38

2.4K 225 19
                                    

CAHAYA menerobos masuk ke dalam bilik tidur melalui cermin tingkap. Langsir yang sudah sedia terselak itu menambahkan lagi cahaya yang menerangi ruangan bilik tidur itu.

Perlahan-lahan mata dicelik. Tangan naik menggosok mata apabila pandangan masih samar-samar. Siling bilik ditenung seketika sebelum badan dikalih ke kiri.

Kelihatan ada si anak yang sedang tidur pulas di sisi. Kucupan hangat dilabuhkan di dahi si anak. Akibat perbuatannya itu, si anak mulai terganggu dari lena.

"Morning daddy," ucap Delisha sambil menggosok matanya. Mulutnya menguap luas.

"Morning cupcake," ucap Kasyaf sambil melakarkan segaris senyuman.

Tangannya mencapai telefon yang berada di atas almari sisi. Jam diperiksa dan menunjukkan sudah jam 10 pagi. Hampir 3 jam dia tertidur. Dia melelapkan mata selepas subuh kerana sakit kepala. Kepalanya berdenyut-denyut mungkin kerana kurang rehat.

"Hari ni bukan sekolah ke? Kenapa tak sekolah lagi?" soal Kasyaf apabila melihat Delisha masih berada di rumah sedangkan jam sudah menunjukkan jam 10 pagi.

"Mummy suruh Isha cuti teman Daddy. Mummy cakap daddy tak sihat," jawab Delisha lagi.

"Mummy mana?" soal Kasyaf lagi.

"Work," Kasyaf hanya mengangguk faham. Dia kemudian duduk di birai katil.

Seketika kemudian, matanya terlihat sesuatu di atas meja kopi.  Dengan langlah yang gontai, Kasyaf melangkah ke arah meja kopi itu. Duduknya dilabuhkan di atas sofa.

Ada tudung saji kecil terletak di atas meja itu dan diselit dengan sekeping nota yang ditulis tangan.

"Saya buatkan sarapan. Just a simple one. Makan ni kemudian makan ubat panadol. I'm running late and I might come home late today. Kalau tak kisah, pesan foodpanda atau grab food for both of you tonight. Takut tak sempat masak. I'll make it up next time."

Bersama demgan nota itu ada sepapan tablet paracetamol. Kasyaf mengukir senyuman kecil. Sebaik tudung saji dibuka, terhidang beberapa keping banana pancakes. Semakin melebar senyuman Kasyaf. She's cold but she cares.

Selesai membaca doa makan, Kasyaf menikmati sarapan paginya yang terhidang. Seketika kemudian dia menggamit Delisha yang duduk di birai katil. Sarapan itu dikongsi bersama dengan si anak. Bapa dan anak itu tersenyum sambil menikmati sarapan mereka.

DAHLIA sibuk menyiapkan kerja-kerjanya. Hari yang sudah bertukar gelap juga tidak disedari.

Tok! Tok! Tok!

Pintu pejabatnya diketuk sebelum ditolak. Kelihatan Lydia berdiri di muka pintu.

"Puan Dahlia," panggil Lydia. Dahlia panggung wajah dan kemudian menghentikan kerjanya seketika.

"Puan tak nak pulang ke? Dah lewat ni. Saya pun dah nak gerak pulang. Mesti suami dan anak puan pun tengah tunggu dekat rumah," ujar Lydia.

Dahlia kalih wajah ke arah tingkap pejabatnya. Jelas kelihatan hari sudah malam. Jarum jam dinding juga sudah menunjukkan hampir jam 7.30 malam.

"You can go. Saya ada kerja nak siapkan," jawab Dahlia bersama segaris senyuman. Lydia angguk akur kemudian berlalu keluar dari pejabat majikannya itu.

Dahlia selesaikan kerjanya yang masih berbaki kemudian mejanya dikemas. Tatkala itu juga hujan lebat membasahi bumi. Dahlia kalihkan pandangan ke arah tingkap besar di pejabatnya itu.

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now