30

2.5K 280 29
                                    

Tiga bulan kemudian...

"Kasy," teguran itu menghentikan lamunan Kasyaf yang sedang duduk di pangkin yang terletak di bawah pokok rambutan. Kasyaf menoleh dan melihat Encik Razak iaitu ayah kepada Izz sedang tala langkah ke arahnya.

"Ayah," sapa Kasyaf.

Kasyaf sudah dianggap bagai anak oleh umi dan ayah Izz. Mungkin juga kerana terhutang budi dengan Kasyaf sekeluarga yang banyak membantu satu-satunya anak tunggal mereka. Hubungan kekeluargaan mereka juga sangat rapat dengan keluarga Tuan Emir.

"Menungkan apa? Kalau rindu sangat dekat bakal isteri pergilah jumpa dia. Jangan seksa diri kamu Kasy." Kasyaf hanya melakar segaris senyuman.

"Tak apalah ayah. Lagi berapa hari je lagi. InshaAllah kalau ada jodoh, jumpa juga nanti." Ya. Andai jodoh milik mereka pasti akan bertemu juga pada hari bermakna itu.

"Umi kata kamu nak bertolak pulang tengah hari ni. Betul ke?" Kasyaf sekadar mengangguk.

"Mummy dah call siap bebel suruh pulang. Lagi pun majlis lagi beberapa hari nak berlangsung. Eloklah juga Kasy pulang ayah. Siapkan mana yang patut sebelum majlis." Kasyaf lakarkan segaris senyuman.

"Ayah dengan umi jangan pula tak datang majlis," pesan Kasyaf sekadar mengingatkan.

"InshaAllah Kasy. Tak ada aral melintang, umi dengan ayah akan ikut Izz ke majlis kamu," jawab Encik Razak sambal menepuk bahu Kasyaf. Kasyaf mengangguk sambil tersenyum kecil.

Pejam celik, tak sangka tiga bulan berlalu dengan begitu pantas. Masa yang dia berikan pada Dahlia juga sudah hampir tiba ke penghujungnya. Ada rasa debar bersarang di dada.

Menjelang tengah hari, kereta Ferrari SF90 Spider dipandu keluar dari pekarangan rumah keluarga Izz Rizqi. Tujuan Kasyaf hanya satu, kembali ke Luciano's mansion. Dia tahu Puan Kamelia dan Tuan Emir sedang menanti kepulangannya.

Di Villa D&E, persiapan perkahwinan rancak dilakukan. Bilik Dahlia turut sibuk dihias memandangkan bilik tersebut merupakan bilik pengantin. Dahlia duduk di dalam bilik tetamu. Baju pengantin yang sedang elok tergantung ditenung lama.

Tanpa sedar, hari bersejarah itu bakal tiba tidak lama lagi. Tidak lama lagi status dirinya bakal berubah. Bersediakah dia? InshaAllah urusannya dipermudahkan. Dia sudah mulai berlapang dada dengan lelaki yang bakal bergelar sebagai suaminya itu. Mungkin inilah aturan buat mereka.

"Mummy," panggil Delisha sambil berdiri di muka pintu. Dahlia kalih wajah dan melihat ke arah anaknya itu. Delisha merapati ibunya. Birai katil dipanjat dan duduknya dilabuhkan di sisi Dahlia.

Dahlia hanya tersenyum kecil ke arah anaknya itu. Tingkah Delisha hanya diperhati.

"Kalau mummy dah kahwin nanti, Isha akan dapat daddy kan?" soal Delisha teruja. Dahlia hanya anggukkan kepala mengiakan persoalan si anak.

"Are you that happy?" soalan Dahlia itu mendapat anggukan daripada Delisha. Perasaan anak kecil itu begitu teruja untuk melihat ibunya bernikah sekali gus dia bakal dapat susuk seorang ayah.

Dahlia tersenyum melihat gelagat anaknya. Andai ini dapat menggembirakan Delisha, dia sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagiaan anaknya itu. Sekali pun dia yang harus korbankan kebahagiaan untuk dirinya sendiri.

Tubuh Delisha disauk ke dalam pelukan. Ubun-ubun anaknya itu dikucup lama. Adengan anak-beranak itu dilihat oleh Datin Eliza dan Datuk Darwisy. Suami isteri itu hanya memerhati kemudian masing-masing menghantar pandangan yang hanya mereka fahami.

Terasa begitu laju masa berjalan. Peristiwa bersejarah bakal terlakar dalam beberapa jam sahaja lagi. Kasyaf sudah segak mengenakan baju melayu berwarna Ivory white bersama dengan samping. Dirinya ditilik lama melalui pantulan pada cermin. Lagi beberapa jam, dia bakal memegang tanggungjawab sebagai seorang suami.

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now