01

5.2K 319 39
                                    

2022

"Danish Eiyad bin Darwish?"

"Ya, saya"

"Aku nikahkan akan dikau dengan anak perempuanku Clarissa Zenia binti Zulkarnain dengan mas kahwinnya seutas gelang emas tunai"

"Aku terima nikahnya Clarissa Zenia binti Zulkarnain dengan mas kahwinnya seutas gelang emas tunai"

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah.."

Tangan ditadah mengaminkan doa sebelum upacara menyarungkan cincin dan pembatalan air sembahyang.

Usai itu, kedua mempelai menapak ke arah keluarga masing-masing dan saling bersalaman.

Selesai bersalaman dengan kedua ibu bapanya, Danish menapak mendekati adik-beradiknya.

"Tahniah Along. Selamat pengantin baru." ucap dua orang adik lelakinya serentak.

"Thanks. Daniyal, Dareeq." ucap Danish kemudian memeluk adik-adiknya.

Di sebelah Dareeq, duduknya Dahlia Elvina bersama dengan kanak-kanak perempuan di sisinya. Hanya senyuman kecil sahaja dilemparkan kepada Danish.

"Hey, El." ujar Danish sambil merapati adik perempuannya itu.

"Tahniah Along. I'm happy for you. Jadi suami yang baik untuk Kak Clarissa ya." ucap Dahlia dengan suara seraknya.

Tubir matanya sudah hangat. Tunggu masa sahaja air matanya bakal menitis. Bukan dia bersedih tetapi sangat gembira apabila abang sulung yang paling rapat dengannya akhirnya bergelar seorang suami.

"Don't cry El. You will always be my sister. My baby sister" ujar Danish sambil melutut di hadapan Dahlia.

"Come." Danish mendepakan tangannya agar Dahlia memeluknya.

Sebaik sahaja Dahlia memeluk Danish, tangisan Dahlia pecah. Hingga lecun baju nikah Danish dibuatnya.

"Shh.. El masih adik Along. Along sentiasa ada untuk El. Tak bermakna Along kahwin, along akan tinggalkan adik-adik along." pujuk Danish sambil menggosok belakang Dahlia.

"Mummy, don't cry. Ugly." ujar kanak-kanak di sisi Dahlia. Polos dia memandang ke arah Dahlia Elvina.

"See, Delisha pun cakap mummy dia buruk bila nangis." sakat Danish sambil masih memujuk Dahlia.

Dahlia memukul dada Danish. Pecah ketawa Danish saat itu. Senang je. Cakap aje buruk, berhentilah nangis adik dia yang sorang ni.

"Delisha, come here ikut Maklong. Let's eat." panggil Clarissa Zenia yang sedang berdiri di sisi Danish.

Delisha dengan senang hati mengikut Clarissa.

"Bye mummy. Don't cry you look ugly." ucap Delisha kemudian memegang tangan Clarissa.

Clarissa hanya tersenyum melihat gelagat anak buah suaminya itu.

"Abang, El. Akak bawa Delisha makan dulu tau." ujaran Clarissa mendapat anggukkan daripada Dahlia dan Danish.

Danish mengambil tempat duduk di sisi Dahlia. Kemudian tangannya naik menyeka air mata adiknya.

"Don't cry El. I'm not going anywhere. I'll always be there for you. Anytime." kekura tangan Dahlia digenggam.

"Tapi Along dah ada kak Clarissa. El dah tak boleh manja-manja dengan Along." Dahlia tersebik.

"Boleh je. Siapa cakap tak boleh?"

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now