Untuk Sehari Saja 31

10.5K 952 29
                                    

Pada pagi ini Theo tidak berselera untuk makan kerana isterinya masih lagi melayannya dengan dingin. Entah apa yang membuat isterinya itu berkelakuan begitu di sendiri pun tidak mengetahuinya. Tetapi sarapan yang berada diatas tetap juga dia makan.

" Aisyah " Panggil Theo lembut.

Aisyah yang mendengarkan suaminya itu memanggilnya namanya dengan cepat dia bergerak ke dapur semula. Tadi dia sedang menata bunga palsu ke dalam pasu di ruang tamu rumah mereka. Dia sengaja nak sibukkan dirinya kerana mahu mengelak daripada Theo padahal kerja tersebut boleh sahaja dia buat nanti.

Langkahnya menghampiri meja makan lalu tangannya dengan ralit mengemas semua pinggan dan baki nasi goreng tadi. Sedikit pun dia tidak melirik ke arah suaminya itu, sakit hatinya bila suaminya itu masih lagi tidak mahu mengatakan perkara yang sebenar.

Anak mata Theo hanya melihat sahaja gerak-geri isterinya yang sedang mengemaskan meja makan itu, sayu hatinya bila isterinya itu melayannya dengan dingin. Rupanya sesakit ini bila diperlakuan seperti tidak wujud oleh orang yang kita sayang. Sangat sakit !

Aisyah hanya diam membisu sahaja semasa mengemas meja makan tersebut dan dia perasaan melihat suaminya dari tadi melihat ke arahnya seolah-olah ingin berkata sesuatu.

" Kau tak makan ke ? " Tanya Theo dengan lembut.

Dia memberanikan diri untuk bertanya dengan isterinya itu. Tidak tahan dirinya ingin untuk tidak bercakap seharian dengan dirinya. Dia rindu dengan isterinya yang selalu asyik bercakap ! Ke mana isterinya yang dahulu ? Kembalikan pada dia semula. Sungguh dia sangat rindukan dirinya isterinya yang dulu.

" Saya tak lapar " Jawab Aisyah dengan dingin. Kasar sahaja dia menjawab pertanyaan suaminya itu. Selagi suaminya itu tidak memberitahu perkara yang sebenar selagi itulah dia akan berkasar dengan Theo.

" Makanlah sikit nanti perut kau sakit sebab tak makan " Pujuk Theo dengan lembut sambil melihat ke arah isterinya itu. Risau pula dia melihat mata isterinya itu sembab.

" Tolong jangan paksa saya boleh tak tuan. Kalau saya taknak makan pun bukan urasan tuan juga ! " Kuat sahaja suara Aisyah berkata.

Theo terkejut kerana tiba-tiba isterinya berkata kuat terhadapnya. Tidak pernah isterinya itu meninggikan suara dengannya selama ini tetapi untuk pagi ini adalah kali pertama dia tinggikan suara. Semakin kuat firasatnya ada perkara yang berlaku sehinggakan isterinya itu melayannya sebegitu.

Aisyah baru tersedar dia telah meninggikan suaranya dengan suaminya itu, sungguh dia terlalu terikut dengan emosinya sekarang. Ya tuhan, berdosanya dia kerana telah meninggikan suara dengan suaminya itu. Sudahlah syurganya berada ditapak kaki suaminya.

" Maafkan saya tuan " Rasa bersalah pula dia dengan suaminya itu. Selesai sahaja dia mengemaskan meja tadi terus dia melangkah keluar daripada dapur lalu menuju ke tangga untuk menuju ke biliknya itu.

Theo hanya diam memandang isterinya yang meninggalkannya sendiri di dapur. Tidak tahu hendak berkata apa lagi. Dia buntuh.

Dia menghela nafas panjang lalu dia pun turut sama naik ke tingkat atas untuk ke biliknya. Tiba sahaja dia di tingkat atas matanya itu tertumpu ke arah pintu bilik isterinya yang tertutup rapat itu.

Theo cuba untuk mengetuk pintu bilik Aisyah.

Tok ! Tok ! Tok !

" Aisyah " Panggil Theo

Aisyah yang mendengarkan suaminya sedang memanggilnya terus dia memejamkan matanya untuk berpura-pura tidur kerana tidak mahu suaminya tahu dia sedang menangis sekarang. Hatinya betul-betul terluka sekarang.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now