19

3.4K 321 29
                                    

"Anak abang Darwisy yang sorang tu kau ada nampak tak? Yang dah menconteng arang kat muka keluarga kita tu?" Suara sumbang itu menyapa pendengaran Dahlia yang baru turun dari bilik setelah menidurkan Delisha.

"Ada. Tak silap aku Darwisy dah baik dengan Dahlia tu. Dasar anak tak kenang diuntung!" Dahlia pasakkan kaki di jenang pintu dapur. Telinga dipasang mendengar suara-suara sumbang milik ibu-ibu saudaranya itu.

"Dah buat onar, berani nak tunjuk muka dia kat orang ramai. Dia dengan anak dia sama-sama naik. Tak tahu malu betul." Makin menjadi-jadi pertuturan mereka. Tanpa menyedari kehadiran Dahlia yang sedari tadi mendengar perbualan tidak berasas mereka itu.

"Entahlah Ngah. Kalau dia tu anak aku, dah lama aku sagat dengan berus dawai muka dia anak beranak. Entah siapa bapa anak dia tu." Berasap telinga Dahlia mendengar kata-kata nista yang dilemparkan oleh ibu-ibu saudaranya itu. Dia tidak boleh berdiam diri lagi.

"Yelah makngah, maksu. El ni apalah sangat kan? Tak lain tak bukan anak yang menconteng arang dekat muka mama dengan papa. Yang baik tu semua pada makngah dengan maksu. Yang buruk semua pada El." Terdiam seribu bahasa mereka apabila Dahlia datang menyampuk.

"Makngah dengan maksu kalau nak cakap buruk pasal El, tak kesah. Tapi, jangan sesekali nak cakap buruk pasal anak El. Dia tak ada salah. Dia tak minta dilahirkan dalam keadaan macam tu. Dia lahir sebab silap El. Dan makngah dengan maksu tak ada hak nak menghukum anak El mahupun El sendiri."

"Yelah, faham. Anak makngah dengan maksu kan semua bertudung litup. Labuh tak ada tayang sana sini. Nak dibandingkan dengan El ni apalah sangat. Tapi makngah dengan maksu kena ingat. Jangan sebabkan dosa hari ni berbalik semula pada makngah dengan maksu. El doakan yang anak-anak maksu dikuatkan iman dan tak pernah menconteng arang pada muka korang." Dahlia senyum sinis. Puas hati setelah menghamburkan rasa yang terbuku di hati. Ingat dia akan diam? Tidak sama sekali.

Dia tidak akan biarkan orang bercakap buruk tentang Delisha. Dia tidak kesah jika orang bercakap buruk tentang dirinya. Tetapi, jangan sesekali sentuh tentang anaknya.

"Kamu ni kan! Memang kurang ajar kan?" Tangan makngah sudah naik ingin melayangkan penampar.

Belum sempat hinggap di pipi mulus Dahlia, ada tangan yang menghalang.

"Makngah ni kenapa nak tampar kakak?"

"Dareeq, kakak kamu ni kurang ajar tahu tak? Dasar tak kenang diuntung!" Makngah menarik kasar tangannya yang dihalang oleh Dareeq. Merah padam wajah wanita itu menahan marah.

"Kakak tak akan kurang ajar kalau tak ada yang jentik. Orang tahulah makngah cakap buruk pasal kakak kan? Apa yang makngah tak puas hati sangat dengan kakak?"

"Kamu pun nak kurang ajar ke Dareeq? Nak jadi sama macam si Dahlia ni?!"

"Kakngah! Apa yang terpekik terlolong ni?" Datin Eliza muncul di dapur, menegur. Suara kakak iparnya itu hingga ke ruang tamu dapat didengari.

"Kat luar masih ada tetamu lagi. Tak eloklah bergaduh macam ni. Kenapa ni?" Datin Eliza harus menjaga air muka mereka suami isteri. Lagipun tetamu kebanyakan adalah kenalan rapat mereka berdua.

"Ni anak kau, si Dahlia ni tak reti hormat orang tua tahu tak?! Cuba kau ajar dia ni hormatkan orang!" Datin Eliza menggosok pelipisnya. Dia tahu ada yang kakak iparnya sudah lakukan hingga mengundang kemarahan Dahlia.

Dia kenal akan anaknya itu. Dahlia tidak akan kurang ajar andai dirinya tidak dijentik. Pasti ada sesuatu yang berlaku hingga Dahlia bertindak sedemikian.

"Saya minta maaflah Kakngah. Tapi, El tak akan bersikap kurang ajar kalau tak ada siapa yang mulakan. Saya kenal anak saya. Saya dan Darwisy yang didik mereka." Tidak mahu memanjangkan hal itu, Datin Eliza hanya mengalah. Malas mahu mendengar kakak iparnya itu terpekik tidak henti-henti.

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now