Pagi itu terpampang wajah Kasyaf Evren di muka utama berita. Berita mengenai Kasyaf yang sudah kembali ke tanah air dan bakal menguruskan syarikat sulung ayahnya di Malaysia.
Kasyaf dikenali ramai dalam dunia perniagaan kerana kecekapannya menguruskan syarikat ayahnya di Itali. Dalam masa setahun dia berjaya membangunkan Syarikat itu lebih dari apa yang daddy nya pernah lakukan.
Keuntungan yang diperolehi juga berlipat ganda. 8 figures merupakan keuntungan yang diperolehi Kasyaf setelah menguruskan syarikat daddynya itu.
JUTAWAN MUDA KASYAF EVREN KEMBALI KE TANAH AIR.
Begitulah tajuk utama berita yang dipaparkan. Kasyaf sudah menjadi tumpuan semua orang yang berada dalam dunia perniagaan. Kebolehan Kasyaf menguruskan syarikat perniagaan milik keluarganya membuatkan Kasyaf dipandang tinggi. Lagi-lagi Kasyaf yang masih muda dan baru menginjak umur 30 tahun sudah memegang title 'The Youngest Bachelorette Millionaire'.
Tablet yang berada dipegangannya diletakkan ke atas meja. Badannya disandar kasar pada kerusi eksekutif miliknya. Berita mengenai dirinya itu hanya dipandang tanpa minat. Kasyaf tidak minat dengan publisiti yang diterimanya. Dia rimas!
Alat kawalan jauh dicapai dan ditekan. Bidai tingkap yang tertutup tadi mulai terbuka. Membenarkan cahaya mengisi ruangan pejabatnya.
Tok! Tok! Tok!
Kasyaf berpaling apabila pintu pejabatnya diketuk.
"Masuk." duduknya dibetulkan sambil matanya terarah ke pintu.
"Tuan Kasyaf, Tuan Emir is here. He's ready to see you in the meeting room." terang Amanda.
Kasyaf mengangguk faham.
"Okay. 2 minutes. I'll be there." Amanda akur kemudian bergerak keluar dari pejabat Kasyaf.
Kasyaf mengemaskan penampilannya. Suit yang tergantung kemas dicapai dan disarungkan ke tubuh sasanya. Suitnya dibutang sebelum langkah kakinya ditala menuju ke bilik mesyuarat.
Langkahnya terhenti saat melihat Izz yang sedang melakukan kerja.
"Izz." Izz Rizqi yang sedang sibuk, mengangkat pandangannya.
"Find me an interior designer for our next project and for the E.L Resort renovation."
"We already have. The one that used to work with us." jawab Izz. Semuanya sudah siap hanya menunggu projek itu memulakan pembinaan.
"No. I want a different one. I'm not satisfied with their previous works. Find a new one." senang sahaja Kasyaf mengarah.
"Perlu ke aku buat presentation setiap interior designer tu with their previous works and designs before approved, Tuan Kasyaf?" sinikal nada Izz.
"Yes, you can say it like that"
Izz menggulingkan biji matanya.
"How about the one that used to work with us?" Izz menyoal.
"Just compensate them although their works doesn't worth for any of our money." tegas Kasyaf lagi.
"Baik bos. Aku yang menurut perintah" Izz akur dengan arahan Kasyaf.
Kasyaf kemudian melangkah menuju ke meeting room bersama dengan Amanda.
YOU ARE READING
His Amore | SU
Romance#2 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙆𝙖𝙨𝙮𝙖𝙛 𝙀𝙫𝙧𝙚𝙣 | 𝘿𝙖𝙝𝙡𝙞𝙖 𝙀𝙡𝙫𝙞𝙣𝙖 Kasyaf's Obsession⚠️ Pertemuan pertama mereka bukanlah yang terbaik. Pertemuan pertama menjadi saksi kejadian yang menimpa mereka. Andai boleh, pertemuan itu ingin dihapuskan...