32

4.8K 307 35
                                    

"AKU nak aje sagat muka anak si Darwisy tu. Memang tak reti malu. Mesti dia dah guna-gunakan lelaki tu sampai lelaki tu nikah dengan dia," ucap makngah tanpa pedulikan orang sekeliling.

Sejak tadi lagi maksu dan makngah melihat Dahlia dengan penuh kebencian. Mungkin hati mereka sudah terlalu hitam sehinggakan kebahagiaan anak saudara sendiri tidak didoakan malah dikutuk.

Sedang mereka mengutuk, Dahlia dan kasyaf tika itu duduk tidak jauh dari makngah dan maksu. Mereka berehat setelah lama bertegur sapa dengan tetamu yang hadir pada majlis pernikahan mereka itu.

Laju telinga Kasyaf mendengar bicara sumbang kedua ibu saudara Dahlia itu. Matanya mencerlung tajam ke arah dua susuk tubuh yang berada di sudut ruang tamu itu.

Kasyaf berdiri ingin membuka langkah namun terhenti apabila lengan baju melayu miliknya ditarik seolah-olah menghalangi langkahnya.

"Just let it go Kasyaf," ucap Dahlia. Bukan dia tidak dengar apa yang dituturkan oleh kedua ibu saudaranya. Dia dengar tetapi, dia tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi-lagi ini adalah hari pernikahannya.

"But.."

"Just ignore them. They will always talk behind my back because thats where there belong, just behind my back," ucap Dahlia lagi tanpa nada.

Sebaik mendengar bicara Dahlia, Kasyaf hanya akur. Dia kembali melabuhkan duduk pada sofa di sebelah isterinya itu. Suasana suami isteri itu hanya hening.

"Mummy!!" suara itu memecahkan suasana janggal antara Dahlia dan Kasyaf. Masing-masing kalih wajah ke arah punca suara tersebut.

Delisha berlari kemudian memeluk betis Dahlia. Sekelip mata, Delisha sudah diangkat ke atas riba Dahlia.

"Mummy," panggil Delisha perlahan. Cukup untuk didengari oleh Dahlia sahaja.

"Hmm?" Dahlia dekatkan telinganya ke arah bibir Delisha apabila anaknya itu sepertinya ingin membisikkan sesuatu.

"Isha dah ada daddy ya?" Dahlia lakarkan segaris senyuman. Kemudian dia menganggukkan kepala.

"Can I call him daddy?" soal Delisha lagi. Dahlia curi pandang ke arah Kasyaf seketika. Suaminya itu sejak tadi memerhatikan mereka.

"yes, you can sayang," jawab Dahlia. Delisha diturunkan dari ribanya. Lama Delisha memandang Kasyaf. Sebelum melangkah setapak mendekati Kasyaf. Kasyaf hanya melihat perilaku Delisha itu.

"Hey, muffin," tegur Kasyaf sambil senyum ke arah Delisha. Delisha hanya diam membisu.

"Dad..daddy?" panggil Delisha. Janggal terasa panggilan itu pada lidahnya. Kasyaf memandang ke arah Delisha seolah-olah terkesima.

Tidak sangka dia dapat mendengar gelaran itu meluncur keluar dari mulut Delisha. Anaknya sendiri. Darah dagingnya.

"Hey muffin," ucap Kasyaf kemudian melelar lengan Delisha agar mendekatinya. Dahi Delisha dikucup sejenak kemudian lama ciuman dilabuhkan di ubun-ubun anaknya itu.

Delisha didukung dan diletakkan pada ribanya. Kasyaf mengamati wajah Delisha. Iras wajah anaknya itu memang salin tak tumpah seperti Dahlia tetapi iris mata Delisha yang kebiru-biruan itu diwarisi daripada dirinya.

Tanpa sedar, mata biru itu berkaca-kaca. Cepat-cepat Kasyaf menghapus air mata yang mulai memanas di juring mata.

Dahlia hanya memerhati. Melihat Delisha yang begitu mudah berinteraksi dengan Kasyaf, menghadirkan sedikit rasa senang di hatinya.

"El," tegur Datuk Darwisy yang datang menghampiri anak dan menantunya bersama dengan Datin Eliza di sisi.

Dahlia pantas berdiri dari duduk kemudian mendapatkan kedua ibu bapanya. Lama Datuk Darwisy dan Datin Eliza menatap satu-satunya anak perempuan mereka itu.

Dahlia hulurkan tangan ingin menyalami kedua ibu bapanya itu. Hulurannya bersambut. Sebaik bersalaman dengan Datin Eliza, si ibu menarik si anak ke dalam pelukan.

