07

3.9K 344 49
                                    

BUK! Buk! Buk!

Bergema mini gym itu dengan bunyi tumbukan pada punching bag. Peluh yang merinik di wajah hanya dibiarkan. Tangannya lincah menumbuk punching bag yang berada di hadapannya. Sesekali, kakinya turut menendang.

Buk! Buk! Buk!

"Mummy!" panggilan itu menghentikan perbuatannya. Punching bag dipegang agar berhenti berayun. Pandangannya dikalihkan ke arah punca suara tersebut.

"Mummy! We are gonna be late!" sekali lagi dia bersuara.

Dahlia mengelap peluh yang membasahi wajahnya. Senyuman dikuntumkan ke arah anaknya itu. Air mineral diteguk menghilangkan dahaganya.

"Mummy!" seru Evy Delisha sekali lagi.

"Okay sayang. I'm done. Let me wash up first." jawab Dahlia kemudian mula melangkah keluar dari mini gym tersebut. Delisha yang berdiri di muka pintu, dirapati.

Anaknya itu sudah selesai bersiap. Rambutnya juga sudah disikat kemas. Dahlia senyum sejenak sebelum tangannya laju mengusutkan rambut Delisha. Langkah kakinya pantas dibuka meinggalkan mini gym apabila Delisha sudah mula bersuara tanda protes.

"Mummy!! That's not fair!" geram apabila ibunya menyerabaikan rambutnya yang sudah kemas itu. Kaki dihentak-hentak melangkah naik ke bilik semula.

Dahlia pula, pecah ketawanya. Suka mengenakan anak daranya itu.

"Tak nak kawan mummy! Isha kawan dengan uncle Zayn je!" Dahlia endahkan sahaja. Masak dengan perangai anaknya itu. Cakap tak nak kawan, nanti pulang sekolah tiba-tiba muncul dekat pejabat dia.

______________________

Tok! Tok! Tok!

Kasyaf yang sedang tekun menghadap dokumen mengkalihkan pandangannya apabila pintu pejabatnya diketuk. Izz Rizqi melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Di tangannya terdapat beberapa fail bersama sebuah tablet.

"This is what you asked before." Tablet di tangan disuakan kepada Kasyaf. Kasyaf meneliti paparan pada skrin tablet tersebut.

"Out of all candidates, she seem promising. This is the information I could gather with her previous projects." Fail bertukar tangan. Kasyaf menyelak satu persatu isi fail tersebut.

"She just finished a project with Dato Zuhairi's company. As we all know Dato Zuhairi wants a perfectionist and she did an excellent job." terang Izz lagi.

"And she must be gorgeous kalau tak mana Dato Zuhairi nak ambil dia kan?" sambung Kasyaf pula. Bukan dia tidak kenal perangai miang Dato Zuhairi itu.

"Yang tu kau tak perlu risau. I heard she's a stern person and she's totally professional with her job." Izz cukup faham dengan perangai Kasyaf. Kasyaf paling pantang dengan wanita-wanita yang suka menggeletis.

"Dia ni anak siapa?" Kasyaf menyoal. Tablet di tangan yang memaparkan maklumat diri, diperiksa semula. Izz pula hanya menjongketkan bahu.

"Yang itu aku tak pasti. Sebab aku dah suruh budak-budak cari tapi dorang pun tak dapat. Her data is quite protected. That's why I couldn't get her last name. But for sure, keluarga dia bukan calang-calang orangnya. "

"Dari info dia dekat website company pun, hanya ada nama dia. Without her last name."

"I see." Kasyaf mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Nak aku proceed untuk set up meeting tak?" Kasyaf berfikir sejenak.

"Yeah, but I need you to do something."

______________

Usai mengurus anaknya ke sekolah, Dahlia terus memandu ke pejabat. Langkah ditala dari tempat letak kereta menuju ke lobi kemudian naik ke pejabatnya.

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now