03

4.1K 285 15
                                    

Kaca mata hitam ditanggalkan. Suasana lapangan terbang yang sesak dengan manusia itu hanya diperhatikan. Langkah panjangnya dibawa menuju ke pintu keluar.

"Kasy!" Seru satu suara menarik perhatiannya. Saat berpaling, kelihatan Izz Rizqi menunjuk ke arah sebuah kereta Tesla. Dua orang lelaki bersut hitam sedang berdiri di sisi kereta tersebut.

"Let's go." ujar Kasyaf kemudian melangkah ke arah anak-anak buahnya itu.

Pintu kereta bahagian belakang dibuka buat Kasyaf dan Izz. Kemudian, pemanduan dimulakan meninggalkan kawasan lapangan terbang itu.

"Kau nak pulang dulu tak?" Soal Izz pada Kasyaf.

Kasyaf melirik ke jam tangan yang melilit pergelangan tangannya.

"Terus ke office je. Lepas tu aku nak ke Majlis sanding Lut." jawab Kasyaf.

Izz mengangguk. Bahu anak buah mereka yang sedang memandu ditepuk. Tahu mereka mendengar perbualannya dengan Kasyaf. Anak buah mereka itu hanya mengangguk faham. Kereta dipandu menuju ke E.L Corporation.

Kasyaf menyandarkan kepalanya di kerusi penumpang itu. Matanya cuba dilelapkan seketika. Badannya terasa lenguh akibat penerbangan yang terlalu lama.

"Next week kau dah start meeting. Board meeting dengan shareholders." ujar Izz senafas.

Kasyaf berdecak.

"For God sake Izz. Bagi aku clear dulu kepala otak aku ni boleh tak? Kau boleh sampaikan benda tu esok lusa kan? Masalah kembar tu pun aku tak settle lagi." matanya masih dipejam.

Izz Rizqi hanya diam. Malas mahu bergaduh mulut dengan Kasyaf. Tahu lelaki itu tertekan. Sejak akhir-akhir ini banyak kerja yang perlu Kasyaf selesaikan belum termasuk lagi masalah-masalah yang ditimbulkan oleh adik-adik kembarnya.

"Fine. Esok lusa aku remind lagi. Ni kau ke office nak buat apa? Patutnya next week baru kau masuk office kan?" soal Izz.

"Aku nak tengok office. Daddy kan tak ada. Aku nak tengok berapa banyak pekerja dia makan gaji buta. " jawab Kasyaf.

Izz hanya diam sebaik mendengar jawapan Kasyaf itu.

Sedar tidak sedar, mereka tiba di bangunan syarikat E.L Corporation. Bangunan itu serba gah. Sebaik kereta diberhentikan, pintu dibuka untuk Kasyaf dan Izz yang duduk di bahagian penumpang belakang. Kasyaf dan Izz melangkah keluar dari perut kereta.

Suitnya dibutang kemudian langkah panjangnya dibawa masuk ke lobi syarikat itu. Kelibat Kasyaf disambut dengan bisikan-bisikan halus. Bisikan yang memuji kekacakan Kasyaf.

Kasyaf melangkah menuju ke arah lif sebelum ditahan oleh seorang pengawal yang sedang bertugas.

"Minta maaf Encik. Lif ini hanya untuk VIP. Sebarang urusan sila buat temu janji terlebih dahulu." ucap lelaki tersebut sambil menunjuk ke arah kaunter resepsi yang terletak di tengah lobi itu.

Kasyaf menjongketkan keningnya. Bibirnya menguntum senyuman senget. Kepalanya dipalingkan ke arah Izz seketika. Izz hanya berwajah tenang. Dia tahu ada sesuatu yang bakal Kasyaf lakukan. Dia sudah cukup faham dengan perangai Kasyaf.

Kasyaf kemudian mengubah langkahnya menuju ke kaunter resepsi. Seorang wanita bernama Linda sedang duduk dan melakukan kerjanya di kaunter itu.

"Selamat tengah hari. Encik datang atas urusan apa? Boleh saya dapatkan nama?"

"Kasyaf Evren bin Emir Luciano." jawab Kasyaf senafas.

Linda perlahan-lahan mengangkat pandangannya yang sedari tadi fokus pada skrin komputer. Dia kenal nama itu. Dia sudah cukup lama berkhidmat di Syarikat E.L Corporation ini dan nama itu sangat tidak asing padanya.

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now