22

6K 422 35
                                    

Yang belum baca chapter lepas, bacalah. Sebab ramai kata tak masuk notification.
________________

Buk! Buk! Buk!

Dahlia layangkan penumbuk pada punch mitts yang disarung oleh Zayn pada tangan. Tumbukan Dahlia semakin kuat dan semakin laju. Berkerut dahi Zayn melihat Dahlia.

"Woah! Woah! Time out!" Zayn menghentikan perbuatan Dahlia itu. Dia dapat rasakan yang Dahlia seolah-olah sedang melepaskan geram.

"Kau okay tak ni?" Zayn menyoal. Wajah tegang Dahlia ditatap buat seketika.

Dahlia hanya membisu. Melihat Zayn sudah jatuhkan punch mitts, Dahlia atur langkah ke arah punching bag yang digantung di tengah-tengah gelanggang itu. Tumbukan dilepaskan lagi.

Punching bag itu ditumbuk berkali-kali. Tumbukannya itu menyebabkan punching bag terhayun ke belakang.

Peluh yang sudah membasahi wajah hanya dibiarkan. Matanya langsung tidak lepas memerhati punching bag itu.

"Tapi, itu pun kalau ada orang nak dekat kau lah. Selalunya orang taknak bekas orang lain."

Masih terngiang-ngiang di telinganya akan kata-kata Kasyaf itu. Sukar untuk dia hapuskan dari memorinya.

"Argh!" Dahlia menjerit kuat. Nyaring. Bersama itu, Dahlia layangkan tendangan. Kakinya naik menendang punching bag buat kali terakhir.

Mujur tiada orang lain yang berada dalam gym itu. Hanya beberapa orang pekerja termasuk Zayn dan Dahlia sahaja.

Dahlia kemudian melabuhkan duduk di tengah-tengah gelanggang itu. Punching gloves dibuka dan dilempar kasar ke tepi gelanggang. Nafasnya cuba diatur tenang.

"Hey kau okay tak?" Zayn patahkan lutut dan melutut di hadapan rakannya itu. Dahlia memandang Zayn dengan mata yang berkaca-kaca.

Dahlia menggeleng. Dia tidak okay. Air di pelupuk mata gugur. Zayn kalut apabila Dahlia yang tiba-tiba menangis. Tangisan itu semakin lama semakin larut.

Teragak-agak apa yang perlu dia lakukan. Akhirnya, dia menggosok bahu Dahlia. Cuba menenangkan Dahlia yang masih menangis. Mahu dipeluk, dia masih perlu menjaga batas. Tetapi kerana terpaksa, dia gosok bahu Dahlia yang berlapikkan baju itu. Dia tahu, tiada kata-kata yang mampu menghentikan tangisan itu melainkan pujukan bisu. Itu yang dia sedang lakukan.

"Sorry, kitaorang lambat!" Satu suara kedengaran. Langkah ditala masuk ke dalam gym.

"Zayn, El.." Terhenti bicaranya apabila melihat Dahlia yang sedang menangis. Dan Zayn yang sedang memujuk.

"El! Kenapa ni?" Zayn melangut. Daniyal bersama dengan Danish dan Dareeq pasakkan pandangan ke arah dirinya dan Dahlia.

"Kenapa ni Zayn?" Danish menyoal. Zayn jongketkan bahu. Dia sendiri juga tidak tahu sebab Dahlia menangis.

Zayn memberi ruang pada tiga beradik itu untuk memujuk Dahlia. Malangnya, semakin mereka pujuk, semakin larut tangisan itu. Semakin mereka peluk untuk memujuk, semakin Dahlia mengongoi.

"Shh.. Calm down El. Kenapa ni? Cuba bagitahu Along." Danish seka air mata si adik. Wajah merah padam Dahlia ditenung.

"Kenapa ni kak? Siapa yang buat kakak sedih?" Dareeq usap belakang Dahlia yang masih menangis teresak-esak itu.

Daniyal keluarkan tuala dari dalam beg gym miliknya. Wajah lecun Dahlia dilap perlahan.

"Along, Adik." Daniyal memanggil abang dan adiknya perlahan. Kemudian dia buat isyarat 'tepi sikit' bagi memberi dia ruang untuk memujuk Dahlia yang tiada tanda-tanda tangisannya akan surut.

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now