28

4.3K 311 43
                                    

"Fine. Kau terhegeh-hegeh sangat nak kahwin dengan aku kan? Kau teringin sangat nak tanggungjawabkan? Kita boleh kahwin. Tapi, aku buat hal aku. Kau buat hal kau."

"El,"

"No, ma. El tak nak kahwin dengan dia. Tapi dia yang nak sangat. Kami boleh kahwin tapi itu syarat El." Dahlia mencapai beg tangannya kemudian membuka langkah ingin naik.

"Lagi satu. Kalau betul kau nak kahwin dengan aku, make sure ada Chevrolet Camaro warna hitam salah satu hantaran aku." usai itu, Dahlia tala langkah naik ke bilik.

Membiarkan semua terngadah dengan permintaannya. Materialistik? Memang dia sengaja bertindak sedemikian agar keluarga Kasyaf menolaknya mentah-mentah. Dia tidak mahu berkahwin dengan lelaki itu.

Peristiwa di villa keluarga Dahlia masih bergentayangan di minda Kasyaf. Dia tidaklah rasa permintaan Dahlia itu gila kerana dia tahu wanita itu sengaja membuat permintaan sebegitu rupa.

Dia tahu Dahlia bukan seorang yang materialistik. Cuma tindakannya tempoh hari menyebabkan Dahlia bertindak begitu.

Kasyaf mengulum senyum. Mengingati tindakan Dahlia itu, sehingga begitu sekali Dahlia ingin jauhkan diri daripadanya. Dahlia belum kenal dia sepenuhnya. Dia mahukan Dahlia dan dia akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan wanita itu. Andai cara bersih tidak jalan, dia akan gunakan cara kotor.

"Kasy," sapa Puan Kamelia. Duduknya dilabuhkan pada sofa di sisi anaknya itu.

"my..."

"Mummy nak tanya sikit ni," Kasyaf menjongketkan keningnya. Nada Puan Kamelia kedengaran serius.

"Kamu betul nak nikah dengan Dahlia?" Puan Kamelia tertanya-tanya sebenarnya. Seorang beria nak bernikah. Seorang pula habis-habisan tak nak nikah. Naik pening kepala dibuatnya.

"Keputusan Kasy muktamad mummy... Kasy akan nikah dengan Dahlia. Memang tu patut Kasy buat sejak dulu kan? Walaupun dah terlambat. Mummy taknak ke Dahlia jadi menantu mummy?"

"Gila taknak. Mummylah paling happy kalau Dahlia jadi menantu mummy. Dah cantik, bekerjaya pulak tu. Full package." Kasyaf senyum kecil mendengar bicara mummy. Dia bukan tidak tahu mummy memang berkenan sangat dengan Dahlia.

Puan Kamelia meraih tangan Kasyaf. Ada sesuatu yang ingin dia sampaikan pada anak sulungnya itu.

"Mummy harap sangat Kasy dapat pujuk Dahlia. Mummy tahu tak mudah. Tapi, sekeras-keras dia pasti akan lembut juga sedangkan konkrit pun boleh terhakis apatah lagi hati dia. Cuma, mummy harap sangat Kasy tak sia-siakan dia."

"Kalau nak cakap tentang apa yang kamu dah buat, nak aje mummy tangan-tangankan kamu. Tapi, mungkin didikan kami juga ada pincangnya. Jadi, mummy nak kamu belajar to own your mistakes. Tebus silap kamu dengan apa cara sekali pun. Lembutkan semula hati Dahlia. Apa mummy nampak, she's afraid. She's too afraid to be hurt again. Dia dah lalui banyak benda Kasy. Dan kita tak tahu betapa terlukanya dia."

"Orang macam Dahlia tu, egonya tinggi because she wanted to protect herself. Jadi kamu kena rendahkan ego kamu. Pupuk kesabaran sebab perangai dia memang akan menjentik kesabaran kamu." Anak mata biru milik Kasyaf ditatap. Berharap kata-katanya itu diterima oleh anaknya itu.

Tangan Puan Kamelia digenggam erat. Tertunas senyuman kecil dibibirnya.

"Kasy janji. Kasy tak akan sia-siakan Dahlia. Kasy akan tebus silap Kasy satu persatu pada dia. I will love her. Always." Mekar senyuman Puan Kamelia mendengar bicara Kasyaf. Hatinya sedikit senang.

"Kasy nak minta tolong dengan mummy boleh?"

"Apa dia?" Kasyaf kemudian keluarkan sebuah kotak baldu berwarna hitam.

 His Amore | SUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang