25

3.5K 317 46
                                    

Tok! Tok!

Pintu diketuk sebelum Lydia melangkah masuk. Kelihatan Dahlia yang sedang sibuk melakukan kerja. Kepala yang tidak gatal digaru. Berkira-kira sama ada ingin dia sampaikan tentang perkara tersebut atau tidak kepada majikannya itu.

"Kenapa ni Lydia?" soal Dahlia apabila Lydia bagai terkulat-kulat mahu menyampaikan sesuatu.

"Err.. Sebenarnya Cik Dahlia saya ada terima bunga. Dan semuanya ditujukan kepada Cik Dahlia." Lydia sengih bersalah. Dia sebenarnya mahu sampaikan bunga-bunga itu tetapi selepas kejadian beberapa minggu lepas, mood majikannya itu seperti kurang elok.

"No fresh flowers Lydia. I'm allergic to it. You tahukan benda tu?" Berkerut kening Dahlia. Lydia sudah bekerja lama dengannya dan Lydia sudah maklum akan hal itu. Semua bunga yang diterima biasanya akan terus dibuang.

"Err.. Bukan tu sebenarnya masalahnya Cik Dahlia." Semakin jelas kerutan dahi Dahlia.

"Then?" Lydia buka langkah keluar dari pejabat Dahlia kemudian kembali dengan sebuah kotak bersaiz sederhana.

"It's not fresh flowers." jawab Lydia kemudian jambakan bunga dalam kotak itu diperlihatkan kepada Dahlia.

"It's knitted flowers." sambung Lydia lagi. Dahlia tertarik dengan jambakan bunga itu. Satu persatu bunga itu diperiksa. Tetapi, semua bunga tersebut adalah bunga tulip putih.

"White tulips?" Dahlia monolog sendirian. Dia tidak reti dengan maksud disebalik jenis bunga.

"White tulips usually symbolise forgiveness, honour, consideration and respect, making them the perfect apology flower," celah Lydia kemudian segaris senyuman dilakarkan.

"Tak ada nama pengirim?" Lydia menggeleng. Tetapi Lydia dapat agak sebenarnya siapa pengirim bunga-bunga tersebut.

"Tak ada nama pengirim. Tapi, semua kad masih ada terselit dekat bunga. Mungkin Cik Dahlia kenal tulisan tangan tu." Walaupun Lydia dapat agak siapa pengirim tersebut, rasanya lebih baik Dahlia cari tahu sendiri siapa pengirim misteri yang tak terlalu misteri itu.

"Thanks Lydia. Tinggalkan je bunga tu nanti saya uruskan." Lydia angguk akur. Kemudian tala langkah keluar dari pejabat majikannya itu.

Dahlia duduk bersandar pada kerusi eksekutifnya. Otaknya ligat memikirkan siapa pengirim bunga-bunga tersebut. Kad ucapan yang diselit pada jambakan bunga, dibuka dan dibaca. Tulisan tangan itu agak familiar tetapi dia kurang pasti.

Jambakan bunga itu diambil dan dimasukkan ke dalam pasu kaca. Diletak di penjuru pejabat sebagai hiasan. Mahu dibuang, rasa sayang kerana jarang-jarang nak jumpa jambakan bunga yang dikait.

Usai itu, Dahlia menyambung semula kerjanya yang tergendala. Sedang dia fokus pada kerja, pintu pejabatnya diketuk. Dahlia kalih wajah dan terlihat susuk tubuh Lydia muncul.

"Cik Dahlia, Encik Kasyaf is here,"  ujar Lydia bersama senyuman tawar. Risau andai keadaan bertukar seperti sebelum ini. Lama air wajah majikannya itu diperhatikan tetapi langsung tidak bereaksi.

"Sent him in," arah Dahlia. Wajahnya kosong. Sedih tiada, marah juga tiada. Kosong sahaja reaksi wajah itu.

Dahlia sendiri juga tidak tahu apa lagi perasaan yang harus hadir dalam dirinya saat ini. Sedih? Sudah lama dia bersedih. Kecewa? Setiap masa dia kecewa. Marah? Sudah puas dia marah pada diri sendiri. Dendam? Mampukah untuk dia berdendam?

Cuma dia tidak tahu apa lagi rasa yang harus dia zahirkan apabila berhadapan dengan Kasyaf. Sudah puas dia menangis kerana lelaki itu. Tidak tahu berapa lama lagi dia harus terluka hanya kerana lelaki bernama Kasyaf Evren.

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now