39

4.2K 238 19
                                    

DAHLIA yang sedang sibuk membersihkan rumah, tidak sedar yang suami dan anaknya sudah pulang selepas berjogging.

"Love, we're home," laung Kasyaf sedikit kuat cuba menyaingi bunyi mesin vakum.

Dahlia mematikan mesin vakum itu. Kemudian wajahnya dipalingkan ke arah suaminya itu. Jelas ada kerutan di dahinya.

"Love?" Kasyaf hanya tersenyum dengan soalan Dahlia itu.

"Sì amore mio," jawab Kasyaf. Matanya dikenyitkan. Dahlia pula dengan riak wajah yang beku. Langsung tak ada perasaan.

"Cliche," ujar Dahlia kemudian mengatur langkah ke dapur.

Kasyaf terkebil-kebil memandang isterinya itu. 'Itu je respond?' Matanya kemudian memandang Delisha yang hanya berada paras kakinya. Si anak hanya menjongketkan bahu. Tanpa sedar keluhan dilepaskan.

'Hadam jelah Kasy bini kau memang hati batu' bisik Kasyaf pada dirinya sendiri.

"Mari sarapan!" laung Dahlia dari dapur. Kasyaf dan Delisha kemudian pantas melangkah ke arah dapur.

Di atas meja makan, terhidang nasi lemak bersama dengan sambal ikan bilis. Aroma sambal itu mampu membuat sesiapa sahaja yang menghidunya pasti akan terliur.

Kasyaf dan Delisha pantas mengambil tempat duduk di meja makan. Tidak sabar untuk menjamu sarapan mereka itu. Air liur juga sudah berkali-kali ditelan.

Baru Kasyaf mahu mengambil sudu, tangannya dipukul perlahan oleh Dahlia. Wajah isterinya itu menyinga.

"Dah keluar berjogging pergilah basuh tangan dulu. Sedap sangat ke makan dengan bakteria?" tegur Dahlia tegas.

Terkulat-kulat bapa dan anak itu bangun semula dan melangkah ke singki untuk membasuh tangan. Dahlia hanya menggelengkan kepala. Sambil suami dan anaknya membasuh tangan, dia mengletakkan hidangan sarapan ke pinggan masing-masing.

Setelah itu, mereka bersarapan bersama. Masing-masing hanya senyap. Kasyaf hingga dua kali tambah nasi. Kalau lepas ni sixpacks hilang, faham-fahamlah.

"Are you free today?" soal Kasyaf yang masih duduk di meja makan sambil memerhati gerak geri Dahlia yang sedang membersihkan meja makan. Delisha sudah terlebih dahulu berlalu naik untuk mandi setelah diarah oleh Dahlia.

"Nope. I'm expensive everyday," jawab Dahlia. Jawapannya itu mengundang senyuman Kasyaf. Oh, dah pandai nak kenakan orang ya?

"My bad. I asked the wrong question," sambung Kasyaf. Dia berdeham seketika kemudian menyoal isterinya itu semula.

"Do you have some free time today?" soal Kasyaf lembut.

"I do. Why?"

"Kita pergi rumah mummy-daddy? Mummy jemput, hari ni dorang buat kenduri. Mummy dan Daddy nak fly ke Mekah lusa." Sontak terhenti pergerakan Dahlia sebaik mendengar ujaran Kasyaf itu.

"Kenapa tak bagitahu awal? Masak pun saya tak ada untuk bawa ke majlis kenduri. Takkan nak tunjuk muka macam tu je? Dahlah saya tak datang tolong semua." Berkerut dahi Dahlia. Dia memang tak suka kalau secara mendadak macam ini. Naik segan nak tunjuk muka, sudahlah mereka baru sahaja bernikah.

"Mummy pun baru bagitahu. Mummy call waktu tengah jogging tadi. Dorang pun tak rancang sebenarnya nak pergi ke Mekah tapi seru dah sampai. Terpaksalah juga semua last minute. Kita pergi ya?"

"Mummy pesan tak payah bawa apa-apa. Dia nak jumpa menantu dia je," sambung Kasyaf lagi.

"Yelah kita pergi. Takkan saya tak pergi pulak. Saya ni bukannya menantu hantu. Habis tu nak gerak jam berapa? Saya tak siap lagi ni." Jam dinding kemudian ditilik. Jarum  jam menumjukkan baru jam 10 pagi.

"Petang. Sebab kenduri malam." Dahlia menganggukkan kepala. Kerja yang tergendala tadi disambung semula. Setelah itu, Kasyaf turut berlalu naik untuk membersihkan diri. Badannya belengas!

