Untuk Sehari Saja 32

10.7K 772 29
                                    

Theo semakin marah dengan perangai Dania yang menfitnahnya itu. Tidak suka bila dirinya di fitnah sehinggakan isterinya itu sanggup meminta cerai dengannya semata-mata percaya dengan kata-kata Dania.

" Tuan " Panggil Aisyah dengan lembut. Tangannya dengan lembut menarik lengan baju suaminya itu.

Theo membalikkan badannya ke arah isterinya semula.

" Saya nak minat maaf dekat tuan sebab saya dah salah faham " Lembut sahaja Aisyah berkata lalu air matanya mula mengalir lagi. Menyesal pula dia percaya dengan kata-kata Dania berbanding dengan suaminya sendiri. Isteri apa dia ni !

" Dah jangan nangis aku dahh maafkan kau pun lagi pun ni bukan salah kau " Tutur Theo perlahan. Ibu jarinya dibawa pada pipi isterinya yang kemerahan itu lalu dielus dengan lembut lagi.

Dia bersyukur kerana isterinya itu percayakan dirinya sekarang. Bayangkan jika isterinya itu tidak percaya dengannya macam mana cara untuk dia memberitahu perkara yang sebenar. Sedangkan perkara tadi pun sudah buntuh dia mencari jalan penyelesaiannya.

" Tuan maafkan saya ke ? " Soal Aisyah. Wajah di dongakkan sedikit untuk menatap wajah suaminya itu. Alahai tinggi benor suaminya ni. Jenguh tau kepalanya asyik nak di donggakkan sahaja bila nak melihat wajah Theo ni.

Theo hanya menganggukkan kepalanya lalu dia mengucup dahi isterinya itu lembut. Aisyah tersenyum. Inikah rasanya bila rumah tangga harmoni ?

" Aku nak pergi kerja dah ni "

" Tuan tak nak sarapan ke ? " Tanya Aisyah. Padahal dia sudah pun menyediakan sarapan untuk suaminya itu bersarapan. Mesti merajuk dengannya sampaikan tak nak bersarapan pun.

" Tak nak, nanti tunggu aku pulang okay " Jawab Theo lalu bibirnya mengukirkan senyuman

" Baik tuan " Aisyah membalas semula senyuman daripada suaminya itu.

Aisyah mengekori langkah kaki suaminya yang menuju ke arah pintu utama rumah mereka. Theo sempat lagi tersenyum ke arah isterinya yang sedang berada di pintu dan pada pagi ini dia baru dapat melihat senyuman isterinya itu kembali.

Theo melangkah masuk ke dalam kereta miliknya lalu telefon bimbit yang berada di kocek seluar dicapainya.

" Aku nak jumpa kau dekat cafe hari tu sekarang "

Theo membaling telefon bimbitnya di atas seat penumpang yang berada disebelahnya itu. Sebenarnya hari ini dia tidak pergi kerja pun cuma saja bagi alasan kepada isterinya. Hari ini dia akan berjumpa dengan Dania untuk menyelesaikan sesuatu dengan perempuan tersebut.

Dia memandu dengan keadaan yang sangat marah. Geram sangat nak perangai Dania yang semakin menjadi-menjadi. Kalau boleh mahu sahaja dia musnahkan perempuan tersebut supaya tidak muncul lagi depan dia dengan isterinya. Pembawa sial betul !







Theo memakirkan keretanya di depan sebuah cafe, kebetulan ada tempat parkir yang kosong di sana. Langkahnya keluar daripada kereta dan menuju ke pintu utama.

Dia mengambil tempat bahagian paling hujung cafe tersebut supaya nanti dia dengan Dania bertengkar pun tidak akan mengganggu orang lain.

15 minute kemudian Dania akhirnya datang juga.

Theo yang melihat kelibat tubuh Dania yang sedang menghampirinya membuatkan dia ingin membunuh Dania sekarang. Kalaulah boleh dia membunuh memang dah lama Dania mati ditangannya.

" Kenapa you nak jumpa dekat I ? " Soal Dania. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi yang tepat berada dihadapan Theo itu. Tajam renungan yang Theo berikan pada Dania. Seram sejuk pula Dania dibuatnya.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now