DAHLIA duduk di pangkin yang teletak di bawah pokok rambutan yang terdapat di kawasan rumah tokma sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang menampar wajahnya. Suasana petang di kampung itu amat menenangkan jiwanya.
"Tak payahlah nak curi-curi pandang. Pergi je sana," teguran itu menyentakkan Kasyaf yang memerhati Dahlia sambil duduk di beranda rumah kayu moden itu.
Hafiy Lutfan mengambil tempat di atas kerusi kayu berhadapan dengan sepupunya itu. Nafas dihela perlahan sambil matanya menatap Kasyaf.
"Tak baik lagi ke korang ni? Semalam aku tengok elok je korang berlari berkejaran lepas mandi kat bendang," soal Hafiy Lutfan apabila melihat Kasyaf dan Dahlia kurang berbual dan tidak mesra apabila berada dalam ruangan yang sama.
Kasyaf hanya mampu menggaru pelipisnya. Tidak tahu apa yang ingin dia jawab kerana semuanya jelas belaka. Sepupunya itu lebih pandai membaca keadaan tanpa perlu dia beritahu.
"Apa yang jadi antara kami ni bukan benda biasa Lut. Jauh dari luar biasa. Aku sendiri tak tahu betapa menderitanya dia selama ni. Dan semakin aku nak dekat dengan dia, aku rasa dia makin jauh. Dan apa yang aku nampak sekarang ni belum semuanya. Masih ada yang dia rahsiakan daripada aku," luah Kasyaf kemudian menghela nafasnya perlahan.
"Maksud kau?" Berkerut dahi Hafiy Lutfan. Dia kurang faham dengan apa yang Kasyaf ucapkan.
"Ada sesuatu yang aku tak tahu. Waktu majlis nikah aku, Dahlia lewat sebab dia dengan Delisha keluar dari rumah. Aku tanya dengan Delisha dia kata dorang berdua ziarah Dylan. Sepanjang aku kenal dan cuba mencari tahu tentang Dahlia, nama tu tak pernah muncul. Dan buatkan aku tertanya-tanya siapa Dylan dalam hidup dia," jawab Kasyaf lagi.
"Habis tu kau ada tanya dia?"
"Belum," jawab Kasyaf sambil menggeleng kepala.
"Jawapan yang kau nak tu Kasy, semua ada dekat isteri kau. Tapi, kau hanya perlu bertanya. Kunci dalam sebuah perhubungan ni ialah komunikasi. Tak kisah apa benda sekali pun, semuanya perlu komunikasi," pesan Hafiy Lutfan lagi.
Kasyaf hanya membisu. Ya, betul apa yang Hafiy sampaikan itu. Komunikasi. Dia dan Dahlia perlukan komunikasi. Benda itu yang sangat kurang dalam hubungan mereka.
"Ni aku bukan nak sibuk tau tapi semalam, Lufyaa cerita dekat aku. Dia nampak Dahlia menangis lepas korang balik dari bendang tu. Waktu tu Lufyaa tengah tidurkan anak-anak kat ruang tamu. Kau ada cakap apa-apa ke kat dia waktu kat bilik air belakang rumah?" soal Hafiy Lutfan lagi. Bukan apa, mulut Kasyaf ni kadang tak ada insuran.
"Tak. Aku tak cakap apa pun. Sebenarnya aku pun tahu benda tu. Lepas aku mandi tu aku nak masuk bilik, aku dengar dia menangis. Entahlah Lut, aku pun tak tahu kenapa. Sebab tu aku rasa dia ada sorokkan sesuatu daripada aku," Mata Kasyaf memandang tepat ke arah Dahlia.
'What did you hide from me?'
"Samalah korang dua-dua Kasy. Dia sorokkan daripada kau. Kau sorokkan daripada dia. Dua kali lima sepuluh sama," ujar Hafiy Lutfan sambil menggeleng kepala. Tidak faham dengan situasi sepupunya ini.
Tingkah laku seperti orang yang membenci tetapi sebenarnya sayang. Apa salah luahkan? Kenapa perlu dipendam?
"Aku tengok isteri kau tu baik Kasy. Mungkin dia keras macam tu sebab apa yang dia lalui selama ni yang kita tak tahu. Tapi, keras macam mana pun sampai suatu tahap dia akan rapuh juga,"
"Perempuan ni Kasy, bila dah jadi isteri bermakna dia akan tinggalkan segala-galanya. Rumahnya, ibu bapanya, adik beradiknya, setiap kebahagiaannya dia akan tinggalkan untuk lelaki yang bergelar suami. Jadi, kau layanlah isteri kau dengan baik, dengan penuh kasih sayang dan penuh kesabaran. Siapa lagi dia nak tagih kasih sayang selain seorang suami? Jangan sia-siakan dia. Jaga dia elok-elok. Paling penting jaga emosi dia. Emosi perempuan ni sangat penting untuk dijaga. Kalau emosi dia terganggu, takut akan memudaratkan kesihatan mental. Women are fragile bro," ujar Hafiy Lutfan panjang lebar menasihati Kasyaf.
