40

1.4K 138 23
                                    

DAHLIA sedang merapikan selendang yang dililit di kepala. Matanya kemudian mengerling ke arah Kasyaf yang baru keluar dari walk in wardrobe bersama dengan sehelai suit berwarna biru gelap dan tali leher.

Dahlia hanya memerhati tingkah suaminya itu yang sedang memakai tali leher. Jelas kelihatan kerutan di dahi suaminya itu. Dahlia menggeleng kepala dalam diam.

Tanpa dipinta, langkah dibuka dan mendekati suaminya itu. Dalam sekelip mata, tali leher bertukar tangan. Kasyaf senyum simpul apabila lakonannya berjaya. Merasa juga dia isteri pakaikan tali leher.

"Next time, just ask. Tak perlu pura-pura tak reti pakai tali leher," ucap Dahlia sambil merapikan tali leher Kasyaf. Dahlia bukan tak tahu niat Kasyaf sebenarnya. Dia tahu. Bagi Dahlia, tak salah pun Kasyaf meminta sebab dia adalah isteri kepada Kasyaf Evren.

"Jom turun sarapan," ucap Dahlia kemudian mencapai beg tangannya. Langkah ditala keluar dari bilik dan turun ke dapur.

Kasyaf hanya menurut dan mengikut langkah isterinya itu. Mereka bersarapan bersama sebelum masing-masing bergerak ke pejabat.

"Love, saya hantar awak dan Delisha," ucap Kasyaf pada Dahlia yang sedang menyarungkan kasut tumit tinggi.

Dahlia memandang ke arah suaminya itu. Jam tangan dilirik.

"You got meeting early this morning right? And I have to meet lots of clients today. So, I need to drive myself. Tapi, awak boleh hantar Delisha kalau awak nak," jawab Dahlia.

Kasyaf mengangguk setuju. Tidak mahu memaksa memandangkan dia tahu kesibukan isterinya itu sejak kebelakangan ini.

"Isha ikut daddy ya? Hari ni daddy hantar Isha," pesan Dahlia kepada Delisha. Si anak hanya angguk akur sambil tersenyum.

Dahlia hulurkan tangan kepada Kasyaf. Lama Kasyaf tenung seolah-olah tidak mengerti.

"Salam," Lantas tangannya dihulur dan dikucup oleh Dahlia. Belum sempat isterinya menarik tangannya, Kasyaf melabuhkan ciuman di dahi Dahlia.

"Hati-hati drive. Hari ni saya ambil Delisha kat sekolah juga," pesan Kasyaf kepada si isteri. Tidak mahu isterinya itu kelam kabut memguruskan anak mereka.

Dahlia hanya angguk bersama segaris senyuman sebelum melangkah masuk ke dalam perut kereta. Sebaik kereta itu dipandu keluar, Kasyaf dan Delisha juga bergerak keluar dari pekarangan rumah banglo itu.

"Daddy," panggil Delisha yang sejak tadi dibiarkan duduk di sofa oleh Kasyaf. Kasyaf yang ralit menyiapkan kerja memandang ke arah anak daranya itu.

"why? Are you hungry?" tebak Kasyaf. Soalannya itu mendapat anggukan daripada Delisha.

"Okay, let's go eat," ajak Kasyaf sambil mengemas fail-fail di atas meja.

Delisha bangun dari sofa kemudian menapak mendekati Kasyaf.

"Let's go," Kasyaf kemudian memimpin tangan Delisha. Kedua beranak itu keluar dari ruangan pejabat.

Restoran bertaraf 5 bintang menjadi pilihan untuk menjadi tempat makan tengah hari mereka.

Delisha tidak duduk diam. Tangannya lincah menyentuh sudu garfu yang diletakkan di atas meja. Perut yang sejak tadi berkeroncang, ingin diisi secepat mungkin.

Kasyaf hanya memerhati tingkah anaknya itu. Ada senyuman yang terukir di hujung bibirnya.

"Delisha, nak makan dengan mummy tak?" soalan Kasyaf itu mendapat anggukan daripada Delisha.

Lantas, telefon bimbit dikeluarkan sebelum Kasyaf membuat menghantar pesanan.

"LAMANYA tak jumpa El," ujar wanita itu sambil memeluk Dahlia yang berada di hadapannya.

"Kau sihat Qhal?" tanya Dahlia sebaik pelukan dilepaskan.

