16

3.9K 335 30
                                    

"Cik Dahlia." Dahlia panggung kepala. Melihat kehadiran Lydia dia tahu ada sesuatu yang ingin disampaikan. Dari segaris senyuman itu juga dia tahu. Dahlia menanti pembantunya itu menyambung bicara.

"Encik Zayn ada dekat luar. Dia nak jumpa Cik Dahlia." Keluhan berat Dahlia lepaskan. Sudah seminggu dia tidak menjawab panggilan lelaki itu. Semua pesanan yang diterima, semua dia abaikan. Tiada lagi dia meminta Zayn untuk mengambil Delisha di sekolah. Dia masih marah.

"Cakap dekat dia I'm busy." Dahlia kembali menyibukkan diri. Lydia langsung mengatur langkah keluar semula.

"Encik Zayn." Lydia menggeleng sambil tersenyum kelat. Zayn menghela nafasnya perlahan. Dia tahu dia salah. Dan dia datang untuk mohon maaf pada Dahlia.

"Can I?" Zayn menyoal Lydia. Masih berkeras mahu bertemu dengan Dahlia. Walau macam mana sekalipun, dia harus berdepan dengan Dahlia.

"Better don't Encik Zayn. She's not in a good mood for almost a week." Sudah seminggu senyuman di wajah majikannya itu sirna. Tiada lagi senyuman manis seperti selalu.

"It's okay. I can handle it."

"Fine." Mahu tidak mahu Lydia terpaksa mengalah. Semakin dia menghalang, dia tahu Zayn tidak akan berganjak.

Zayn Zuhayr melangkah masuk ke pejabat sahabatnya itu. Dahlia sedang sibuk melakar pelan reka bentuk. Kehadiran Zayn langsung tidak dipedulikan.

"El."

Jeda. Dahlia langsung tidak menjawab. Membiarkan Zayn kekal berdiri di hujung mejanya.

"El. We need to talk."

"I'm busy, Zayn." Malas mahu memulakan pertengkaran dengan Zayn. Tangannya masih sibuk melakar pelan reka bentuk.

"Okay, aku minta maaf. Salah aku sebab sorokkan yang Kasyaf dah tahu pasal Delisha. Tapi, percayalah. Aku bukan nak sorok. Aku cuma nak cari masa yang sesuai untuk bagitahu kau El."

"And you have a choice to tell me right away Zayn." Jelas kedengaran nada kecewa Dahlia. Memang dia kecewa. Zayn orang yang paling dia percaya. Yang selalu ada dengan dia dan waktu susah dia, Zayn yang ada. Tapi, kenapa saat begini Zayn seolah membelakanginya?

"Ya, aku tahu aku salah. Tapi, tolonglah El. Aku minta maaf. Aku tak ada niat nak sorokkan dari kau. Aku cuma taknak kau risau."

"Aku lagi risau bila dia bertindak dalam diam tanpa pengetahuan aku Zayn. Dan sekarang macam-macam dia boleh buat. Lagi-lagi bila dia dah ada bukti yang Delisha tu anak dia." Berkerunyut wajah Zayn mendengar barisan ayat terakhir Dahlia. Dia kurang faham.

"Apa maksud kau?"

"Dia dah buat ujian DNA. Seminggu yang lepas. Dia dah tunjuk pada aku hasil ujian tu. Benda yang aku sorok dia dah tahu. Sekarang, dia akan buat apa-apa sahaja untuk dekati Delisha."

"Habis tu kau nak buat apa sekarang?" Zayn menyoal. Dia tahu ada sesuatu yang Dahlia rencanakan.

"Kalau dia masih terus-terusan dekati Delisha, aku yang akan pergi. Aku sendiri yang akan bawa Delisha pergi jauh." Dahlia nekad. Dia tidak akan sesekali serahkan Delisha pada lelaki itu. Delisha miliknya. Dia yang penat dan bersusah payah besarkan Delisha.

"El. Okay, listen to me. I'm not being bias but don't you think it's unfair for Delisha?"

"He's her father after all. This is what she have waited for so long. Kau tak rasa ke dia patut tahu Kasyaf tu bapa dia?" Zayn tidak menyebelahi sesiapa. Tetapi, dia kesiankan Delisha.

"And you think it's fair for me? Lima tahun Zayn. Bukan lima hari. Aku yang bawa Delisha 9 bulan 10 hari. Sakit lahirkan Delisha pun sampai hari ni masih terasa. Dan sekarang dia nak datang mengaku Delisha tu anak dia? Over my dead body!"

"Nak cakap tanggungjawab? Mana tanggungjawab dia dulu? Mana dia? Tak ada. Dia lari! Nak cakap takut? Aku lagi takut! Aku perempuan Zayn. Orang pandang serong pada aku bukan pada dia!" Dahlia menghamburkan rasa yang sudah lama terbuku dalam hati. Dadanya berombak ganas.

