14

3.5K 347 73
                                    

"Delisha dah pulang Encik Zayn. Ayah dia ambil tadi." Jatuh rahang Zayn mendengar apa yang guru itu sampaikan. Kenyataan yang meluncur keluar dari mulut guru itu bakal mengundang ribut taufan seorang Dahlia Elvina.

"Ayah?" Guru itu mengangguk. Mana mungkin mereka lepaskan Delisha pergi tanpa tahu identiti orang yang menjemput kanak-kanak itu apatah lagi wajah yang asing.

"Dahlia minta saya ambil Delisha hari ni sebab Datin Eliza keluar negeri. Sepatutnya, Dahlia maklumkan pada saya kalau dia suruh orang lain." Zayn mulai tidak sedap hati. Awal pagi dia terima panggilan dari Dahlia yang akan sibuk seharian dan kekangan masa untuk menjemput Delisha pulang. Mujur dia hanya oncall hari ini.

Mustahil Dahlia menyuruh orang lain menjemput Delisha sedangkan pagi tadi Dahlia sudah menghubunginya. Siapa pulak yang pandai-pandai jemput Delisha dan mengaku sebagai ayah ni?

"Tapi memang betul Delisha pulang dengan ayah dia. Delisha pun cakap dia kenal orang tu bila kami menyoal." Delisha anak pintar. Mereka tahu kanak-kanak itu tidak berbohong. Jadi apabila Delisha iyakan maka mereka akur.

"Ada CCTV tak? Boleh saya tengok? Bukan apa, risau. Sebab lain yang Dahlia maklumkan pada saya. Sekarang ni Delisha dah tak ada dekat sini."

"Boleh. Encik Zayn sila ikut saya." Zayn membuntuti langkah guru itu ke ruangan yang menempatkan rakaman litar tetutup.

Rakaman CCTV dimainkan. Mata Zayn tekun menatap skrin tersebut.

"Stop!" Zayn bersuara sebaik menangkap Delisha dalam rakaman tersebut.

"Boleh zoom tak?"

Shit!

Zayn mencarut dalam hati apabila melihat wajah yang menjemput Delisha dari sekolah. Ambil anak macam nak culik anak sendiri!

Kalau Dahlia tahu, memang mampus aku!

"Thanks." Ucap Zayn kemudian mengatur langkah dari ruangan itu. Langsung dia menuju ke kereta.

Masuk sahaja dalam perut kereta, Zayn mengeluarkan telefonnya. Nombor seseorang didail.

"Zayan, aku hantar kau nombor kereta. Tolong trace. Urgent." Usai menyampaikan hajatnya, telefon langsung sahaja dia matikan. Tanpa menunggu balasan dari pihak belah sana. Sekarang ini soal hidup dan mati.

Andai dia tidak dapat temukan Delisha, dia yang akan mati di tangan Dahlia. Ngeri! Membayangkan pun sudah nak seriau!

Tidak sampai sepuluh minit, satu pesanan dia terima. Laju kerja Zayan. Melihat pesanan Zayan, langsung pedal minyak ditekan. Laju keretanya meluncur di lebuh raya menuju ke destinasi yang sepatutnya.

Kereta dipandu masuk ke tempat letak kereta ke sebuah mall. Dalam hati tertanya-tanya apa tujuannya membawa Delisha ke sini. Apa yang boleh dia lakukan? Kalau nak culik bawa jauh sikitlah!

Langkah panjang Zayn ditala masuk ke dalam bangunan mall itu. Matanya meliar ke segenap ruang mencari andai ada kelibat Delisha. Dia yakin Delisha masih berada di sana. Maklumat daripada Zayan mengatakan kereta tersebut dipandu masuk dan belum dipandu keluar sejak sejam yang lepas.

Puas matanya meliar mencari susuk seorang Delisha sebelum dia menangkap kelibat seseorang. Buku limanya dikepal menahan geram. Langkahnya ditala ke arah orang itu.

Buk!

Buku limanya dilayangkan sebaik sahaja dia merapati lelaki itu. Kurang ajar! Dadanya berombak ganas. Kalau kerana tidak ingatkan ini tempat awam, sudah lama dia belasah lelaki ini.

"What is your problem?!" Naik seoktaf nadanya apabila pipinya ditumbuk tanpa sebarang amaran. Tepi bibirnya juga pecah. Memang akan meninggalkan kesan.

"Tak ada kerja nak culik anak orang?" Nada Zayn celah gigi. Kecil besar je Kasyaf dia lihat sekarang ini.

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now