"SABARLAH Kasy, mungkin ada hikmahnya," ucap Hafiy Lutfan sambil menepuk perlahan bahu Kasyaf.
Kasyaf hanya mampu tersenyum tawar.
"Benci sangat dia kat aku Lut. Tapi, mungkin balasan untuk aku juga sebab dah malukan dia dengan keluarga dia dulu," ujar Kasyaf cuba menerima apa yang sedang menimpa dirinya dan keluarga.
"Kalau jodoh tak ke mana Kasy, mungkin bukan sekarang korang disatukan," ucap Hafiy Lutfan lagi. Dia tahu semua apa yang berlaku antara Kasyaf dan Dahlia. Kasyaf yang sendiri menceritakan segalanya. Terkejut memang sangat terkejut tetapi semuanya sudah lepas.
Kasyaf membuka langkah ke arah ibu bapanya yang sedang berbincang dengan keluarga Datuk Darwisy. Semua tidak tahu ke mana hilangnya Dahlia. Ketika Datin Eliza naik bersama Auliya ke bilik yang menempatkan Dahlia, langsung tidak terlihat kelibat anaknya itu.
"Abang," tegur Auliya. Hafiy Lutfan tersenyum kecil melihat ke arah isterinya itu.
"Sayang okay? Kalau tak okay, sayang rehat dalam kereta." Melihat wajah pucat isterinya itu, Hafiy Lutfan menjadi risau.
"Fyaa okay. Don't worry. Abang, sekarang macam mana ni?" Jadi tanda tanya pada semua. Jemputan semua sudah hadir. Tak kan nak minta tetamu pulang macam tu pula?
"Kasy tengah discuss dengan kedua buah keluarga," jawab Hafiy Lutfan sambil menunjuk ke arah Kasyaf yang sedang sibuk bersama dengan keluarganya dan Datuk Darwisy.
"Macam nilah, apa kata..." terhenti bicara Datuk Darwisy apabila kata-katanya dipotong oleh isterinya, Datin Eliza.
"Ya Allah, El!" laung Datin Eliza apabila menangkap kelibat anak perempuannya itu bersama dengan Delisha yang sedang menapak ke arah pintu villa. Dahlia sudah siap mengenakan busana pernikahannya berwarna ivory white.
"Kamu pergi mana? Tahu tak majlis hampir nak dibatalkan?" bertubi-tubi soalan diberikan oleh Datin Eliza.
"Sorry, El tak ada niat nak buat semua risau. El terpaksa bawa Delisha keluar sekejap. Dia tak henti-henti nangis nak ziarah Dylan." jawapan Dahlia itu membuatkan Datin Eliza sekeluarga tergamam.
"Sorry, El naik sekarang nak touch-up makeup." Dahlia tala langkah untuk naik ke bilik tetamu. Saat berselisih dengan Kasyaf, lelaki itu merenungnya. Dahlia tundukkan wajahnya dari pandangan mereka terus bersabung.
Kasyaf hela nafas lega. Ya, lega. Lega kerana Dahlia tidak terniat untuk meninggalkan majlis pernikahan mereka ini.
Hafiy Lutfan melangkah ke arah Kasyaf. Bahu sepupunya itu dipicit-picit sambil tersenyum kecil. Kasyaf turut tersenyum.
Sementara menunggu Dahlia, masing-masing mulai mengambil tempat duduk. Suasana yang tadi hangat kembali seperti sedia kala.
"Goodluck bro. Akad nanti mesti lafaz sekali je jangan sampai tiga kali," usik Hafiy Lutfan sekadar cuba mengusir gemuruh yang dirasai oleh Kasyaf.
Kasyaf hanya tersenyum dengan usikan sepupunya itu.
Hafiy Lutfan menyiku Kasyaf sebaik pengantin perempuan mulai turun dan melangkah ke pelaminan. Kasyaf kalih wajah ke arah pandangan sepupunya itu. Terpesona seketika melihat Dahlia yang lengkap mengenakan busana pernikahan bewarna putih bersama dengan veil dan sejambak bunga tangan.
"Jaga mata. Kau kena jabat tangan dengan bapa dia dulu baru kau dapat anak dia," bisik Hafiy Lutfan. Kasyaf menjeling tajam ke arah sepupunya itu. Perbuatannya itu mengundang ketawa kecil Hafiy Lutfan.
"Boleh kita mulakan?" Datuk Darwisy bersuara. Semua mengangguk bersetuju. Tangan dihulur, lantas huluran tangannya itu disambut oleh Kasyaf dan mereka berjabat tangan.
"Kasyaf Evren bin Emir Luciano?"
"Ya, Saya."
"Aku nikahkan dan aku kahwinkan akan dikau dengan anak perempuanku Dahlia Elvina binti Darwisy dengan mas kahwinnya 30 ribu ringgit tunai ."
"Aku terima nikahnya Dahlia Elvina binti Darwisy dengan mas kahwinnya 30 ribu ringgit tunai."
"Sah?"
"Sah!"
"Sah!"
"Sah!"
