37

3.7K 260 18
                                    

"DAHLIA!" panggil Kasyaf sambil mengejar langkah isterinya itu.

"What? You want the truth? Yes, I have a son!"

"And he's gone. He's no longer here. He's dead! Sekarang puas hati?!" Nada Dahlia meninggi. Emosinya tidak stabil dan Kasyaf terus mengasaknya mahukan jawapan.

Oleh kerana itu, Hafiy Lutfan dan Auliya Lufyaa yang mendengar  pergaduhan suami isteri itu langsung menghilangkan diri ke dalam bilik. Delisha yang juga masih tidur digendong bersama. Mujur sahaja Tokma dengan ahli keluarga yang lain tiada kerana sedang menghadiri kenduri kesyukuran yang diadakan di rumah di hujung kampung.

Lengan Dahlia dilelar dan ditarik masuk ke dalam bilik. Saat itu juga Dahlia menangis dan menghamburkan sisa rasa di dadanya. Sakit ini tiada ubatnya dan akan terus kekal dirasai sampai bila-bila.

"Why you didn't tell me? Why? I deserve the truth,"

"Kalau aku bagitahu, kau dapat hidupkan anak aku semula? Kau tak ada saat aku bertarung nyawa lahirkan dorang Kasyaf. Tak ada! Kau tak ada saat aku bersengkang mata susukan anak-anak aku. Sekarang kau nak persoalkan hak kau? Kau tak ada hak Kasyaf Evren." Nada Dahlia semakin meninggi. Matanya merah dan berkaca-kaca. Jelas yang dia benar-benar terluka selama ini.

"Kau datang dalam hidup aku dan persoalkan semua benda dalam hidup aku. Kau nak ambil Delisha daripada aku, sedangkan kau tahu dia satu-satunya harta yang aku ada. Perkahwinan ni terjalin sebab aku fikirkan Delisha yang perlukan kasih seorang ayah. Kalau tak kerana dia muka kau pun aku tak hadaplah!" Dahlia hilang kawalan. Semua yang keluar dari mulutnya kerana dia terlalu beremosi.

Kasyaf yang melihat keadaan Dahlia, pantas menarik isterinya itu ke dalam pelukan. Tiada sebarang perkataan meniti dibibirnya kerana dia tahu Dahlia perlu ditenangkan saat ini.

Dada Kasyaf dipukul-pukul melepaskan rasa sakit yang dirasainya walaupun tidak setanding apa yang dirasa.

"Dylan dah tak ada Kasyaf. He's my only son and Delisha's only brother. Sakit Kasy. Sakit sangat bila hilang Dylan. Rindu ni dah tak tertanggung. I miss him so much...," lirih nada Dahlia. Kasyaf menggosok belakang isterinya itu masih cuba untuk memujuk.

Lama mereka dalam keadaan begitu. Apabila keadaan bertukar senyap, Kasyaf melihat Dahlia sudah tertidur. Pasti isterinya itu penat. Penat menangis dan menanggung luka. Perlahan-lahan tubuh Dahlia diletakkan di atas katil. Wajah isterinya ditilik buat seketika.

Kasyaf duduk di birai katil. Siku ditongkat ke paha lalu tangan ditekup ke muka. Semakin dia mencari tahu, semakin banyak dosa dia terhadap Dahlia selama ini dibuka. Tanpa sedar ada cecair jernih yang mengalir dipipinya. Pantas diseka air mata yang mengalir itu.

Telefon di dalam kocek seluar dicapai. Nombor seseorang didail kemudian telefon ditekup ke telinga. Sabar dia menanti panggilan itu dijawab.

"Izz,"

"NI,dari semalam tak nampak bini hang. Hampa bertengkaq ka?" soal Tokma sebaik melihat Kasyaf muncul di dapur bersama dengan Delisha.

Sejak semalam dia pulang dari majlis kenduri ketika hampir masuk waktu Isyak, dia langsung tidak melihat kelibat cucu menantunya yang satu itu.

"Ada kat bilik tengah siap-siap. Kejap lagi keluar lah tu," jawab Kasyaf. Soalan tokma yang satu lagi Kasyaf biarkan tidak berjawab. Seketika kemudian, Dahlia muncul di dapur.

"Ha, ni Dahlia," ucap Kasyaf lagi.

"Dah lekaih, mai makan cepat," ujar Tokma. Tahu cucu menantunya itu akan bergerak pulang hari ini.

Selesai menadah tangan mengaminkan doa makan, masing-masing mulai menjamu selera.

"Lut mana tokma?" soal Kasyaf apabila tidak melihat bayang sepupunya yang seorang itu.

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now