Untuk Sehari Saja 30

11K 669 52
                                    

Aisyah sedang menyiram pokok bunga kesayangannya dihalaman rumah.  Tiba-tiba sebuah kereta merempuh masuk ke dalam rumahnya, habis pagar rumah mereka roboh dibuatnya. 

Matanya masih lagi melihat ke arah kereta tersebut untuk melihat siapakah pemilik kereta itu.  Dania keluar daripada perut kereta lalu dia menutup kuat pintu kereta tersebut.

Dania berjalan menghampiri ke arah Aisyah.  Aisyah menelan air liurnya bila melihat Dania kusat-masai macam ni, dia takut ! 

" Dia buat apa dekat sini " Bisik hati Aisyah.  Takut melihat mata Dania yang merah menyala itu.

Belum sempat lagi Aisyah ingin bertanya apa yang membuatkan Dania pergi sini dengan cepat tangan kanan Dania menampar kuat pipi Aisyah.

Pang !

Terteleng kepala Aisyah ke kiri dengan tamparan kuat daripada Dania itu.  Kelihatan cecair berwarnah merah pada bibir Aisyah.  Disentuh lembut pipinya itu.

" Tamparan ini disebabkan kau rampas Theo dari aku " Kata Dania.  Dadanya turun naik kerana sedang menahan marahnya.  Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia membuat lebih daripada tamparan tersebut.

" Maksud Cik Dania apa ? Perlahan suara Aisyah berkata.  Sakit pada pipi dan bibirnya itu masih lagi terasa.  Ya tuhan bantulah dia, kalaulah Dania bertindak lebih padanya sekarang pasti tiada siapa yang dapat menolongnya.

Dania hanya diam memandang tajam ke arah Aisyah

" Cik Dania nak cari siapa sebenarnya? " Aisyah bersuara kembali.

" Aku nak jumpa dengan kaulah bodoh ! " Maki Dania.

" Nak jumpa dengan saya sebab apa ? " Soal Aisyah sayu. 

" Aku nak tanya kau ni "

" Tanya ap..a " Tergagap-gagap Aisyah bersuara.

" Theo dah mula jatuh cinta dekat kau ke ? " Soal Dania.

Aisyah tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh perempuan ini.  Kenapa tiba-tiba sahaja mengajukan soalan begitu padanya.  Sudah jelas-jelas suaminya itu cintakan Dania dan bukan dirinya, buat apa lagi Dania hendak bertanya dengannya sedangkan dia sendiri sudah tahu jawapan tersebut.

" Cik Dania jangan salah faham suami saya cintakan Cik Dania seorang aje " Tutur Aisyah.

Dania tersenyum sinis.  Sudah dapat menjangka apa yang akan keluar daripada mulut Aisyah itu.

" Baguslah kalau kau faham " Kata Dania

Aisyah pelik dengan Dania yang tiba-tiba sahaja datang ke rumahnya semata-mata nak bertanyakan soalan yang jelas dia sudah tahu sendiri.

Dania berjalan meninggalkan Aisyah tetapi langkahnya terhenti kerana dia lupa mengatakan sesuatu yang ingin menyakitkan hati Aisyah. 

" Theo tak pernah sentuh kau kan lagi ? "

Aisyah mengangguk perlahan.  Takkan dia nak menjawab tidak pula sedangkan suaminya itu belum pernah lagi menyentuhnya semenjak mereka bergelar suami isteri.  Tidur pun bilik berasingan macam mana nak sentuh dia

" Macam mana Dania tahu " Bisik hati Aisyah

" Bagus Aisyah dan I nak bagitahu ni sekarang yang  I tengah pregnant anak Theo dan anak suami kau tu " Tipu Dania sambil tersenyum jahat kerana puas hatinya menyakitkan hati Aisyah

Dia berlalu pergi meninggalkan Aisyah tanpa bersalah sedikit pun.

Aisyah terkejut apa yang dikatakan Dania sebentar tadi  biliknya.  Dia binggung hendak bereaksi bagaimana sekarang.  Jantungnya seakan-akan mahu berhenti.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now