12

3.7K 335 60
                                    

"Argh!" Dahlia menjerit kemudian hantuk kepala beberapa kali pada meja. Mujur sahaja pejabatnya soundproof. Lydia yang turut berada dalam pejabat tersebut hanya mampu bersimpati.

Kalau Dahlia tahu sesukar begini berurusan dengan E.L's Corp atau lebih tepat Kasyaf Evren, dia tidak akan terima projek ini. Kali ini sudah masuk lima kali design yang dihasilkan olehnya ditolak mentah-mentah oleh Kasyaf. Ada sahaja yang tidak kena.

"Cik Dahlia janganlah buat macam tu. Nanti bengkak dahi." Lydia menegur apabila melihat perbuatan Dahlia itu berlarutan. Risau nanti bertelur pula dahi majikannya itu.

"Lima kali Lydia. Lima kali. Bukan sekali dua. Dia tolak mentah-mentah macam tu je." sebal hatinya dengan perbuatan Kasyaf itu. Mahu sahaja dia cekik-cekik Kasyaf andai lelaki itu ada di hadapannya saat ini.

"No one ever reject my design that numerous times. How dare he?" nada
Dahlia celah gigi. Geram!

Sekarang ni Dahlia rasa nak nangis pun ada. Berhari-hari dia bersengkang mata menyiapkan design untuk E.L's corp. Malangnya semua ditolak mentah-mentah oleh Kasyaf. Katanya, tak menepati standard E.L's Resort yang bertaraf lima bintang.

"Argh!" Dahlia jerit sekali lagi. Melepaskan geram yang sudah lama terbuku di hati. Kasyaf memang cari pasal!

"Lydia, call E.L's corp. Another design dah siap. Kalau dia nak datang, dia punya tahulah." Masih sebal hatinya. Tempoh hari, Kasyaf datang ketika pertengkarannya dengan Adam Dika. Mujur lelaki itu tidak terdengar apa-apa. Hari itu juga design untuk E.L's Corp ditolak. Mahu meraungnya Dahlia.

"Baik, Cik Dahlia." Lydia akur kemudian mengatur langkah keluar dari pejabat majikannya itu. Ganggang telefon diangkat untuk membuat panggilan.

Dahlia kembali menyibukkan diri dengan kerja. Ada design yang perlu disiapkan untuk client yang lain.

"Cik Dahlia." Dahlia kalihkan pandangannya ke arah pintu pejabat. Lydia kembali selepas membuat panggilan.

"Saya dah call. Izz set up meeting hari ni. Encik Kasyaf akan jumpa Cik Dahlia after lunch hour. Dekat luar. Sebab dia ada meeting dengan client before lunch hour." terang Lydia.

Dahlia angguk akur. Semakin lama bekerja dengan Kasyaf ini, semakin stress dibuatnya. Tertanya-tanya juga macam mana pekerja Kasyaf boleh tahan bekerja dengan majikan mereka itu. Banyak songeh!

_______________

Tok! Tok! Tok!

Izz mengetuk pintu sebelum mengatur langkah masuk ke dalam pejabat Kasyaf.

Kasyaf panggung kepala. Tangannya sibuk mengemas briefcase miliknya. Dia perlu menghadiri temu janji pada hari ini.

"Kasy. After lunch aku ada set up meeting dengan Cik Dahlia."

Jeda.

Kasyaf dengar tetapi hanya membisu.

"Kenapa kau reject designs Cik Dahlia tu? Aku tengok semua okay je. Nak cakap bukan taste kau, aku rasa lebih dari taste kau." Izz tertanya-tanya sebenarnya. Mahu tahu apa sebab Kasyaf bertindak sedemikian rupa.

Design yang dihasilkan oleh Dahlia itu tiada cacat celanya. Dia sudah banyak melihat pelbagai design. Dia boleh akur dan katakan, design Dahlia setakat ini yang betul-betul menepati cita rasa seorang Kasyaf Evren.

"Saja." pendek jawapan Kasyaf. Izz sudah mengerutkan dahinya. Kasyaf ni biar betul? Buang tabiat ke?

"Saja? Saja je kau kata? Kalau Cik Dahlia tu tahu, memang kau kena maki hamun." Izz hanya mampu menggelengkan kepala. Seorang Kasyaf Evren memang ikut suka kepala dia je.

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now