"El, dah jadi isteri orang. Besar tanggungjawab yang El galas. Jadi isteri yang taat ya nak?" pesanan dan juga rayuan yang Datin Eliza sampaikan. Dia tahu bagaimana awal hubungan anak dan menantunya itu.

Datin Eliza hanya mampu berharap, hubungan rumah tangga yang terbina ini akan berkekalan dan hubungan yang dahulu keruh dapat dijernihkan.

Sebaik dileraikan pelukan dengan Datin Eliza, Kasyaf mengambil giliran bersalaman dengan ibu mertuanya itu. Dahlia menyalami tangan Datuk Darwisy. Anak mata kedua beranak itu berpapasan sebelum Dahlia menghamburkan tangisannya.

Lantas, tubuh si anak ditarik ke dalam pelukan oleh Datuk Darwisy. Mata tua itu turut berkaca-kaca. Dahlia cuba ditenangkan. Hati tuanya turut terasa sayu. Hari ini, terlepaslah tanggungjawab mereka terhadap satu-satunya anak perempuan mereka.

Tanggungjawab itu kini digalas oleh Kasyaf. Dia lepaskan satu-satunya anak perempuan mereka kepada Kasyaf. Dengan harapan lelaki itu dapat menyayangi dan mendidik Dahlia seperti mana yang mereka lakukan sebelum ini.

"Anak papa dah jadi isteri orang tapi itu tak bermakna El tak boleh datang jumpa kami. Rumah ni sentiasa terbuka untuk El. Datanglah bila El perlukan kami," ucap Datuk Darwisy.

"Dah, El jangan nangis. Hari ni kan hari bahagia El," pujuk Datuk Darwisy lagi.

Pelukan dileraikan. Air mata yang merembes lebat di wajah Dahlia, diseka oleh si ayah.

Datuk Darwisy kalihkan pandangan ke arah Kasyaf yang sudah rasmi bergelar menantunya sejak beberapa jam yang lalu.

"Pa...," Datuk Darwisy senyum kecil kemudian mereka bersalaman. Datuk Darwisy menepuk perlahan bahu Kasyaf.

"Kasy," Kasyaf menanti Datuk Darwisy menyambung kata-katanya.

"Andai nanti kamu dah tak nak pada El, dah tak sayang dia, kembalikanlah dia kepada papa dengan mama semula. Seperti mana kami serahkan El pada kamu, pulangkanlah El dengan baik kepada kami," ucap Datuk Darwisy. Sebak di dada cuba dikawal dengan sebaik-baiknya.

"Didiklah El menjadi isteri yang soleh. Dan jangan pernah sakiti El. Kami tak pernah tangankan dia dan kami harap kamu bukan orang pertama yang menyakiti fizikalnya. El mungkin kadang kala keras kepala dan kadang kala tingkahnya menguji kesabaran tetapi kena dengan cara yang betul dia boleh dilentur," sambung Datuk Darwisy lagi.

Kasyaf mengangguk faham. Akan dia jaga wanita ini sebaiknya. Akan dia sayangi selayaknya. Cukup sekali dia sakiti wanita ini, mana mungkin dia mahu menyakiti Dahlia lagi.

"InshaAllah pa. Selagi hati ni tuhan tak bolak balikkan, Kasy akan sayang dan jaga dia," ucap Kasyaf menyakinkan si ayah mertua. Dahlia hanya membisu sambil mendengar perbualan suami dan ayahnya.

Datuk Darwisy dan Datin Eliza senyum mendengar ucapan Kasyaf itu. InshaAllah dengan izin Allah dan doa mereka, rumah tangga anak mereka ini akan bahagia. Dengan izinnya, dua hati akan bersatu dan saling mencintai.

"Dah, tu mummy dan daddy kamu tunggu nak bergambar lagi," ujar Datuk Darwisy kemudian menghalakan pandangan ke arah Tuan Emir sekeluarga.

Kelihatan pasangan suami isteri itu tersenyum ke arah Dahlia dan Kasyaf. Senyuman itu berbalas. Manakala adik-adik Kasyaf sudah teruja untuk mengambil gambar. Tingkah dua orang adik kembarnya itu menyebabkan Kasyaf membuang keluh namun terukir segaris senyuman pada bibir Dahlia melihat gelagat adik-adik iparnya itu.

Kasyaf mengerling ke arah Dahlia. Sedar akan senyuman yang terbit di wajah itu. Dia kemudian berdeham sebelum melelar lengan isterinya dan menapak ke arah keluarganya untuk sesi bergambar mereka sekeluarga.

وَمِنْ كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah."

Surah Az-zariyat ayat 49

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now