Tepat jam 5 petang, mereka bertiga anak-beranak mulai bergerak menuju ke rumah keluarga Kasyaf. Setelah 45 minit perjalanan, mereka tiba di rumah agam milik keluarga Luciano itu.

Kereta milik ahli keluarga yang lain sudah mulai memenuhi pekarangan rumah agam tersebut. Sebaik memakir kereta, Dahlia dan Delisha keluar dari perut kereta terlebih dahulu. Kemudian, Kasyaf mengikut langkah mereka daripada belakang.

Perhatian ahli keluarga yang lain terarah kepada mereka apabila tiga beranak itu mengenakan warna baju yang sedondon. Semua tersenyum melihat kedatangan pasangan pengantin baru itu. Dahlia mengenakan abaya berwarna sage green manakala Delisha dengan dress dan Kasyaf mengenakan kurta bersama dengan seluar slack berwarna hitam.

Pasangan suami isteri itu sudah lagaknya seperti sedang berhari raya apatah lagi aura mereka seperti 'rich couple vibe'.

"Sampai pun anak menantu dan cucu mummy ni," sapa Puan Kamelia sebaik Dahlia dan Delisha tiba di muka pintu.

Dahlia bersalaman dengan ibu mertuanya itu kemudian disusuli oleh Delisha dan Kasyaf. Mereka turut bersalaman dengan ahli keluarga yang lain. Setelah itu, duduk dilabuhkan di atas sofa mewah di ruang tamu yang besar itu.

Tidak lama selepas itu, majlis kenduri juga dimulakan.

"KASY, kau tak jemput mertua kau ke?" soal Hafiy Lutfan setelah selesai menjamah hidangan kenduri yang disediakan. Dia tidak melihat kehadira mertua sepupunya itu.

"Mertua aku kat luar negara. Tengah bercuti," jawab Kasyaf. Air sirap di dalam gelas diteguk habis.

Matanya dari tadi melihat tingkah Dahlia yang sedang bermain dengan anak-anak Hafiy Lutfan yang diriba oleh Auliya.

"Lut, dulu macam mana lovestory kau dengan isteri kau?" Soalan yang secara tiba-tiba itu mengundang kerutan pada dahi Hafiy Lutfan.

"Eh kau ni tiba-tiba je. Kau ada masalah ke?" Kasyaf hanya menggeleng.

"Cerita kami klise je Kasy. Kami mulai kenal di sekolah menengah. Perkenalan yang membawa hingga terbinanya rumah tangga kami pada hari ini. Walaupun hubungan kami pernah putus seketika, tetapi begitulah perancangan Allah untuk kami," ujar Hafiy Lutfan sambil otaknya ligat berputar mengingati momen-momen mereka dahulu.

"Macam mana kau yakinkan isteri kau yang kau memang nak nikahi dia?" soal Kasyaf lagi.

"I date to marry her not fooling around. Auliya bukan seorang yang senang nak didapatkan. Berkali-kali aku cuba dekati dia, berkali-kali dia tolak. Tapi, action speaks louder than words. Kalau niat tu betul, dan apa yang kau buat tu sungguh-sungguh nakkan seseorang tu lama-lama dia akan nampak usaha kau nak dapatkan dia," jawab Hafiy Lutfan panjang lebar.

"Aku tahu kehidupan rumah tangga ni tak mudah Kasy. Satu benda kau kena ingat, kita sebagai suami sedang memikul satu tanggungjawab yang besar. Ketahanan dan keutuhan sebuah rumah tangga itu bergantung kepada kita sebagai suami,"

"Sebab kuasa membina dan meruntuhkan rumah tangga itu terletak pada seorang suami. Kita yang melafaz akad untuk membina rumah tangga, dan kita juga yang melafaz talak yang mana akan meruntuhkan rumah tangga."

"Sebagai seorang suami, kita kena bijak kendalikan emosi, konflik dan situasi. Aku tahu, kadangkala isteri sifatnya sedikit mencabar tapi kita kenal kawal emosi. Kalau kita gagal, keutuhan rumah tangga juga akan mulai goyah. Kita kena bijak kawal emosi sebab wanita ni sifatnya lebih beremosi. So, don't let the emotion control you. Either control your emotion or it will control you," Panjang lebar Hafiy Lutfan berbicara. Menasihati sepupunya itu setakat mana yang boleh.

Kasyaf diam menghadam bait bicara Hafiy Lutfan itu. Dia sedar dia sedang memikul tanggungjawab yang sangat besar tatkala ini. Dan dia juga yang harus mengemudi rumah tangga dia dan Dahlia ini dengan sebaiknya.

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now