"Alhamdulillah.."
Tangan ditadah apabila tok kadi memulakan bacaan doa. Dahlia menyalami tangan Datin Eliza yang duduk di sampingnya di atas pelaminan itu. Lama Datin Eliza memeluk Dahlia. Satu-satunya anak perempuan mereka kini sudah sah menjadi isteri orang.
Dahlia hanya lakarkan segaris senyuman sebaik pelukannya dengan Datin Eliza terlerai. Puan Kamelia turut datang memghampiri menantunya itu. Sementara menunggu Kasyaf selesai menunaikan solat sunat, mereka saling bersalaman dan berpelukan.
Terpancar cahaya kegembiraan dan kebahagiaan di wajah Puan Kamelia apabila Dahlia sah menjadi menantunya. Impiannya tercapai untuk bermenantukan Dahlia Elvina.
"El, Kasy nak sarung cincin tu," ucap Datin Eliza apabila melihat Dahlia menekur pandangan ke lantai.
Tidak sedar tika itu Kasyaf sudah selesai menunaikan solat sunat dan hanya beberapa langkah lagi sebelum mengambil tempat duduk di sebelah Dahlia di atas pelaminan tersebut.
Aroma minyak wangi Versace Eros dari tubuh Kasyaf Evren menerpa ke rongga hidung Dahlia. Bau maskulin itu cukup untuk menghadirkan rasa resah dan debar.
Pandangan Dahlia masih ditekur ke arah lantai. Cuba menahan rasa debar di dada yang membelenggu dirinya.
Kasyaf mulai mengambil tempat duduk di sisi Dahlia yang sudah sah menjadi isterinya itu. Datin Eliza bangkit dari duduknya untuk memberi ruang pasangan pengantin itu melakukan pembatalan air sembahyang.
Dengan debaran yang masih tersisa, Dahlia mengangkat pandangannya ke arah Kasyaf Evren yang sudah sah menjadi suaminya. Mata biru itu merenung anak mata hazel milik Dahlia. Perlahan-lahan Dahlia menyuakan tangannya ke arah Kasyaf untuk menyarungkan cincin.
Tangan kekar milik Kasyaf Evren mula meraih kekura tangan Dahlia Elvina. Dengan berhati-hati Kasyaf menyarungkan sebentuk cincin platinum ke jari manis Dahlia.
Sesaat, cincin itu sudah selamat tersarung. Giliran Dahlia pula menyarungkan cincin ke jari Kasyaf. Dengan tangan yang sedikit terketar-ketar, Dahlia menyarungkan cincin platinum itu ke jari manis Kasyaf.
Dahlia menunduk untuk menyalami suaminya. Tersentak Dahlia tatkala telapak tangan Kasyaf mendarat di ubun-ubunnya yang berlapikkan tudung berwarna pure white. Kasyaf membaca sepotong doa. Tersentuh hati Dahlia apabila mendengar bacaan doa tersebut.
اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُك خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتهَا عَلَيْهِ وَأَعُوذُ بِك مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتهَا عَلَيْهِ
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tentukan atas dirinya. Dan Aku berlindung kepadaMu dari kejelekannya dan kejelekan yang Engkau tetapkan atas dirinya".
Kemudian dahi licin milik Dahlia dicium lama. Dahlia memejamkan matanya dan saat itu, air mata Dahlia tumpah membasahi pipinya. Seolah-olah tidak percaya, tetapi inilah realitinya. Dia sudah sah bergelar seorang isteri kepada Kasyaf Evren. Dia akan menggalas tanggungjawab yang lebih besar selepas ini.
Kasyaf melepaskan kucupannya di dahi Dahlia. Matanya merenung wajah isterinya yang sudah basah dengan air mata.
"mummy, can I get a tissue please?" ucap Kasyaf. Puan Kamelia menghulurkan beberapa keping tisu kepada anaknya itu. Kemudian, tisu tersebut diguna untuk menyeka sisa air mata pada wajah Dahlia.
"You shouldn't cry. It will ruin your makeup. By the way, you look gorgeous than ever today. White suits you," ucap Kasyaf cuba memujuk Dahlia.
Adengan suami isteri itu hanya dilihat oleh tetamu yang hadir. Masing-masing berbisik dan tersenyum melihat kemesraan yang terpamer.
Jauh di sudut ruang tamu itu, ada dua pasang mata yang melihat adengan Kasyaf dan Dahlia itu dengan pandangan penuh kebencian. Mereka tidak suka Dahlia mengecapi bahagia ini.
YOU ARE READING
His Amore | SU
Romance#2 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙆𝙖𝙨𝙮𝙖𝙛 𝙀𝙫𝙧𝙚𝙣 | 𝘿𝙖𝙝𝙡𝙞𝙖 𝙀𝙡𝙫𝙞𝙣𝙖 Kasyaf's Obsession⚠️ Pertemuan pertama mereka bukanlah yang terbaik. Pertemuan pertama menjadi saksi kejadian yang menimpa mereka. Andai boleh, pertemuan itu ingin dihapuskan...