27

2.8K 314 38
                                    

Pang!

Terteleng wajah Kasyaf menerima tamparan sulung milik Puan Kamelia. Pertama kali mummy naik tangan kepadanya.

"Apa yang kurang Kasy?! Apa yang kurang mummy dan daddy mendidik kamu?!" Naik beroktaf nada Puan Kamelia.

Dadanya berombak ganas. Panas hatinya melihat Kasyaf yang duduk di sofa sambil menekur pandangan ke lantai itu. Tidak percaya pada mulanya apa yang Kasyaf sampaikan pada mereka. Tetapi melihat wajah anaknya itu serius, dia tahu Kasyaf tidak bergurau.

"Di mana pincangnya didikan kami Kasyaf? Kenapa kamu sanggup buat macam tu? Lima tahun Kasyaf Evren! Bukan lima hari!" Kasyaf tahu dia berada dalam zon bahaya saat ini. Apabila mummy sudah menyeru nama penuhnya, Puan Kamelia benar-benar sedang marah.

Tuan Emir turut berada di ruang tamu itu sambil duduk melihat dua beranak tersebut. Beliau lebih banyak mendiamkan diri dan masih kekal tenang walaupun setelah Kasyaf sampaikan perkhabaran itu kepada mereka.

"Dahlia tu bukan orang lain Kasyaf. Dia anak Datuk Darwisy dan Datin Eliza. Kawan rapat daddy dan mummy. Mana kami nak letak muka?!" Kasyaf masih diam. Dia tahu banyak yang mumny ingin katakan saat begini.

"Macam mana kami nak tunjuk muka sedangkan anak kami penyebab keluarga mereka tanggung malu? Bagitahu mummy Kasyaf Evren!"

"Moglie. Sabar. Kita bincang elok-elok." Tuan Emir bersuara. Menenangkan si isteri yang hampir hilang kawalan.

"Macam mana nak bincang elok-elok? Anak kita ni dah buat malu. Benda dia buat lima tahun lepas, baru sekarang nak mengaku! Mana rasa tanggungjawab kamu Kasyaf?!"

"Kasyaf Evren." Kali ini Tuan Emir yang bersuara. Kasyaf panggung kepala.

"Kenapa baru sekarang nak mengaku?" soal Tuan Emir. Anak sulungnya itu ditatap lama.

"Kasy tak sangka jadi sampai macam ni daddy. Kasy ingatkan..." ucapan Kasyaf terhenti.

"Ingatkan apa? Ingatkan bila Dahlia mengandung, dia gugurkan kandungan dia. Macam tu? Macam tu ke Kasyaf Evren?!" celah Puan Kamelia dengan nada tinggi.

"Is it true?" Tuan Emir menyoal dengan tenang. Saat-saat begini dia perlu kekal rasional lagi-lagi dengan keadaan isterinya yang hampir hilang kawalan setelah mendengar pengakuan Kasyaf tadi.

Kasyaf diam langsung tidak menjawab. Dan Tuan Emir terima jawapan itu sebagai 'ya'. Nafasnya ditarik dalam-dalam.

Pang!

Sekali lagi Kasyaf terima tamparan daripada Puan Kamelia. Entah bila mummy melangkah ke arahnya, Kasyaf langsung tidak sedar. Tahu-tahu je tangan dah mendarat di pipinya. Bingkas Tuan Emir bangun mendapatkan isterinya. Puan Kamelia ditarik menjauh daripada Kasyaf.

"Moglie. Enough. Ini bukan cara nak selesaikan benda ni. Awak buat macam ni tetap tak boleh nak ubah benda yang dah jadi. Awak tampar Kasyaf sekalipun, dia tak boleh nak betulkan apa-apa. Kita bincang elok-elok. Please." Tuan Emir cuba sedaya upaya untuk menenangkan isterinya yang sedang marah. Dia tahu isterinya kecewa.

Kalau ikutkan rasa marahnya, teruk dia kerjakan Kasyaf ni. Bukan setakat penampar yang hinggap pada anaknya itu. Tetapi, dia perlu berfikir dengan keadaan waras. Saat begini, mereka perlu bertindak dengan kewarasan akal. Bukan setakat ikut kemarahan mereka.

"Teruk macam tu sekali kamu letak maruah seorang perempuan Kasyaf. Kamu tahu kejadian malam tu boleh mewujudkan nyawa daripada benih kamu sendiri. Kenapa? Kenapa kejam sangat Kasyaf?" Nada Puan Kamelia mulai rendah. Tetapi, dapat dikesan kekecewaan dalam nadanya itu.

"Kasy mengaku memang salah Kasy. I was too afraid mummy. Kasy takut. Tapi, Kasy lupa yang Dahlia lagi takut daripada Kasy. Apa yang dia lalui lagi teruk dari Kasy. Memang salah Kasy. But please mummy, Kasy akan tanggungjawab." Saat ini, Kasyaf takut akan kemarahan mummy. Takut mummy membencinya. Dia tidak mampu menanggung kebencian daripada ibu sendiri.

