Italy
Suasana kelab malam yang bingit dengan muzik itu hanya diperhatikan dengan pandangan dingin sambil menyilangkan kakinya. Segelas minuman keras 'scotch' yang terhidang di atas meja kaca di hadapannya dibiarkan tidak terusik.
Seorang wanita menghampirinya dengan segelas minuman di tangan. Dia cukup kenal taktik itu. Wanita itu mula menggodanya dengan lenggok-lenggok badan yang menggoda. Malangnya satu pun tidak menjentik nafsu dirinya. Hanya senyuman senget yang menghiasi wajah dingin itu.
Wanita itu mula duduk di ribanya. Mungkin tercabar apabila lelaki di hadapannya ini langsung tidak memberikan sebarang reaksi, tidak seperti pelanggan-pelanggan yang lain. Senyuman senget tadi bertukar sinis. Tangannya bergerak ke belakang badannya sebelum mengeluarkan sesuatu.
"Arghh!" Menjerit kecil wanita itu apabila melihat lelaki yang cuba digodanya itu mengeluarkan sepucuk pistol.
"Allontanati da lui!" (Get away from him!). Jerkah seorang lelaki bertubuh tegap yang lengkap bersut hitam.
Pantas wanita itu melarikan diri dari ruangan tersebut. Takut dengan apa yang baru disaksikan olehnya.
"Maestro, è tutto pronto." (Everything's ready) sambung lelaki bersut hitam itu sambil menunduk sedikit pada lelaki yang bergelar ketua padanya.
"Bene. che lo spettacolo abbia inizio." (Good. Let the show begin). Semakin mekar senyuman sinis di wajahnya. Langkah kaki dibuka ingin meninggalkan ruangan itu. Pintu keluar bahagian belakang dituju agar tidak tersepit antara kesesakan manusia itu.
Tidak lama kemudian, penggera kebakaran dibunyikan. Berpusu-pusu orang yang sedang berseronok sakan dalam kelab itu menuju ke pintu keluar untuk menyelamatkan diri mereka. Sistem penyembur air automatik turut diaktifkan menyebabkan kelab itu menjadi basah.
"Izz?" Soalnya pada orang kanan dan juga merangkap rakannya itu.
"Chiaro. Dentro non c'è nessuno." (Clear. There is no one inside). Jawab Izz sambil matanya tekun melihat pada skrin tablet. Paparan rakaman litar tertutup diperiksa satu-persatu.
"Allora, accendiamo i fuochi d'artificio?" (So, shall we lit up the fireworks?). Wajahnya dihiasi dengan dengan senyuman menyeramkan. Anak-anak buahnya hanya akur sambil mengangguk kecil.
"Let the show begin." ujarnya lagi.
Cling!
Pemetik api bewarna emas dilempar berdekatan dengan kelab itu sebelum api mula marak menyambar minyak yang sudah disimba ke pintu kelab malam tersebut. Sekelip mata api merebak ke dalam. Sistem penyembur air automatik itu sebenarnya menyemburkan minyak dan bukan air. Oleh itu, memudahkan lagi kelab malam itu terbakar dengan mudah.
Api yang marak dan merebak menjilat kelab malam itu hanya dilihat dengan pandangan dingin. Senyuman sinis tidak terpadam dari wajahnya.
"Non scherzare con un Luciano." (Don't mess with a Luciano) terpacul keluar ayat itu dari mulutnya sambil anak mata tidak lepas memandang bangunan kelab malam yang dijilat api itu.
"Kasyaf" panggil Izz. Kasyaf menoleh ke arah Izz Rizqi. Hanya wajah dingin ditayangkan.
"Tuo padre." (your dad) ujar Izz sambil menyerahkan telefon bimbit kepada Kasyaf.
Kasyaf menyambut huluran Izz. Skrin telefon ditatap buat seketika sebelum Kasyaf menghela nafasnya.
"What is it?" Langsung sahaja Kasyaf bersuara sebaik telefon tersebut ditekup ke telinga.
"Kasyaf! Where have you been? Daddy suruh korang pulang Malaysia hari ni. Kenapa Si kembar tiga je yang sampai? Where are you?" Bertubi-tubi soalan diberikan oleh Tuan Emir Luciano dari hujung panggilan. Kasyaf hanya mampu mengurutkan pelipisnya.
YOU ARE READING
His Amore | SU
Romance#2 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙆𝙖𝙨𝙮𝙖𝙛 𝙀𝙫𝙧𝙚𝙣 | 𝘿𝙖𝙝𝙡𝙞𝙖 𝙀𝙡𝙫𝙞𝙣𝙖 Kasyaf's Obsession⚠️ Pertemuan pertama mereka bukanlah yang terbaik. Pertemuan pertama menjadi saksi kejadian yang menimpa mereka. Andai boleh, pertemuan itu ingin dihapuskan...