24

3.2K 295 45
                                    

Puan Kamelia berdiri di jenang dapur sambil bercekak pinggang. Tangannya naik menggaru kepala yang tidak gatal bersama pandangannya yang dihalakan ke arah ruang tamu.

"Morning, moglie (wife)" Tuan Emir menegur sambil mengucup pipi isterinya itu. Dia sudah siap dan segak mengenakan baju untuk ke pejabat.

"What are you looking at?" Tuan Emir menyoal apabila isterinya itu langsung tidak menjawab ucapan selamat paginya. Matanya bergerak ke arah pasakan mata isterinya itu.

"Tengok anak awak tu. Macam kena sampuk hantu pun ada." Puan Kamelia juihkan bibir ke arah Kasyaf yang sedang duduk di ruang tamu. Anak sulung mereka itu sedang belajar mengait melalui Youtube.

"Tak pernah-pernah mengait. Tiba-tiba belajar mengait. Nak kiamat agaknya dunia ni," ucap Puan Kamelia bersama dengan gelengan kepala. Pelik melihat perangai anak sulung mereka itu beberapa hari ini. Pelik-pelik aje benda yang Kasyaf buat.

innamorato" (He's in love)

Balasan daripada Tuan Emir menyebabkan Puan Kamelia berpaling memandangnya. Susah nak percaya dengan apa yang dia dengar. Dengar boleh, percaya jangan. Sebab, siapa nak dengan anak sulung dia yang terlebih beku tu? Mustahil!

"Nonsense. Siapa nak dengan anak teruna awak tu? Muka macam tertelan peti sejuk tu ada ke yang nak? Harap aje muka handsome tapi terlebih beku." Puan Kamelia membebel dan tanpa sedar mengutuk anak sulung mereka sendiri. Langkah kemudian dibuka ke meja makan untuk menyediakan sarapan pagi buat suaminya itu.

"Jangan pandang sebelah mata pada Kasyaf tu. Ramai yang nak anak kita tu. Kalau awak buat uji bakat, berduyun berbaris depan mansion ni. Kasyaf tu macam saya, dari muda sampailah dah lanjut pun masih laku tau," ujaran Tuan Emir itu mendapat jelingan daripada Puan Kamelia. Bibir isterinya itu terkumat-kamit sambil sedang membebel bisu.

"Awak jangan nak gatal sangat ya Emir Luciano. Baik sarapan mihun jangan nanti mati tersedak saya sumbat dengan mihun ni." Tuan Emir ketawa lepas. Puan Kamelia sudah tunjuk protes apabila pinggan dengan sudu dan garfu sudah berdeting di atas meja.

"Stavo solo scherzando, moglie" (I was just kidding, wifey)

Tuan Emir mengucup sisi kepala isterinya itu sambil merangkul isterinya dari belakang. Dia sekadar ingin mengusik isterinya itu. Lama tidak bermesra apabila dia terpaksa ke Itali menguruskan hal anak-anaknya yang ditimbulkan oleh Khalaf dan Khalif.

Satu dehaman menganggu pasangan suami isteri itu.

"Go get a room mummy, daddy. Jangan nak bermesra dekat dapur ni." Kasyaf menegur. Sakit mata melihat mummy dan daddy yang bermesra tak kena tempat. Dia yang tadi lapar, terus kenyang pula melihat adengan manis kedua ibu bapanya itu.

"Go get a wife. Baru boleh bermesra macam mummy dan daddy," jawab Tuan Emir bangga. Kasyaf sudah membuat muka. Bukan dia tidak dengar mummy kutuk dia tadi. Ingat tak ada orang nak kat dia ke? Ramai je yang nak tapi dia yang memilih. Kalau status duda dia diketahui ramai lagi tinggi saham dia. Tapi, dia pilih untuk merendah diri. Gitew.

Kasyaf tarik kerusi kemudian labuhkan duduk di meja makan. Mihun dicedok ke dalam pinggan. Tingkah laku si anak hanya diperhati oleh Puan Kamelia dan Tuan Emir.

"Kamu tak masuk pejabat ke Kasy?" Puan Kamelia menyoal. Dia sedar anaknya itu sudah kerap kali bercuti dan tidak ke pejabat. Tapi, bila bercuti lain pula yang anaknya itu lakukan. Kalau tidak, anak mereka yang satu ini yang tidak kenal erti cuti dan asyik dengan kerja. Sekarang rajin pula cuti tapi bila cuti, mengait aje kerjanya. Nak buat perniagaan mengait agaknya.