"Anak kamu tu dah besar panjang Kasyaf. Macam mana kamu nak tanggungjawab? Keluarga Datuk Darwisy dah lama tanggung malu."

Mendengar ucapan mummy, Kasyaf memandang ke arah Tuan Emir. Dari pandangan Kasyaf juga, Tuan Emir sudah dapat tafsir apa kemahuan anaknya itu. Tuan Emir menarik nafasnya dan dihela perlahan. Dia akur. Mungkin itu yang terbaik.

Dahlia memimpin tangan Delisha sambil melangkah menuju ke pintu utama villa D&E itu. Mereka baru pulang selepas meluangkan masa hujung minggu mereka di taman tema. Matanya meliar seketika mencari susuk tubuh kedua ibu bapanya kerana sedar akan kehadiran sebuah kenderaan asing berjenama Bentley di pekarangan villa itu.

"Assalammualaikum..," ucap Dahlia kemudian melangkah masuk ke dalam bersama Delisha. Ceria sahaja wajah Dahlia.

"Waalaikumsalam El," ucapan salam Dahlia berjawab dengan beberapa suara bergema di ruang tamu itu.

Dahlia panggung wajahnya dan menilik seketika wajah tetamu milik mama dan papa yang datang ke villa itu. Saat itu juga, beg di tangannya terlepas dan jatuh ke lantai apabila matanya menangkap kehadiran Kasyaf yang tidak berseorangan malah bersama dengan kedua ibu bapanya. Air wajah Datuk Darwisy dan Datin Eliza juga kelihatan tidak ceria.

Dadanya memalu kuat. Debaran yang dirasa seakan tidak terbendung lagi. Juring matanya juga mulai memanas. Saat ini, terngiang-ngiang kembali kata-kata Kasyaf saat kali terakhir mereka bertemu.

"I don't want to be selfish Dahlia. But I hope you won't hate me for what I'm gonna do next,"

Jadi, inilah apa yang Kasyaf maksudkan. Bertemu dengan mama dan papa kemudian menyampaikan kebenaran tanpa persetujuannya.

"Ma, Pa...," Bergetar suara Dahlia dan saat itu juga air mata Dahlia menitis. Dahlia takut. Takut untuk menghadapi kemarahan papa untuk kali kedua. Dan andai mama turut marah, dia tidak mampu menanggungnya lagi.

"Delisha, naik atas dulu ya sayang. Nenek dan atok nak berbual dengan mummy." ucap Datin Eliza sambil merapati cucunya itu. Delisha tidak banyak menyoal langsung sahaja membuka langkah naik ke atas.

"El..." Saat itu juga tubuh Dahlia melorot jatuh.

"Please ma.. Jangan benci El. El dah tak sanggup. El taknak hilang kasih sayang mama dan papa untuk kali ini lagi." Deras air mata mengalir di wajah Dahlia. Hampir Dahlia sujud di kaki mama tetapi ditahan oleh Datin Eliza.

"Dahlia, jangan macam ni. Kita bincang baik-baik, please." Kasyaf menghampiri dua beranak itu. Kedatangannya bukan untuk mengeruhkan keadaan tetapi untuk menyelesaikan tanda tanya yang tidak berpenghujung.

Mata Dahlia memicing memandang ke arah Kasyaf.

"El, pandang mama." Datin Eliza masih cuba memujuk Dahlia.

"Kau sukalah kan?! Suka buat mama dan papa benci aku! Aku benci kau. Aku benci kau Kasyaf!" Dahlia hamburkan segala sisa rasa di dadanya. Dia benar-benar terluka kerana Kasyaf.

"El, pandang mama!" Mata Dahlia yang berkaca-kaca itu memandang wajah Datin Eliza.

"Kenapa El tak pernah bagitahu mama dengan papa? Kenapa perlu pendam sorang-sorang?" Saat itu, tangisan El pecah. Lantas tubuhnya ditarik dalam pelukan Datin eliza. Datuk Darwisy yang tadi duduk juga mulai membuka langkah merapati anak dan isterinya itu. Kasyaf berdiri kemudian memberi ruang buat keluarga itu.

"Shh... Papa tak marah El," pujuk Datuk Darwisy pada Dahlia yang sudah mengongoi itu. Dia tahu, Dahlia takut akan kemarahannya. Tetapi, jujur dia tidak marahkan Dahlia saat ini.

"El jangan macam ni. Kasyaf dan keluarga dia datang cuma nak bincang je. Dia tak buat apa pun. Mama dan papa tak marahkan El pun. Benda dah lepas El." sambung Datuk Darwisy. Belakang Dahlia digosok perlahan. Bahu anaknya itu terhinjut-hinjut kerana menangis.

Adengan mereka bertiga hanya dilihat oleh Kasyaf sekeluarga. Kasyaf sudah menjangkakan perkara ini.

"You better take her seriously Kasy," bisik Puan Kamelia kepada Kasyaf tetapi penuh dengan amaran.

"I will."

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now