Untuk Sehari Saja 54

5.8K 436 26
                                    

Setelah mereka puas mengambil gambar di Pond Alexandre III, kini mereka sedang menuju ke sebuah pusat beli yang berdekat di sana.  Mereka akan membeli belas di Les Galeries Lafayette.  Salah satu alasan mereka memilih untuk berbelanja di Les Galeries Lafayette adalah kerana tidak jauh daripada hotel yang mereka tinggal juga.

Aisyah sudah tidak sabar hendak berbelanja di sana walaupun tadi tengah hari sudah banyak barangan yang di beli olehnya tetapi kali ini pula dia akan berbelanja membeli barangan untuk mereka itu

Theo pun apa kurangnya juga, dia pun sudah tidak sabar hendak berbelanja keperluan untuk anak pertamanya itu.  Carlsen pun turut gembira juga kerana dia akan menjadi seorang uncle nanti.  Pasti dia akan memberikan kasih sayang terbaik untuk anak Theo nanti. 

Dia nak jadi rich uncle untuk anak-anak Theo dengan Aisyah nanti.  Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam pusat membeli belah tersebut.  Kelihatan ramai orang yang sedang berbelanja di sana termasuklah dengan pengunjung-pengunjung dari negara lain.

Theo menggenggam erat tangan isterinya itu kerana takut nanti terpisah dengan Aisyah.  Sudahlah Aisyah ni sangat pendek nanti jadi susah untuk mereka menemukan Aisyah kalau hilang nanti.

" Sayang nak beli apa dulu sekarang ni ? " Soal Theo sambil melihat ke arah isterinya yang dari tadi tersenyum itu.

" Aisyah nak beli barang keperluan untuk bersalinlah dulu lepastu kita pergi beli barang untuk anak kita pula " Balas Aisyah sambil berjalan masuk ke dalam sebuah kedai yany menjual barang-barang kelengkapan tersebut.

Theo dan Carlsen sudah membawa troli masuk ke dalam kedai tersebut.  Mereka tahu pasti akan banyak barang yang Aisyah akan beli nanti jadi mereka sudah bersiap sedia untuk semua itu.

Aisyah melangkah ke bahagian tuala dan baju-baju.  Tuala yang berwarna putih diambilnya lalu dia mengambil beberapa helaian baju dan skirt.  Barangan tersebut diletakkan di dalam troli yang dibawa oleh Theo tadi.  Dia hendak mencari kain sarung batik tetapi baru dia teringat yang di sini tiada menjual benda tersebut jadi terpaksalah mereka membeli di Malaysia nanti.

Kini Aisyah berlari ke bahagian pad bersalin dan dia mengambil beberapa pad bersalin yang bersize besar itu lalu diletakkan pada troli tersebut.  Dia saja mengambil pad yang besar untuk mengelakkan darah yang keluar lepas bersalin bocor.  Tidak lupa juga dia mengambil jaket kerana dia tahu pasti suhu di hospital sangat sejuk. 

Memandangkan dia sudah membeli beberapa stokin tebal di pasar tadi jadi di sini dia tidak membelinya lagi.  Theo menarik tangan isterinya untuk memperlihatkan sesuatu untuk Aisyah.

" Sayang ni tak perlu ke ? " Soal Theo sambil menunjukkan ke arah nursing bra yang dijual di sana.  Membulat mata Aisyah melihat benda yang ditunjukkan oleh suaminya itu.  Suaminya ini pun satu terlebih excited sampaikan benda tu pun dai tahu.

" Tak payahlah abang.  Aisyah tak suka guna tu " Balas Aisyah lalu dia beredar dari sana.  Theo mengangguk faham.

Langkah kaki Aisyah berjalan menuju menghampiri ke arah selipar yang tapaknya tidak berapa licin.  Selipar yang berwarna hitam diambilnya lalu diletakkan dalam troli tersebut.  Baru dia teringat nak beli sesuatu tetapi dia sudah melihat suaminya itu meletakkan minyak angin, tisu kering dan tisu basah.  Peka betul suaminya itu.

" Abang Aisyah nak cari makanan pemberi tenaga lagi lepas tu baru kita mula cari barang keperluan untuk anak kita " Kata Aisyah lembut.  Beberapa makanan pemberi tenaga dimasukkan ke dalam troli tersebut.

Theo hanya mengangguk sahaja.  Lama Aisyah melihat barang yang berada di troli itu jadi dia memutuskan untuk berhenti berbelanja sudah kerana barang yang lain dia akan beli di Malaysia pula.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now