"Sihat je El. Macam ni jelah aku," jawab wanita yang dikenali sebagai Qhal itu.

"Masih taruh hati pada dia?" Soalan Dahlia itu dijawab dengan senyuman hambar sahaja.

"Dia dah jadi suami orang El. Dah nak jadi bapa orang tak lama lagi. Jahil aku ni, aku tak sanggup nak rosakkan rumah tangga orang" Jawapan itu mengundang senyuman di wajah Dahlia.

"Eloklah kalau kau rasa macam tu. Aku taknak kawan aku jadi penyondol suami orang. Qhalisah yang aku kenal bukan macam tu. Dah bukan jodoh, nak buat macam mana kan?" Qhalisah mengangguk mengiyakan ujaran Dahlia itu.

Benarlah dia dan lelaki itu tidak berjodoh. Lagi pun lelaki itu sudah beristeri. Dia sedar diri. Cinta lelaki itu terlalu agung buat isterinya. Mana mungkin dia mampu tandingi isteri lelaki itu.

"Kau El macam mana? How's life after marriage?"

"Okay je Qhal. Macam biasa cuma title dari cik dah jadi puan. Tak banyak beza pun," jawab Dahlia.

"Aku harap kau bagi peluang diri kau dan dia untuk rumah tangga korang ni. Masing-masing ada silap El," Dahlia mengangguk.

Dia akur. Dia seharusnya mencuba untuk beri peluang buat dirinya dan Kasyaf merasa bahagia dalam rumah tangga yang terbina ini.

"Aku mungkin tak mampu lupakan tapi aku dah mengikhlaskan dan memaafkan dah pun. Bukan hanya memaafkan dia tapi memaafkan diri aku juga. Apa guna kahwin kalau tak bahagia kan? Walau macam mana sekali pun aku kena cuba untuk bahagia. Demi anak aku."

Qhalisah senyum mendengar ujaran Dahlia itu. Sudah lama rakannya ini tersakiti. Sudah tiba masanya untuk Dahlia merasa bahagia.

"El, aku sebenarnya tak boleh lama sangat ni. Aku kena gerak sebab aku kena balik office lepas ni. Aku janji nanti aku tak sibuk, aku call dan kita lepak macam dulu okay?" Qhalisah ingin berpamitan. Oleh kerana mereka terserempak secara tak sengaja, mereka berbual seketika. Tetapi, Qhalisah masih punya urusan lain dan dia tidak boleh berlama.

"It's okay. Aku pun kena gerak ni. Kasyaf dah whatsapp ajak makan tengah hari dekat area  sini," ujar Dahlia setelah membaca pesanan yang diterima daripada suaminya itu.

"Yelah. Aku gerak dulu tau?" Qhalisah pamit pergi. Dahlia juga sejurus itu melangkah pergi dan menuju ke restoran yang Kasyaf dan Delisha pilih untuk makan tengah hari.

Dahlia ralit dengan telefon bimbit sambil kakinta melangkah perlahan. Tanpa sedar, dia berlaga dengan seseorang.

"Auch!"

"Sorry, miss. My fault," ucap Dahlia menyedari akan kesilapannya kerana terlalu kusyuk dengan telefonnya.

"Jalan lain kali guna matalah!" wanita itu jelas tidak berpuas hati.

"Sorry miss," wanita itu mendengus geram. Kepalanya kemudian diangkat melihat ke arah Dahlia.

Wajah yang tadi cemberut kini bertukar tsrkejut.

"You Dahlia kan? Dahlia Elvina?"

Dahlia pula sudah naik hairan. Muncul garis-garis di dahi apabila dahinya dikerutkan.

"Cik siapa?" soal Dahlia pula. Dia tidak kenal wanita yang berada di hadapannya saat ini. Sakit sebenarnya mata dia melihat pemakaian wanita itu.

"Oh my god! You tak ingat I ke?" Dahlia menggeleng lagi.

"I ni Orked lah," ujaran itu menyebabkan mata Dahlia membulat.

"Orked Fillea?" Wanita itu mengangguk.

"Oh my. You look different." Padanlah dia tidak mengenali wanita itu. Orked Fillea dahulunya bertutup litup kini berubah 180°.

Namun, saat ini hatinya berdebar. Terasa kurang enak. Cuba ditepis perasaan itu namun aura itu terlalu kuat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 22 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now