"Memang betul, aku tak boleh salahkan sepenuhnya pada dia. Kejadian malam tu jadi sebab dosa aku sendiri. Tapi, kalau dia lelaki dan ada rasa tanggungjawab, dia patut nikahi aku. Tapi tak. Dia lari. Dia biarkan aku terkapai-kapai tanggung akibat sedangkan dia juga penyebabnya. Tanpa dia, tak akan lahir nyawa ke dunia ini Zayn." Wajah Dahlia basah dengan air mata. Dia luahkan segala-galanya saat ini.

"Kau tahu apa yang lagi sakit? Kau tahu?"

"No, I don't." Lirih Zayn menjawab.

"Dia buat aku tak ubah macam perempuan tak ada maruah Zayn. Dia bayar aku. Dia siap kata, dia nak aku telan pil perancang banyak-banyak sebab tak nak aku cari dia sebab mengandungkan anak dia. Sedangkan dia tahu aku juga mangsa dalam kejadian tu." Mana mungkin Dahlia lupakan saat Kasyaf berikan dia beberapa keping RM100 pada hari itu. Saat itu maruahnya rasa diinjak-injak.

"Aku tak boleh Zayn. Tengok wajah dia, luka dalam ni terasa kembali berdarah. Kehadiran dia menyeksa aku Zayn. Aku tak boleh. Aku nak move on. Aku nak teruskan hidup aku tanpa ada kehadiran dia. Cukuplah dengan kehadiran Delisha." Dada sendiri dipukul. Betapa sebenarnya dia menderita selama ini.

Zayn terhenyek dengan pengakuan Dahlia. Dia tidak pernah tahu apa yang terjadi pada hari itu. Tetapi, mendengar apa yang Dahlia luahkan barulah Zayn faham kenapa Dahlia mahu menjauhi Kasyaf.

"Aku tak minta banyak Zayn. Aku cuma nak ada orang sokong aku. I need people on my side too. Aku.." Dahlia tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Saat ini, jiwanya bergelora. Perasaannya berkecamuk. Semua bergaul menjadi satu.

"Okay, El. Aku minta maaf. Aku tak pernah tahu tentang tu." Zayn mulai faham dengan tindakan Dahlia. Dia mulai faham akan keadaan diri Dahlia saat ini. Dia tidak boleh salahkan Dahlia. Hati wanita itu sudah lama tersakiti.

Air mata yang mengalir diseka. Setelah sekian lama ditahan, air matanya itu pecah juga hari ini.

"Mummy!" Tersentak dengan panggilan itu. Dahlia kalih wajah. Kelihatan Delisha berdiri di hadapan pintu pejabatnya.

Langsung Dahlia mendapatkan anaknya itu. Lutut dipatahkan agar menyamai ketinggian anaknya. Wajah Delisha dikucup. Rindu. Sudah hampir seminggu dia biarkan anaknya itu bermalam di rumah ibu bapanya.

"Siapa hantar Delisha?" Tidak lama kemudian, kelihatan tiga susuk tubuh muncul. Dahlia melihat pada abang-abang dan adiknya itu.

"El." Danish menegur. Dahlia bangkit. Langkah ditala mendekati abang sulungnya itu.

"How are you?" Danish menyoal. Dia sedar hidung adiknya merah seperti baru habis menangis. Bergetar bibir Dahlia menahan tangisan. Masih ada rasa yang sukar untuk dia luahkan.

"Hey, kenapa ni?" Daniyal lagi menyoal sambil mendekati Danish dan Dahlia. Dia lihat mata adiknya itu sudah berkaca-kaca.

Dareeq hantar pandangan kepada Zayn. Menyoal tentang apa yang telah berlaku hinggakan Dahlia sedih sebegitu. Zayn hanya lakarkan segaris senyuman kelat. Mana mungkin dia mahu menceritakan kalau Dahlia sendiri tidak pernah ceritakan pada mereka siapa Kasyaf yang sebenarnya.

"Kakak okay tak ni?" Dareeq menyoal. Juring mata Dahlia juga mulai basah. Sedar yang Dahlia sudah mulai menangis, langsung mereka bertiga memeluk Dahlia. Tangisan Dahlia pecah lagi.

"Why is mummy crying?" Hujung baju Zayn ditarik untuk mendapatkan perhatian. Zayn tunduk melihat Delisha yang berada di sisinya. Tubuh anak kecil itu didukung.

"Mummy is just sad. She will be fine. She has them." Zayn tahu Delisha risau melihat keadaan Dahlia. Buat masa ini, hanya itu yang boleh dia jawab. Sampai masa, Delisha sendiri yang akan tahu.

"Uncle, Isha nak jumpa Dylan." Lirih suara Delisha. Zayn menatap Delisha sambil tersenyum kelat.

"Nanti kita ziarah Dylan ya?" Zayn memujuk. Pandangannya kemudian dikalih ke arah Dahlia yang masih berada dalam pelukan abang-abang dan adiknya.

Votes and comments!!❤

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now