Dahlia tala langkah keluar dari perut lif. Saat Lydia melihat kelibatnya, langsung beri isyarat Kasyaf berada dalam pejabat. Pintu pejabatnya ditolak dan dia menapak masuk. Kasyaf sedang bersantai duduk di sofa.
'Amboi, gaya macam office ni bapak kau punya.' Kutuk Dahlia dalam hati.
"What do you want Mr. Kasyaf?" Tanpa basa basi Dahlia menyoal. Kasyaf panggung kepala melihat ke arah Dahlia yang berdiri di hadapan meja kerja.
Kesabaran yang lagi nipis dari kulit bawang masih cuba untuk dipupuk. Kalau ikutkan hati, saat ini juga tumbukan melayang ke wajah kacak Kasyaf itu.
Kasyaf berdiri dari duduknya. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Dinding pipi ditolak-tolak dengan lidah. Matanya merenung Dahlia atas bawa.
"What do you want? We have nothing to discuss. I already agree to continue the project. I'll visit the site next week. Until then, we have nothing to discuss yet." Dahlia masih mengawal nadanya. Masih cuba berlembut walaupun jarum tahap kesabarannya sudah capai maksimum.
"I know. That's not why I'm here." Kasyaf menunjuk wajah kosong tanpa reaksi.
"Then?" Dahlia jongket sebelah keningnya. Jadi apa tujuan Kasyaf datang ke pejabatnya kalau bukan urusan kerja? Sampaikan dia terpaksa terkejar-kejar kembali ke pejabat.
"I."
Setapak, Kasyaf mara.
"Want."
Dua tapak.
"You."
Tiga tapak, Kasyaf sudah berada di hadapan Dahlia. Dipisahkan jarak hanya beberapa inci sahaja. Dahlia terkebil-kebil seketika. Rasanya dia salah dengar. Tapi, Cik jantung bukan main berdangdut dekat dalam.
Dahlia pandang Kasyaf bersahaja. Senyum senget terlakar di bibirnya. Gila agaknya mamat ni. Dahlia atur langkah ke kerusi eksekutif dan melabuhkan duduknya. Debaran yang berkunjung tiba ditepis jauh-jauh.
"Kalau tak ada yang penting, please don't waste my time." Tangan Dahlia tepat ke arah pintu pejabat. Bahasa kasar, menghalau Kasyaf keluar.
"Didn't you heard what I said?"
"I. Want. You!" Ditekan satu persatu ayat itu agar Dahlia dengar dengan lebih jelas. Tercabar apabila Dahlia masih bereaksi bersahaja di hadapannya.
"I heard you. But I'm not interested. So, please get out."
Kasyaf senyum sinis. She's so bold. And he likes it. Lagi dia suka untuk mencabar Dahlia. Mahu lihat sejauh mana tembok yang terbina itu bertahan lama.
Kasyaf tala langkah ke pintu pejabat. Dahlia hela nafas apabila melihat Kasyaf sudah ingin berlalu keluar.
Klik!
Pintu pejabat dikunci. Mata Dahlia membulat. Kenapalah tadi dia tak buka pintu pejabat tu? Sekarang Kasyaf dah kunci. Kasyaf nak buat apa ni?!
"What are you doing?!" Naik seoktaf nada Dahlia.
Dahlia tidak betah lagi. Bangkit dari duduk, Dahlia tala langkah ke pintu. Malangnya, lengan dilelar oleh Kasyaf. Secara drastik tubuhnya berlaga dengan tubuh Kasyaf.
Nafas sudah mulai tidak teratur. Dahlia tidak suka keadaan ini. Dia benci!
"Let go of my hand." Nada Dahlia tahan. Rahangnya diketap kuat. Giginya berlaga hingga menghasilkan bunyi.
Kasyaf buat tak endah. Tangan yang berlapik dengan blazer itu masih digenggam kemas. Wajah merah padam Dahlia itu diamati.
"I said let go of my hand!" Dahlia berusaha melepaskan genggaman Kasyaf. Semakin dia cuba, semakin kuat genggaman lelaki itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
His Amore | SU
Romance#2 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙆𝙖𝙨𝙮𝙖𝙛 𝙀𝙫𝙧𝙚𝙣 | 𝘿𝙖𝙝𝙡𝙞𝙖 𝙀𝙡𝙫𝙞𝙣𝙖 Kasyaf's Obsession⚠️ Pertemuan pertama mereka bukanlah yang terbaik. Pertemuan pertama menjadi saksi kejadian yang menimpa mereka. Andai boleh, pertemuan itu ingin dihapuskan...