29

3.6K 281 23
                                    

"Kasy betul-betul nak pergi Kelantan ke ni?" Puan Kamelia menyoal anak lelakinya itu. Kasyaf sudah menjinjing beg dan dimasukkan ke dalam boot kereta.

Kasyaf hanya tersenyum nipis. Memang dia nekad untuk ke Kelantan. Daddy pun dah izinkan dia untuk uruskan anak syarikat di sana buat masa ini bersama-sama dengan Izz.

"Kasy bukan pergi lama pun my. Nanti senang-senang Kasy pulang ya?" Tubuh mummy dirangkul sejenak. Ciuman dilabuhkan di pipi si ibu.

Setelah itu, Kasyaf menghampiri Tuan Emir yang sedari tadi memerhatikan dia dan Puan Kamelia.

"Daddy, Kasy pergi dulu. Apa-apa Kasy call." Tak semena-mena tubuh Kasyaf ditarik dan dipeluk oleh Tuan Emir.

"Kasy minta maaf dengan apa yang dah jadi. Daddy terpaksa tebalkan muka pada Uncle Darwisy hanya sebab kesalahan yang Kasy buat. I'm sorry." Belakang Kasyaf ditepuk perlahan oleh Tuan Emir.

Sebaik pelukan dilepaskan, Tuan Emir mengukirkan senyuman kecil pada Kasyaf.

"Daddy dah maafkan. Daddy akui mungkin didikan daddy yang ada pincang." Mahu menyalahkan Kasyaf seorang diri, Tuan Emir sedar dia juga ada kurangnya. Mungkin didikan agama yang dia beri pada anak-anaknya masih ada yang kurang kerana dia sendiri juga seorang mualaf. Mungkin tika dia belajar dan mendidik, ada yang dia terlepas pandang tanpa sengaja.

"Drive carefully. Doakan rombongan kami hari ni dipermudahkan," pesan Tuan Emir lagi.

"Send my regards to uncle Darwisy." Tuan Emir mengangguk. Usai itu, Kasyaf masuk ke dalam perut kereta. Kereta Ferrari SF90 Spider itu mengaum dan mulai dipandu keluar dari pekarangan Luciano's mansion.

Kepergian Kasyaf hanya dipandang sepi oleh kedua ibu bapanya. Berat mahu melepaskan anak sulung mereka itu pergi ke Kelantan memandangkan hari ini merupakan hari pertunangannya. Tetapi, Kasyaf pergi untuk tujuan yang baik.

"Dah, moglie. Siap-siap. Tengah hari kita nak gerak ke rumah Darwisy. Cantik-cantik sebab hari ni awak nak kena sarung cincin pada bakal menantu kita." Tuan Emir cuba menceriakan dan memujuk isterinya yang agak keberatan untuk melepaskan Kasyaf pergi.

Puan Kamelia tidak banyak bicara hanya akur dengan dengan suaminya. Langkah ditala masuk ke dalam rumah untuk bersiap-siap.

Dahlia duduk di birai katil. Matanya mengamati cincin pertunangan yang sudah tersarung dijarinya sejak 2 jam yang lalu. Tanpa sedar, status dirinya kini sudah berubah menjadi tunangan orang.

Pandangannya kemudian dibuang ke arah balkoni bilik. Saudara mara yang hadir ke majlis pertunangan kecil-kecilannya itu sudah beransur pulang.

"Dahlia cari Kasyaf ya? Kasy tak ada. Dia ke Kelantan," ujar Puan Kamelia apabila mata Dahlia meliar seolah-olah mencari seseorang dalam majlis pertunangannya itu.

Terngiang-ngiang kembali ujaran Puan Kamelia itu. Bibirnya tersebik sebal.

"Dia yang beria-ia nak tunang dan kahwin bagai. Batang hidung pun tak nampak," monolog Dahlia yang tidak berpuas hati.

Keluhan dilepaskan. Dahlia termenung. Kurang pasti dengan keputusan yang dibuatnya ini.

"El," tegur Datuk Darwisy di muka pintu. Kehadiran papa menyentak Dahlia yang mulai termenung sendiri.

"Pa," sapa Dahlia kembali.

"Boleh papa masuk?" soal Datuk Darwisy bersama senyuman kecil yang tertunas di wajahnya.

Dahlia angguk kepala mengizinkan si ayah untuk masuk. Datuk Darwisy melangkah masuk ke dalam bilik anaknya itu kemudian langsung melabuhkan duduk pada birai katil di sisi Dahlia.

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now