"Hari ni Kasy cuti." Selamba jawapannya. Mihun terus disuap ke dalam mulut. Puan Kamelia menghantar pandangan ke arah suaminya.

'Tengoklah anak awak buang tabiat!'

'Anak saya, anak awak juga.'

Berdeting garfu dengan pinggan kaca seketika menyebabkan Kasyaf panggung wajahnya. Wajah si ibu dan si ayah dipandang buat seketika.

"Kerap sangat kamu cuti Kasy. Ada yang mummy dengan daddy perlu tahu ke?" Puan Kamelia menyoal lagi. Tetapi nadanya seolah berdongkol geram. Tajam matanya memandang si anak. Si suami pula dijeling tajam.

"Nothing. Saja cuti." Puan Kamelia mendengus geram. Itu ajelah jawapannya. Malas mahu menyoal banyak, Puan Kamelia mulai bersarapan. Perasaan geram masih tersimpan rapi.

Masing-masing mendiamkan diri. Hanya bunyi garfu dan pinggan yang kadang-kala berlaga. Usai itu, Puan Kamelia menghantar kepergian suaminya ke pejabat.

Sebaik kereta Bentley Continental itu membolosi pintu pagar, Puan Kamelia atur langkah masuk ke dalam. Cecah sahaja langkah di ruang tamu, dihidangkan lagi pandangannya dengan Kasyaf yang duduk bersila sedang mengait di ruang tamu itu.

"Kamu ni Kasy buang tabiat ke? Tak pernah-pernah nak mengait tiba-tiba mengait." tegur Puan Kamelia kemudian melihat satu persatu bunga yang sudah terhasil. Cantik hasilnya seolah bukan hasil seorang beginner.

"Kamu ni ada ambil kelas mengait ke apa? Hasil macam dah expert je." sambung Puan Kamelia lagi apabila Kasyaf masih fokus mengait. Langsung tidak dijawab soalan-soalan dari mummy itu.

Pap!

Geram punya pasal, bahu si anak ditampar. Berdongkol geramnya apabila Kasyaf hanya membisu dan membiarkan dia bercakap seorang diri.

"Sakitlah my.. Mummy janganlah kacau. Nanti mummy sendiri tak dapat menantu." Sakit tamparan si ibu digosok seketika. Sebelum tangannya kembali mengait.

Puan Kamelia terkebil-kebil melihat anak sulungnya itu. Dia tak salah dengarkan?

Duduknya dirapatkan lagi dengan Kasyaf. Gaya macam nak menempel pun ada.

"Mummy tak salah dengar kan Kasy?" Kasyaf jungkit kening.

"Kalau mummy biarkan kamu mengait, mummy dapat menantukan?" Kasyaf ketap bibir. Haih, mulut dah terlepas cakap.

"Tinggi effort kamu ni Kasy. Mustahil perempuan tak cair. Kalau sampai macam ni cara kamu nak pikat, mummy sendiri pun boleh cair." Kasyaf hanya senyum segaris. Itu mungkin perempuan lain. Tapi, wanita dia sangat keras. Belum tentu apa yang dia lakukan ini mampu cairkan hati Dahlia.

"Dah, dah kamu sambung mengait. Yang penting mummy dapat menantu." Puan Kamelia tidak mahu mengganggu. Yang penting, dia dapat menantu. Bunga-bunga yang diselerak olehnya tadi dikemaskan semula dan ditolak dekat dengan Kasyaf. Bibir si ibu sudah lebar dengan senyuman.

Puan Kamelia melangkah pergi meninggalkan Kasyaf di ruang tamu. Mulutnya girang menyanyi kecil. Hatinya tidak sabar untuk bertemu dengan wanita yang sudah berjaya memikat hati anak sulungnya yang terkenal dengan sikap beku.

Kasyaf hanya menggelengkan kepala melihat mummy. Mummy ingat dua tiga hari je dia boleh bawa balik menantu? Wanita yang ingin dia pikat ini bukan mudah dan bukan sembarangan orang. Hatinya keras dan tidak mudah cair.

Hadap jelah Kasy. Semuanya berpunca daripada kau.

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now