Kasyaf mengangguk faham. Dia menghadam benar-benar nasihat Hafiy Lutfan itu. Sejak Hafiy Lutfan bernikah dan lagi-lagi setelah dikurniakan cahaya mata, lebih terserlah sisi kematangan sepupunya itu. Banyak yang dapat dia belajar daripada Hafiy.
Mata Kasyaf kemudian meliar seperti mencari seseorang.
"Kau cari anak korang ke?" teka Hafiy Lutfan. Kasyaf menganggukkan kepala.
"Dah tidur. Penat agaknya main dengan anak-anak aku," sambung Hafiy Lutfan. Kasyaf menghela nafas lega. Risau Delisha yang hilang secara tiba-tiba.
Mata Kasyaf kemudian terhala ke arah isterinya. Dia hanya melihat Dahlia dari kejauhan.
Dahlia hanya menikmati suasana kampung yang tenang itu. Tidak sedar yang Kasyaf sedang memerhatikannya.
Telefon bimbitnya yang berada dalam mod getaran, bergetar menganggu ketenangannya. Apabila skrin diperiksa, rupnya panggilan daripada Datin Eliza.
Panggilan tersebut lantas dijawab dan telefon ditekup ke telinga.
"Assalammualaikum ma,"
"Waalaikumsalam El. Macam mana keadaan El kat sana? Okay? Delisha okay?" soal Datin Eliza bertubi-tubi di sebalik panggilan itu.
"Alhamdulillah ma. El okay. Isha pun okay. Semua okay. Keluarga Kasyaf baik-baik semua," jawab Dahlia lagi.
Benar, keluarga suaminya itu semua baik-baik. Ibu saudara, bapa saudara semua menerima kedatangan dia dan Delisha ke dalam keluarga mereka dengan begitu baik. Dan dia bersyukur untuk itu.
"Alhamdulillah. Lega mama dengar. El dengan Kasyaf macam mana? Okay?" soal Datin Eliza lagi.
Jeda. Hanya hembusan nafas yang didengari.
Dahlia membisu apabila Datin eliza mengajukan soalan itu. Hubungan mereka masih lagi pasang surut. Dia nampak Kasyaf cuba bermesra dengannya tetapi dia buat layan tak layan.
"El, hidup berumah tangga tak mudah. Tapi, lagi tak mudah bila kita saling membenci. Apa tujuan berumah tangga kalau hati tak nak menerima pasangan kita? Daddy walikan dan nikahkan kamu sebab keputusan kamu sendiri untuk bernikah dengan Kasyaf. Cubalah El, cuba berdamai dengan takdir. Kita dah tak boleh ubah apa-apa. Sekali pun kalau masa diputar kembali, kalau memang itu dah takdir benda tu tetap akan jadi,"
"El, dah lama redha ma. El dah lama berdamai dengan takdir tu. Tapi bila ingat balik semua benda yang dah jadi, El takut nak mencintai ma. El teringat pada Dylan. Rasa El tak layak nak bahagia sedangkan sampai akhir hayat dia, El tak dapat beri dia kasih sayang seorang ayah." Lirih nada Dahlia. Juring matanya kian memanas. Air mata yang mahu menitis pantas diseka.
Saat ini bayangan Dylan bergentayangan di mindanya. Suara, tawanya. Semua yang berkaitan dengan Dylan, Dahlia rindui. Sudah setahun dia kehilangan Dylan dan dia rindu pada anak lelakinya itu.
"We have a son?" Suara itu menyebabkan Dahlia palingkan wajahnya. Kasyaf berdiri beberapa tapak sahaja dari dirinya. Dia tidak menyedari kedatangan suaminya itu kerana larut melayan perasaan rindunya. Dan dia tahu lelaki itu sudah mendengar apa yang dia bicarakan dengan mama. Wajah lelaki itu saat ini kelihatan tegang.
"Ma, nanti El call balik," ujar Dahlia kemudian terus mematikan panggilan telefon.
"We have a son Dahlia? And you never told me about it?" soal Kasyaf semula.
Saat ini juring matanya sudah menumpahkan cecair jernih. Dia belum dapat membuka kisah duka itu kepada Kasyaf kerana terasa baru semalam Dylan masih berada dalam dakapannya.
Tidak mahu terus diasak dengan soalan, Dahlia buka langkah turun dari pangkin dan tala langkah masuk ke dalam rumah.
"Dahlia!"
"Membuka hati untuk mencintai tidak semudah membalik telapak tangan, apatah lagi jika hati itu pernah dihancur lumat."
![](https://img.wattpad.com/cover/328588060-288-k42053.jpg)
YOU ARE READING
His Amore | SU
Romance#2 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙆𝙖𝙨𝙮𝙖𝙛 𝙀𝙫𝙧𝙚𝙣 | 𝘿𝙖𝙝𝙡𝙞𝙖 𝙀𝙡𝙫𝙞𝙣𝙖 Kasyaf's Obsession⚠️ Pertemuan pertama mereka bukanlah yang terbaik. Pertemuan pertama menjadi saksi kejadian yang menimpa mereka. Andai boleh, pertemuan itu ingin dihapuskan...