18

3.6K 341 28
                                    

"Abang." Datin Eliza menggamit Datuk Darwisy.

"Kenapa Za?" Datuk Darwisy menapak mendekati isterinya. Wajah isterinya ditatap buat seketika. Kelihatan wajah itu risau.

"Tu, El. Saya tengok selalu sangat termenung sejak kebelakangan ni. Saya risaulah." Luah Datin Eliza sambil terselit nada kerisauan. Datuk Darwisy kalihkan pandangan ke arah Dahlia yang sedang duduk di halaman rumah.

"Awak ada tanya dia tak?" Datin Eliza menggeleng.

"Abang bukan tak tahu. El tu mana nak berkongsi. Cubalah abang tanya. Risaulah saya."

Datuk Darwisy hanya akur. Langkah diatur menapak ke arah anak perempuannya itu.

"El." Tegur Datuk Darwisy. Duduknya kemudian dilabuhkan di sisi anak perempuannya itu.

"Eh, pa.." Dahlia ukirkan segaris senyuman kepada si ayah. Menyembunyikan keadaan dirinya yang sebenar tatkala ini.

"El okay tak ni? Mama cakap El selalu termenung sejak kebelakangan ni." Wajah anak perempuannya itu ditatap lama. Mahu mencari jawapan disebalik wajah tenang yang dipamerkan.

"Okay. Apa yang tak okay? Sekali sekala termenung." Dahlia menjawab sambil bergurau kecil. Bergurau sekadar bertujuan menepis rasa dirinya yang berkecamuk saat ini.

"Kalau El ada masalah, share. Tak nak bagitahu dekat Papa, share dekat mama. Mama risau tu tengok El asyik termenung." Dahlia mengangguk kecil. Ya, dia akui dia banyak termenung sejak kebelakangan ini. Semuanya kerana masalah yang ditimbulkan oleh Kasyaf.

"Don't worry pa. I'm okay." Dahlia meyakinkan si ayah. Dia tahu semua risau tetapi dia belum bersedia untuk berkongsi.

"El, betul-betul okay kan dengan majlis kenduri hari ni? Kalau tak okay, papa cancel." Datuk Darwisy risau andai kenduri yang bakal diadakan yang mengganggu Dahlia.

"Hey! Kenapa nak cancel? El okay jelah. Lagi pun papa banyak jemput kawan-kawan papa kan? Don't worry. Kalau El tak okay, El cakap tak okay. But, seriously I'm okay with it." Dahlia tidak kesah tentang pandangan orang padanya. Dia sudah lali akan hal itu.

"Dahlah. Papa tak perlu risau. El okay je. El nak masuk ni. Nak siapkan apa yang patut. Malam nanti tetamu nak datang." Dahlia bangkit dari duduknya. Mahu membantu Datin Eliza membuat persiapan. Walaupun mereka menggunakan perkhidmatan katering, Datin Eliza memilih untuk menyediakan hidangan pencuci mulut sendiri.

Dahlia tala langkah masuk ke dalam rumah. Kepergiannya hanya dilihat oleh Datuk Darwisy. Datuk Darwisy tahu ada yang disembunyikan oleh anaknya itu. Tetapi, dia tidak mahu mendesak.

________________

"Kasyaf!" Puan Kamelia menggamit anak sulungnya yang baru keluar dari perut lif. Matahari dah mencanak atas kepala baru reti keluar bilik. Tak tahu nak jadi apa anak yang sorang ni.

Kepala sahaja mampu digelengkan melihat perangai si anak.

"Morning, mummy." Kasyaf mendekati Puan Kamelia. Pipi si ibu dicium.

"Morning apanya Kasyaf. Dah masuk tengah hari ni. Kamu ni sarapan pun tidak. Tengah hari baru keluar bilik. Ada solat subuh tidak ni?" Bebelan Puan Kamelia itu tidak dipedulikan. Kasyaf hanya memekakkan telinga.

Langkah ditala menuju ke peti sejuk. Sebotol jus avacado diambil dan dituang ke dalam gelas. Sekali teguk, gelas sudah kosong. Puan Kamelia hanya mampu menggeleng kepala.

"Hari ni jangan keluar ke mana-mana. Malam ni ikut mummy dengan daddy pergi kenduri." Ujar Puan Kamelia sambil melihat Kasyaf yang sudah melabuhkan duduk di Island Counter.  Nasi goreng yang terhidang Kadyaf suap ke dalam mulut. Puan Kamelia Berpesan awal-awal kerana dia tahu jikalau anaknya itu sudah keluar, lewat malam baru akan ada di rumah.

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now