09

3.7K 345 45
                                    

"Mummy!" Jerit Evy Delisha girang sambil menyerbu masuk ke dalam pejabat Dahlia.

Dahlia kaget. Dia terlupa yang anaknya akan dihantar oleh Zayn ke pejabat seperti permintaan Delisha pada pagi tadi. Seharian dia sibuk hingga dia terlupa akan hal itu.

"I'm sorry. Please excuse me for a minute." laju Dahlia berdiri dan mendapatkan anaknya itu.

Lirikan mata Kasyaf terarah pada Evy Delisha. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya pada kanak-kanak itu. Cepat-cepat Dahlia mendukung Delisha keluar dari pejabat apabila melihat Kasyaf memerhatikan anaknya.

"Cik Dahlia!" Lydia tercungap-cungap. Dapatlah Dahlia agak yang Lydia cuba mengejar dan menghalang Delisha dari menyerbu masuk ke dalam pejabatnya tadi.

"Zayn mana?" Kelibat Zayn tidak kelihatan. Zayn yang bersetuju untuk mengambil dan menghantar Delisha ke pejabat memandangkan sahabatnya itu cuti untuk beberapa hari.

"Toi.. Toilet." Lydia masih mengatur nafasnya. Semput! Evy Delisha terlalu lincah. Ada bakat untuk jadi pelari pecut.

"Mummy, why-" mata Evy Delisha seolah-olah tergam pada Kasyaf.

"Honey, listen. I'll ask uncle Zayn to send you home okay? I have a meeting and I'm gonna be late. I'll meet you at home." laju Dahlia memangkah bicara Delisha.

"El." Zayn yang baru keluar dari tandas menyapa Dahlia. Pantas Dahlia berpaling ke arah Zayn. Langkah dibuka bersama dengan Delisha yang masih berada dalam dukungannya.

"Zayn, please hantar Delisha pulang. Now." tegas nada Dahlia. Zayn mengerutkan dahinya. Jarang untuk melihat Dahlia seperti itu.

"Tapi, Isha yang...-" Zayn tidak melanjutkan bicaranya apabila matanya menangkap kelibat seseorang di dalam pejabat Dahlia. Dari sisi wajahnya, dia dapat kenal pasti siapa lelaki itu.

"El, is he..-" ucapan Zayn yang separuh berbisik terhenti.

"Please, Zayn. Send her home. Now is not the right time. Please, I beg you." rayu Dahlia. Sekarang bukan masanya. Bukan ini yang dia pinta.

Zayn juga tidak sampai hati apabila melihat air wajah Dahlia berubah keruh. Akhirnya dia akur. Delisha yang tidak memahami situasi itu hanya melihat Dahlia dan Zayn silih berganti. Lydia juga kelihatan bingung.

"I'll buy you an ice-cream later, okay?" Dahlia memujuk. Delisha mengangguk sambil melambaikan tangannya pada Dahlia. Dahlia membalas lambaian anaknya itu. Nafas ditarik dan dihembus. Kemudian Dahlia mengatur langkah ke pejabatnya semula.

"Please forgive me about that. I'm really sorry." Ucapan maaf, Dahlia luahkan bersama senyuman janggal. Tidak mahu dia kelihatan kurang profesional apabila pejabatnya diserbu sebegitu rupa.

"I didn't know you're married Miss Dahlia." sengaja ditekan panggilan itu. Seingat Kasyaf, maklumat diri Dahlia yang Izz serahkan padanya tempoh hari tertera Dahlia ini masih berstatus bujang.

"Sorry, I don't share personal matters with my clients." Dahlia rasa itu jawapan paling selamat. Memang benar, takkan maklumat peribadi dia perlu canang dan kongsikan dengan orang luar dan juga client. Sekarang ini pun Kasyaf hanya client.

"Let's just get back into our discussion." tegas Dahlia. Dia tidak mahu memanjangkan perkara tersebut.

Kasyaf jatuhkan kepala tanda mengalah. Apabila tuan badan berkata demikian, dia harus akur. Perbincangan mereka yang tergendala, dilanjutkan semula. Sesekali matanya melirik ke arah Dahlia yang tekun memberi penerangan kepadanya. Kasyaf pasti wanita yang di hadapannya ini penuh dengan rahsia.

"It's a pleasure doing business with you, Miss Dahlia." Ucap Kasyaf senada sambil bangkit dari duduk.

"The pleasure is mine." Dahlia lakarkan senyuman kecil sahaja. Terasa masih ralat dengan apa yang berlaku sewaktu pejabatnya diserbu masuk sedemikian rupa oleh anaknya.

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now