17

3.7K 328 19
                                    

"Kasy!"

"Kasyaf Evren!" Naik seoktaf nada Tuan Emir. Sejak tadi dia berbicara tentang projek syarikat tetapi rupa-rupanya anaknya itu mengelamun.

"Daddy..."

"Apa daddy cakap tadi?" Fikirannya agak terganggu seminggu dua minggu ini. Fokusnya semua ke laut.

"Cosa c'è di sbagliato in te?  Hai un problema?" (What's wrong with you?  Do you have a problem?)

Jarang mahu melihat anaknya mengelamun sebegitu rupa. Anak sulungnya ini yang selalu fokus pada kerja. Tetapi hari ini lain pula jadinya.

"Non è niente.  Sto solo pensando." (It's nothing. I'm just thinking."

"Can we continue?" Kasyaf tidak mahu terus membahaskan tentang itu. Takut, apa yang disimpannya selama ini bakal terbongkar. Dia mahu menyelesaikan masalahnya sendiri terlebih dahulu.

Tuan Emir juga tidak menyoal banyak. Tidak mahu mendesak anaknya itu andai tidak mahu berkongsi apa-apa dengannya. Perbincangan mereka teruskan dan kali ini Kasyaf kelihatan lebih fokus walaupun kadangkala fokusnya itu hilang seketika.

Selesai perbincangan, Kasyaf langsung angkat punggung dan berlalu masuk ke pejabatnya semula. Tuan Emir hanya memandang kepergian anak sulungnya itu. Jujur dia tertanya-tanya.

Tetapi, mulutnya berat untuk menyoal. Dia cukup kenal anaknya itu yang tidak mudah berkongsi. Sekadar berkongsi apabila benar-benar buntu.

Kasyaf menghempas tubuhnya di atas kerusi eksekutif. Fikiran menerawang jauh. Pelipisnya diurut apabila sakit kepala datang menerpa.

Ketukan pada pintu menyetak Kasyaf. Langsung pandangan dikalih ke arah pintu pejabatnya. Izz melangkah masuk.

"Tengku Qaisy call tadi. Dia ajak jumpa kalau free. Dia call kau tak angkat." Ujaran Izz itu kedengaran dingin. Sejak kejadian tempoh hari, Izz hanya acuh tak acuh sahaja pada Kasyaf.

Kasyaf menghela nafasnya perlahan. Satu-satu masalah timbul. Masalah sebelah sana tak selesai, masalah dengan Izz lagi ditambah.

"Izz." Kasyaf memanggil apabila Izz sudah ingin membuka langkah meninggalkan ruangan pejabatnya. Langkah Izz terhenti kemudian memandang Kasyaf dengan kening dijongketkan.

Kasyaf menghantar isyarat untuk Izz duduk. Izz akur walaupun berkira-kira sama ada mahu atau tidak mengikut arahan Kasyaf itu.

"Kau nak cakap apa? Aku banyak kerja nak kena settle ni."

"Aku nak settle masalah antara kita."

"Daripada kau bercakap dengan aku soal ni, baik kau pergi jumpa kawan baik sehidup semati kau Tengku Qaisy tu." Nada Izz sinikal. Ujarannya itu penuh dengan seribu satu maksud.

"I get it Izz. Aku tahu kau tak pernah suka dengan Qaisy but he's my friend. So, do you."

"Ya, aku memang kawan kau. Tapi sebelum kawan, aku ni kuli je. Aku mana mungkin sekufu dengan kau dan Tengku Qaisy." Kasyaf berdecak. Ya, dia akui. Izz sebelum ini hanya sebagai orang kanannya sahaja. Tetapi, perkara itu dah lama berlalu. Sejak mereka ke Itali, Izz yang sentiasa ada dengan dia sepanjang dia mengurus syarikat. Izz sudah dianggap sebagai sahabatnya.

"Izz we talked about this. Aku dah anggap kau macam kawan aku. Seriously, what is your problem?" Berkerut wajah Kasyaf. Nadanya cuba dikawal sebaik mungkin. Izz tidak pernah bertindak begini apatah lagi mahu bermasam muka. Pelik.

"Kau tanya masalah aku? Masalah aku adalah kau Kasy! Kau tahu tak daddy kau dah banyak kali tanya aku pasal projek resort tu? Takkan tiap kali tu juga aku nak bagi alasan yang sama?!"

"Sebabkan kau, interior designer yang patutnya uruskan projek ni angkat kaki. Then, projek tergendala. Boleh tak for once kau tak bertindak ikut kepala kau? This is Malaysia not Italy."

