Untuk Sehari Saja 58

7.3K 483 107
                                    

Sudah seminggu Aisyah terlantar di atas katil dan sudah seminggu juga dia masih tidak sedarkan dirinya itu.  Theo masih lagi setia berada di sisi isterinya itu.  Setiap hari dia menemani Aisyah itu.

Wajah Aisyah ditenungnya dengan sayu.  Sudah seminggu dia tidak mendengar suara isterinya itu.  Sungguh dia sangat merindukan suara Aisyah yang selalu membebel dengannya itu.  Dia sanggup mendengar bebelan daripada isterinya itu asalkan Aisyah membuka matanya.

Tuala basah yang berada ditangannya itu dilap ke seluruh badannya.  Ini adalah rutin hariannya selama seminggu.  Kadang dia akan menolong menggerakkan kaki dan tangan isterinya itu kerana takut Aisyah akan lumpuh kalau tiada pergerakan pada tubuhnya.

Tiba-tiba suara tangisan Thaqeef kedengaran dengan cepat Theo menghampiri anak yang sedang berada di baby cot itu.
Dengan perlahan dia mengambil anaknya daripada baby cot tersebut. 

" Kenapa anak daddy nangis ni?  Nak susu ke ? " Soal Theo sambil mendukung anaknya itu.  Thaqeef masih lagi menangis walaupun sudah di dukung oleh Theo.

Carlsen melangkah masuk sambil membawa mainan untuk Thaqeef itu.  Dia berjalan menghampiri Theo yang sedang berdiri dekat baby cot milik Thaqeef itu.

" Tolong buatkan susu untuk anak aku " Arah Theo sambil menghulurkan botol susu Thaqeef ke arah Carlsen.

Carlsen mengeluh panjang padahal dia mahu bermain dengan Thaqeef tetapi tiba-tiba pula Theo menyuruhnya membuat susu pula.  Sudahlah dia tidak pandai nak buat susu.

Dia mengambil huluran botol susu daripada tangan Theo lalu dibawa pada meja yang menyimpan semua keperluan susu untuk Thaqeef itu.  Penutup botol susu tersebut dibukanya.  Dia termenung melihat botol susu tersebut kerana tidak tahu hendak membancuh susu budak macam mana.

Kalau dia nak bertanyakan dengan Theo pasti dia akan kena marah kerana benda kecil macam tu pun dia tidak pandai buat.  Lama dia berfikir cara hendak membuat susu dan baru dia terfikir akan sesuatu.

Tangannya mengambil telefon bimbitnya yang berada di dalam poket lalu dia menekan aplikasi youtube yang berada di telefon bimbitnya itu.

" Cara-cara untuk membuat susu "

Dari minit pertama sampailah minit yang terakhir dia melihat video cara membuat susu itu.  Jadi sekarang dia sudah faham dan tahu cara hendak membuat susu itu.

Dia meletakkan sedikit air suam ke dalam botol susu tersebut lalu dia masuk 3 sudu susu ke dalam botol tersebut. Digoncang-goncang sedikit botol susu tersebut lalu dia masukkan lagi air yang tidak berapa suam.

" Carlsen dah ke ? " Soal Theo.  Dia suruh buat susu aje pun bukannya suruh buat apa tapi kenapa lama sangat ni ? Thaqeef pun semakin melalak menangis lagi.

" Dah siap bos " Balas Carlsen yang kini sedang berjalan ke arah Theo lalu dia memberikan botol susu tersebut kepada Theo.

Theo meletakkan botol susu tersebut pada mulut Thaqeef.  Laju sahaja Thaqeef mengisap botol susu tersebut kerana lapar.  Tertawa Theo mulut kecil anaknya itu yang sedang mengisap botol susu tersebut.

" Lapar pula anak daddy ni " Gumam Theo sambil melihat Thaqeef yang sedang menyusu itu.

Dalam 15 minit kemudian akhirnya Thaqeef selesai juga menyusu lalu Theo mengambil botol susu tersebut daripada mulut anaknya dan diletakkan pada atas meja.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now