Sejak Delisha dibenarkan keluar dari hospital, sejak itu juga Dahlia mengambil cuti. Mahu tidak mahu temu janji yang telah diaturkan harus ditangguhkan buat masa ini. Dia tidak kisah andai dia hilang client tetapi Delisha dia harus utamakan. Mujur semua client faham keadaannya dan semua juga bersetuju untuk menangguhkan temu janji mereka.
Bercakap soal temu janji, design yang dia siapkan untuk E.L's Corp juga sudah diterima oleh Kasyaf. Fikirnya ketika Lydia menghubunginya ketika dia sedang bercuti tempoh hari ingin menyampaikan berita yang designnya ditolak, tetapi sebaliknya. Dahlia hanya mampu menarik nafas lega.
Dahlia hayun langkah dari dapur ke ruang tamu mendapatkan Delisha yang sedang duduk menonton televisyen bersama dengan Daniyal. Atas permintaan Datuk Darwisy dan Datin Eliza, selepas Delisha dikeluarkan dari hospital mereka dua beranak berkampung di villa itu. Terkejut keluarganya itu bukan kepalang apabila mendapat berita yang Delisha dimasukkan ke hospital kerana alahan.
"Delisha, mari makan dulu."
"Angah, mari makan. El dah masak makan tengah hari." Daniyal yang sedang sibuk menatap skrin komputer riba langsung panggung kepala. Anggukkan kecil Daniyal berikan pada adik perempuannya itu.
Masakan dia mahu menolak pelawaan Dahlia itu. Peluang ini tidak harus disia-siakan. Waktu macam nilah mampu merasa masakan air tangan Dahlia. Kalau Dahlia dah pulang ke rumahnya sendiri, tak ada lagi peluang itu lagi-lagi Dahlia yang sentiasa sibuk.
Daniyal tala langkah ke dapur membuntuti langkah Dahlia dan Delisha. Tiba di dapur, meja makan sudah terhidang dengan lauk-pauk. Semuanya nampak sedap.
"Papa mana? Tak makan sekali ke?" Setahu Daniyal papa ada di rumah dan tidak keluar. Hanya mama dan Dareeq sahaja yang keluar pergi membeli barangan dapur yang mulai habis.
"Ada. Kejap El panggil." Dahlia atur langkah menapak naik ke atas. Bilik kerja Datuk Darwisy dituju.
Sebaik pintu diketuk, tombol pula dipulas. Datuk Darwisy ketika itu sedang membuat panggilan video. Nampak gayanya sedang berbincang projek penting. Walaupun, Datuk Darwisy sudah menyerahkan syarikat miliknya itu pada Danish, Daniyal dan Dareeq tetapi Datuk Darwisy masih turut serta dengan urusan syarikat. Apa yang dia boleh bantu, dia akan bantu.
Tidak mahu mengganggu Datuk Darwisy lebih lama, Dahlia sekadar menghantar isyarat untuk turun makan. Papanya senyum sambil mengangguk. Dia tahu Datuk Darwisy perlu habiskan perbincangan itu. Sudahnya, Dahlia atur langkah turun semula ke dapur.
"Papa tak turun makan?" Daniyal menyoal apabila melihat adiknya kembali turun berseorangan.
"Papa tengah video call dengan client. Nanti turunlah tu. El dah bagitahu tadi."
"Ni, kenapa tak makan lagi ni?" lauk-pauk semua belum bersentuh. Pinggan juga masih kosong.
"Ingat nak tunggu El dengan papa." Jarang-jarang sebenarnya mereka dapat makan semeja waktu tengah hari begini. Biasanya semua sibuk. Ini pun, Dareeq dan mama tiada. Danish pula sekarang outstation.
"Tak apalah. Angah makan dulu. Nanti El makan dengan papa." Nasi dicedok ke dalam pinggan. Lauk disenduk satu persatu ke dalam pinggan.
"Lebihkan sikit El. Jarang-jarang nak merasa El masak ni." Daniyal bersuara apabila Dahlia mula menyenduk sambal belacan.
Dahlia hanya senyum. Keluarganya paling gemar makan masakan kampung kerana air tangan Datin Eliza. Dan sekarang dia yang mewarisi bakat mamanya itu.
Delisha dikerling. Anaknya itu berselera menghabiskan makan. Satu Dahlia ajarkan pada anaknya itu agar tidak memilih makan. Asalkan makanan itu tidak memudaratkan.
![](https://img.wattpad.com/cover/328588060-288-k42053.jpg)
YOU ARE READING
His Amore | SU
Romance#2 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙆𝙖𝙨𝙮𝙖𝙛 𝙀𝙫𝙧𝙚𝙣 | 𝘿𝙖𝙝𝙡𝙞𝙖 𝙀𝙡𝙫𝙞𝙣𝙖 Kasyaf's Obsession⚠️ Pertemuan pertama mereka bukanlah yang terbaik. Pertemuan pertama menjadi saksi kejadian yang menimpa mereka. Andai boleh, pertemuan itu ingin dihapuskan...