26

3.4K 301 24
                                    

Sudah hampir seminggu sejak kejadian itu. Tetapi, episod duka itu masih bergentayangan di minda. Keluhan berat terlepas dari bibir Kasyaf.

Pintu oak diketuk dari luar menyebabkan lamunan Kasyaf terhenti. Pandangan dikalihkan apabila pintu pejabatnya ditolak dari luar.

"Izz," sapa Kasyaf apabila melihat gerangan yang melangkah masuk.

Kerusi di hadapan meja Kasyaf ditarik dan diduduki tanpa disuruh. Beberapa keping fail berada dalam pegangannya.

"Kau kena sign fail projek ni. Untuk projek dekat Kelantan," ucap Izz sambil menghulur fail tersebut kepada Kasyaf.

Huluran disambut. Fail kemudian bertukar tangan. Fail tersebut diteliti dan dibaca sebelum Kasyaf menurunkan tanda tangan miliknya.

Perkara yang sama dilakukan pada fail-fail yang berikutnya. Kasyaf tidak banyak soal dan hanya menurunkan tanda tangan miliknya. Selesai sahaja, fail-fail dikembalikan kepada Izz.

"Ini pula... surat cuti aku." Izz hulurkan sekeping sampul surat bewarna putih kepada Kasyaf. Jelas terbit kerutan di dahi lelaki itu. Namun, huluran Izz tetap bersambut. Langsung sahaja sampul surat itu dibuka dan terus dibaca.

Selesai membaca, Kasyaf pasak pandangan kepada Izz. Cuti yang dipohon agak lama. Jarang untuk lelaki itu bercuti lama sebegitu sekali.

"Kau ada masalah ke Izz?" Kasyaf menyoal. Ingin tahu andai ada sesuatu yang Izz rahsiakan daripadanya.

Izz menggeleng sambil tersenyum kecil. Dia tiada apa-apa masalah mahupun masalah peribadi sekali pun. Ada masalah pun, semuanya yang ditimbulkan oleh Kasyaf sahaja.

"Tak. Aku tak ada masalah. Aku cuma mohon cuti lama sikit kali ni. Lama sangat aku tak pulang jenguk mak dengan abah. Dan aku harap kau dapat luluskan. Alang-alang aku ke Kelantan nanti terus nak pulang jenguk mak abah aku," terang Izz panjang lebar. Rindu kepada kedua orang tuanya sudah tidak tertanggung.

Sejak dia ke Itali bersama Kasyaf dahulu, jarang sekali dia dapat pulang menjenguk orang tuanya. Memandangkan sekarang dia sudah kembali ke Malaysia, dia ingin pulang menjenguk mereka.

"Kau tahukan, daddy kau minta aku ke Kelantan untuk tolong uruskan anak syarikat kat sana?" Pertanyaan Izz itu mendapat anggukan daripada Kasyaf. Ya, dia tahu Tuan Emir meminta Izz ke Kelantan untuk menguruskan anak syarikat yang baru bertapak. Izz sudah menjadi orang kepercayaan keluarga mereka.

"Tahu. Daddy ada bagitahu aku. Tak apalah. Habis je kau urus hal kat sana, kau cutilah. Hal kat sini kau tak payah risau. Pandailah aku handle." Izz hanya mengangguk mendengar persetujuan Kasyaf itu. Bukan selalu dia bercuti. Sekali-sekala aje.

"Yang ini pula, budak-budak baru yang bakal masuk dalam The Viper. Jabir dah buat background check dan semua clear. Aku dah inform budak-budak tentang kedatangan dorang dalam beberapa hari lagi. Cuma budak-budak akan keluar untuk misi. Tak ada orang nak handle bila dorang sampai nanti. Aku pun dah ada kat Kelantan waktu tu," terang Izz lagi panjang lebar. Fail yang terkandung biodata diserahkan kepada Kasyaf.

Tajam mata Kasyaf meneliti biodata-biodata tersebut. Wajah dalam gambar juga ditilik dan diamati satu persatu.

"Tak apa. Nanti aku suruh Lut datang sede centrale." Pandailah dia atur dengan sepupu dia yang sorang tu. Hafiy Lutfan semenjak nak jadi bapa ni liat sangat nak jejak kaki dekat sede centrale tu. Ada aje alasan dia. Tahulah ada bini!

"Anything else?" soal Kasyaf. Izz mengangguk. Kasyaf jongketkan kening mahu Izz meneruskan bicaranya

"Kau." Berkerunyut wajah Kasyaf sebaik mendengar balasan Izz itu. Dia? Apa kena dengan dia?

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now