"Kasy tunggu!" laung satu suara.
Kasyaf yang baru ingin masuk ke dalam perut kereta terhenti. Dia kembali berdiri di sisi kereta Bugatti La Voiture Noire miliknya itu.
"Apahal? Aku nak gerak ke Kedah ni." jawab Kasyaf malas.
Ketiga-tiga adik kembarnya menapak ke arah pintu rumah agam.
"Kitaorang nak ikut. Kitaorang pun nak jumpa Tokma." ujar salah seorang adiknya itu.
"Khalaf, korang kena balik Itali. Lagipun apa function korang balik Kedah? Menyemak je." bidas Kasyaf. Malas sebenarnya mahu bertekak dengan adik-adiknya ini.
"Tak aci! Kau boleh pulang ke Kedah, asal kitaorang tak boleh? Kitaorang pun lama tak jumpa Tokma lah! Kalau kitaorang kena ke Itali kau pun kena ikut!" Kali ini si bongsu Khalif pula bersuara.
Kasyaf mengurut pelipisnya. Sakit kepala mahu mengurus adik-adiknya ini.
Dia kemudian menundukkan sedikit badannya sebelum mencapai sesuatu dari dalam kereta.
Klak!
Picu keselamatan Glock 19 diturunkan dan diacu ke arah dua orang adiknya Khalaf dan Khalif. Khalish yang paling sulung antara tiga kembar itu hanya melihat. Malas mahu masuk campur.
"Bila aku suruh korang balik Itali, korang balik. Jangan sampai aku benam korang berdua enam kaki ke bawah dekat rumah ni juga" nada Kasyaf tertahan. Cuba memupuk kesabaran yang tersisa.
"Daddy pesan korang balik untuk kenduri dekat rumah Tokma. Tapi, korang lari balik Malaysia dengan alasan nak tengok wedding Lut lepas korang berdua buat hal kat Itali then aku yang kena settlekan"
"Kalau tak disebabkan korang ni adik-adik aku, aku dah bakar sekali dengan kelab malam tu"
"Korang better balik Itali sebelum peluru ni tembus kat kaki korang. Syarikat kat Itali tu dah bertukar tangan pada korang. Nak tak nak korang kena uruskan. Kalau macam nilah perangai korang, tak hairan kalau syarikat daddy tu lingkup awal"
"Khalish! Kau pastikan dua ekor barua ni kau heret balik Itali. Kalau dorang tak nak, kau call aku. Tahulah apa aku nak buat" pandangan dingin Kasyaf bersabung dengan pandangan dingin adiknya itu. Khalish hanya mengangguk akur.
"Jangan ingat dah settle. Masalah yang korang timbulkan kat Itali, tak settle lagi antara korang dengan aku. Jangan sampai adik-adik aku dulu yang makan peluru. Aku tahu korang tak balik Itali, siap korang aku kerjakan." Kasyaf memberi amaran pada Khalaf dan Khalif. Dia tahu dua adiknya itu jenis tidak makan saman. Sengaja dia menggertak sebegitu rupa.
Khalaf dan Khalif menelan liur kesat. Tidak pernah melihat aura Kasyaf sedingin ini. Mahu tidak mahu mereka terpaksa akur. Niat untuk pulang ke Kedah terpaksa dibatalkan. Mereka perlu terbang ke Itali semula.
"Sampai Itali, korang jangan nak buat hal. Aku dengar korang buat masalah kat sana, peluru yang sambut kepulangan korang." pesan Kasyaf sebelum meloloskan diri ke dalam perut keretanya.
Bugatti La Voiture Noire itu bergerak meninggalkan pekarangan Luciano's mansion. Kereta dipandu menuju ke Kedah. Perjalanan menuju ke Kedah memakan masa hampir enam jam. Radio menjadi peneman sepanjang perjalanan Kasyaf ke Kedah. Dah orang tu tak ada buah hati. Kalau dah ada bini macam Hafiy Lutfan okay juga ada peneman.
Kereta Kasyaf dipandu memasuki pekarangan rumah kayu moden milik Tokma nya. Keretanya membuntuti beberapa lagi kereta dihadapannya iaitu kereta-kereta milik keluarga Hafiy Lutfan yang juga baru tiba di Kedah. Sebaik selesai memakir kereta mewahnya, Kasyaf keluar dari perut kereta. Masing-masing mengambil giliran bersalaman dengan Tokma begitu juga dengan Kasyaf.
YOU ARE READING
His Amore | SU
Romance#2 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙆𝙖𝙨𝙮𝙖𝙛 𝙀𝙫𝙧𝙚𝙣 | 𝘿𝙖𝙝𝙡𝙞𝙖 𝙀𝙡𝙫𝙞𝙣𝙖 Kasyaf's Obsession⚠️ Pertemuan pertama mereka bukanlah yang terbaik. Pertemuan pertama menjadi saksi kejadian yang menimpa mereka. Andai boleh, pertemuan itu ingin dihapuskan...