23

3.1K 279 38
                                    

"Delisha, dah siap breakfast?" laung Dahlia yang sedang menuruni tangga. Langkahnya ditala ke meja makan untuk melihat si anak.

"Mummy tunggu dekat ruang tamu tau." sambung Dahlia apabila melihat anaknya itu masih sedang bersarapan.

"Eh, El. Mari breakfast sekali. Dari semalam tak makankan? Jom." Datuk Darwisy yang terserempak dengan Dahlia langsung mengajak anak perempuannya itu bersarapan. Sejak semalam tidak keluar bilik. Dia sedar mata Dahlia agak sembab. Pasti banyak sangat menangis.

Tidak dapat tidak, Dahlia hanya akur. Langkah ditala semula ke dapur. Tempat duduk diambil di meja makan.

"El, makan. Mama ada masak your favourite. Nasi goreng kampung."

"Thanks ma," ucap Dahlia. Kemudian nasi goreng dicedok ke dalam pinggan.

Daniyal dan Dareeq yang sudah bersiap ingin ke pejabat, juga turut bersarapan bersama. Tiga beranak itu berbual kecil manakala Dahlia dan Datin Eliza hanya memilih untuk memasang telinga.

Usai bersarapan, Daniyal dan Dareeq ingin bergerak ke pejabat. Dahlia pula ingin mengantar anaknya.

"Eh, El. Tak payahlah hantar Delisha. Kitaorang aje yang hantar. Lagi pun satu jalan je." Daniyal bersuara apabila Dahlia sudah tala langkah ke arah kereta.

"Haah kak. Kitaorang ajelah hantar. Kakak duduk rumah je." Dareeq turut menyokong. Tangan Delisha sudah dicapai terlebih dahulu dan dibawa masuk ke dalam perut kereta.

Langkah Dahlia terhenti. Terkebil-kebil dia seketika apabila Delisha sudah sepantas kilat hilang ke dalam perut kereta milik Daniyal.

"Tak apalah El. Biarlah dorang yang hantar. El rehat aje dekat rumah ya." Datin Eliza turut bersuara.

Melihat semua sebulat suara mahu dia duduk rumah tanpa perlu menghantar Delisha ke sekolah, maka Dahlia turutkan sahaja. Elok jugalah. Dapat dia berehat. Badannya lemau dan agak penat mungkin banyak tenaga dia habiskan untuk menangis semalaman.

Langkahnya ditala semula masuk ke dalam rumah. Datin Eliza dan Datuk Darwisy hanya melihat Dahlia yang sudah berlalu masuk.

"Teruk ke El menangis Za?" Datuk Darwisy membuka bicara. Datin Eliza sudah ceritakan padanya tentang Dahlia yang menangis teruk. Kedua-dua mereka naik risau.

"Teruk abang. Larut sangat tangisan dia." masih lagi bergentayangan di minda Datin Eliza ketika Dahlia menangis teresak-esak hinggakan Dahlia tertidur dalam pelukannya.

Datuk Darwisy memicit pangkal hidungnya. Hati tuanya naik risau dengan keadaan Dahlia.

Tengah hari, barulah Dahlia turun dari bilik. Memasak makan tengah hari buat mereka bertiga yang berada di rumah.

Kelibat kedua ibu bapanya tidak kelihatan. Tahulah dia Datin Eliza pasti sedang virtual meeting dengan rakan-rakan gosipnya dan Datuk Darwisy pasti berada di bilik kerja.

Usai itu, Dahlia mengemas semula dapur. Kemudian langkahnya dibawa ke halaman rumah. Cuaca tidak terlalu panas, angin juga sepoi-sepoi bahasa. Duduknya dilabuhkan di gazebo yang terdapat di sana.

"El." seruan itu menyentakkan Dahlia. Paling wajah, Datin Eliza sudah menapak ke arahnya.

Dahlia ukirkan senyuman kecil menyambut kehadiran ibunya. Duduk dilabuhkan di sisi anak perempuannya itu.

"El okay?" Datin Eliza menyoal sambil menatap wajah si anak. Dahlia menganggukkan kepala.

"Okay je ma. Don't worry," jawab Dahlia bagi mengurangkan kerisauan si ibu. Dia tahu mama risau melihat dia menangis.

Datin Eliza mencapai tangan Dahlia. Tangan mulus itu dielus perlahan. Datin Eliza tersenyum kecil.

"El, tak kisah macam mana jahat pun orang pada kita jangan sesekali kita balas dengan kejahatan."

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now