11

3.8K 329 66
                                    

Fail diselak satu persatu. Sekali-sekala jarinya lincah menaip pada papan kekunci komputer ribanya. Mata digosok apabila kantuk datang bertandang. Ditepis jauh-jauh agar mata tidak layu. Dia perlu menyiapkan kertas kerja.

Kasyaf mencari sesuatu di atas meja kerjanya. Kertas yang berselerak disusun agar memudahkan pencariannya. Dengusan dilepaskan apabila barang yang dicari tidak ditemui.

"Where is that damn thing?" gumam Kasyaf sendirian. Satu persatu laci di meja kerjanya dibuka dan diperiksa.

Sebaik membuka laci terakhir, sebuah fail nipis berwarna hitam menarik perhatiannya. Bertemu ruas dahinya kerana tidak ingat akan isi kandungan fail itu.

"What is this?" Fail tersebut diambil dan diperiksa kandungannya. Dahinya yang sudah berkerut semakin berkerut melihat kandungan fail tersebut.

Beberapa helaian kertas terdapat dalam fail itu. Tertera gambar seorang wanita freehair bersama dengan maklumat diri yang tidak lengkap.

Ditilik kertas itu satu persatu. Kerutan di dahi usah lagi dikata. Terlalu jelas. Beberapa keping gambar dari pita rakaman CCTV yang terselit turut diteliti.

Telefon di hujung meja dicapai. Nama pemanggil dicari kemudian telefon ditekup ke telinga. Sabar menanti panggilan bersambung.

"Izz." nama Izz Rizqi diseru sebaik lelaki itu menyambut panggilan. Izz sepertinya sedang mamai di hujung panggilan. Apa tidaknya, sekarang jam sudah menginjak hampir 1 pagi.

"Datang office nanti. Urgent." setelah itu, panggilan langsung dimatikan. Kertas tadi masukkan semula ke dalam fail. Kerja yang tergendala sebentar tadi, disiapkan.

_______________

Izz mengetuk pintu pejabat Kasyaf. Dia buru-buru datang ke E.L's Corp sebaik mendapat panggilan Kasyaf tengah malam tadi. Sudah hampir sebulan dia tidak ke E.L's Corp kerana menguruskan hal di Sede Centrale. Kalau sudah Kasyaf minta dia datang ke pejabat, dia tahulah ada hal yang mustahak.

Pintu ditolak dari luar. Kasyaf tika itu sedang sibuk meneliti kertas kerja. Fail-fail memenuhi meja kerja Kasyaf. Kasyaf panggung kepala sebaik menyedari kehadiran Izz.

"Apa yang urgent sampai telefon aku tengah malam?" Dari riak Izz, mungkin geram kerana lenanya terganggu oleh Kasyaf. Bukan dia tidak tahu perangai Kasyaf. Dia sudah masak dengan perangai itu tetapi kadang-kadang geram dibuatnya. Kasyaf ikut suka kepala dia je.

Kasyaf membuka laci kemudian mengeluarkan fail hitam yang ditemuinya semalam. Fail tersebut dihulur kepada Izz. Melihat huluran itu, langsung fail bertukar tangan. Isi kandungan fail diperiksa. Pandangan dikalih semula ke arah Kasyaf setelah Izz selesai memeriksa.

"Kasy, ini kan fail empat tahun lepas." Dia sangkakan Kasyaf tidak simpan lagi maklumat itu. Memandangkan maklumat itu tidak lengkap dan tidak dapat berbuat apa-apa dengan maklumat itu.

"Run through her names, faces. Anything. Find her for me by hook or by crook.''

"Kau nak cari dia buat apa lagi Kasy?"

Jeda.

Kasyaf biarkan soalan itu tidak berjawab.

"Maklumat yang aku suruh cari macam mana?"

Izz menggeleng. "Budak-budak semua tengah usahakan apa yang kau minta. Dorang minta lagi sikit masa."

"Just do what they need to do. Yang penting ada hasil depan mata aku." Jawab Kasyaf lagi. Dia mahu hasil yang dia boleh berpuas hati. Ambil lah masa banyak mana pun asalkan semuanya membuahkan hasil.

"Kenapa kau nak tahu sangat maklumat tentang Cik Dahlia tu?" Izz sebenarnya tertanya-tanya. Kasyaf tidak pernah bertindak sebegini rupa. Dia pasti ada sesuatu yang Kasyaf rencanakan.

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now