marah Theo.  Dijentik kuat dahi Carlsen.

Habis meraung budak tu dibuatnya.  Tangan Carlsen mengelus perlahan dahinya yang sudah bertukar merah itu.  Sakit tau ! Suka hati nak jentik dahi orang.

Theo meninggalkan sahaja Carlsen dia sudah tidak menghiraukan dengan perkerja-perkerjanya yang berada di sana.

Dia menuju ke parkir, tanpa melengahkan masa terus sahaja dia melangkah masuk ke dalam perut kereta.  Kereta tersebut dipandu keluar daripada tempat parkir kereta syarikatnya itu untuk menuju pulang ke rumahnya.

Pasti isterinya itu sedang menunggunya.

Sampai sahaja dia di rumah dengan cepat dia mencari kelibat isterinya itu di dapur tetapi Aisyah tidak berada disana mungkin di dalam bilik sekarang.

Belum pun dia melangkah keluar daripada dapur matanya sudah tertuju dengan biskut yang selalu dibuat oleh isterinya itu.  Padahal tadi pagi tiada pula biskut tersebut mungkin isterinya baru sahaja membuatnya kerana biskut tersebut masih lagi panas.

Ditarik kerusi meja makan tersebut lalu dia melabuhkan punggungnya sebentar disana untuk menyantapi biskut kesukaanya itu.  Biskut yang kesepuluh dimasukkan ke dalam mulut dan dia bangun dari duduknya untuk menuju ke bilik isterinya yang berada di atas.

" Aisyah " panggilnya ketika sudah berada dihadapan pintu bilik isterinya itu.

" Ya, kejap tuan " Ujar Aisyah yang masih lagi  berada di meja cermin lalu dan dengan laju dia berjalan menghampiri ke arah pintu biliknya itu.

Pintu bilik dikuak dari dalam.  Tiba-tiba sahaja suasana merasa canggung setelah Aisyah membuka pintu bilik tersebut.

" Kau dah siap ke ? " Tanya Theo sambil melihat ke arah Aisyah. Dia sengaja nak bertanya untuk menghilangkan canggung mereka padahal isterinya itu sudah terang lengkap berpakaian.

" Dah tuan "  Aisyah tersenyum ke arah suaminya. 

Aisyah bersemangat kerana ini kali pertama suaminya membawa dia keluar bersamanya semenjak mereka bergelar suami isteri. Walaupun dia tidak tahu suaminya akan membawanya pergi ke mana tetap sahaja dirinya sangat teruja.

Mereka berdua turun bersama-sama ke bawah.  Sempat lagi Theo pergi ke dapur untuk mengambil 1 biskut untuk dimakannya sebelum mereka ke luar untuk masuk ke dalam kereta.  Tergelak Aisyah dengan gelagat suaminya itu.

Langkah kaki Aisyah terhenti di depan kereta suaminya itukerana dia binggung untuk duduk di seat penumpang depan atau belakang kerana dia tahu suaminya tidak akan memintanya untuk duduk seat penumpang di sebelahnya disebabkan hanya Dania sahaja yang boleh duduk di sana.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now