"And lagi satu, sampai bila kau nak biar benda ni berlarutan? Nak tunggu kau saman, tak ada pula kau contact lawyer. Apa yang kau tunggu sebenarnya ni?" Geram. Terlalu geram. Langsung tak ada tindakan yang Kasyaf lakukan.

"Kau diam macam ni, projek tu tetap tak akan jalan. Nak tak nak, kau kena cari jalan penyelesaian. Daddy kau dah desak aku tau? Dia tahu kau ada masalah. Cuma dia taknak desak kau."

"Kalau kau still nak Cik Dahlia dalam projek ni, kau pergilah merayu. Even you have to kneel down, just do it. Kalau tak, aku tak jamin aku akan diamkan hal ni daripada daddy kau lagi." Izz tahu ego seorang Kasyaf setinggi langit. Mana mungkin tunduk pada seorang wanita.

Kasyaf memandang Izz lama. Dia mahu berbincang. Tidak tahu pula bakal disembur sebegitu rupa dengan Izz.

"Asal? Aku salah cakap ke?" Izz tidak berhenti menyinis. Saat ini dia hanya mahu menyakitkan hati Kasyaf andai itu yang mampu menyedarkan lelaki ini.

"Tercabar ego kau bila aku suruh kau melutut? Ada cara lain ke? Aku tak rasa ada cara lain. Hampir lima tahun Kasy. Kau ingat senang ke dia nak maafkan kau? Anak kau tu dah berumur empat tahun tau?"

"Kalau kau ingat senang-senang macam tu je kau boleh datang dalam hidup dorang macam mana kau senang-senang lepaskan tanggungjawab kau dulu, you're definitely wrong. Kau biarkan dia berhadapan dengan dunia yang kejam ni seorang diri Kasy. Kau tak pernah tahu apa yang dia dah lalui.." Panjang lebar Izz menyampaikan apa yang sudah lama disimpan selama ini. Jujur dia tidak tahu apa sebenarnya rancangan Kasyaf. Sudah hampir dua minggu langsung lelaki itu tidak bertindak.

"Aku.. Aku tak tahu nak buat apa. Dia tak pernah cari aku Izz. Dan bila aku nampak anak aku dah besar, it just hit me so hard. I lost words. Aku.. Aku tak sangka benda akan jadi besar sampai macam ni."

"Dia bukan tak pernah cari kau Kasy. Dia cari, tapi kau yang lari. Kau lupa? Lepas kejadian tu, kau buat keputusan untuk ambil alih syarikat kat Itali. Salah satu sebabnya adalah kau nak lari dari dia kan?"

Kasyaf membisu. Ya, dia akui dia yang lari. Tapi baginya Dahlia juga tidak pernah mencarinya selama ini.

"Dia pernah cari kau Kasy. Pernah." Dahi Kasyaf berkerut. Mana mungkin. Mustahil. Wanita itu tidak pernah datang mencarinya. Kalau ada, pasti dia tahu.

"Kau ingat tak Daddy kau pernah call dan bagitahu yang ada someone yang cari kau? After almost a year kau tinggalkan Malaysia." Semakin jelas kerutan dahi Kasyaf. Dia ingat-ingat lupa. Mungkin ada.

"A man was looking for you. It was actually her. Memang bukan dia yang datang tapi kawan dia. Zayn Zuhayr. Dia yang bantu Cik Dahlia cari kau. Dia terserempak daddy kau dekat lobi. But, that was the first and last. I guess, lepas dia tahu kau dah tinggalkan Malaysia she took it as a sign that you will not be responsible for what happened. Can you even blamed her tho?"

Kasyaf bungkam. Jadi selama ini bukan Dahlia tidak pernah mencarinya, pernah. Tetapi, dia yang lari. Lari dari tanggungjawab. Dia tidak boleh menyalahkan Dahlia. Semua ini adalah berpunca dari dirinya sendiri.

"Aku tak tahu nak buat apa Izz. I'm losing my mind here."

"Beg for forgiveness. Aku tahu tak mudah dia nak maafkan kau. Tapi, kau kena usaha."

Kasyaf memejamkan matanya. Pelipis diurut. Ya tuhan. Apa yang harus dia lakukan?

Melihat keadaan Kasyaf, Izz mulai membuka langkah. Dia tahu Kasyaf perlukan masa bersendirian.

"Goodluck Kasy." Izz atur langkah keluar. Hanya segaris senyuman kelat yang mampu Izz lakarkan. Simpati? Ya, dia bersimpati. Tetapi, Kasyaf harus perbetulkan semuanya.

Votes and comments!!❤

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now