15

4.3K 364 66
                                    

Dua hari Dahlia diamkan diri. Dua hari juga Kasyaf semakin menjadi-jadi. Lelaki itu semakin berani datang ke sekolah untuk bertemu dengan Delisha walaupun sekejap.

Hari ini, Dahlia tidak boleh berdiam diri lagi.

Dahlia melangkah laju di lobi E.L's Corp. Pintu lif dituju. Wajahnya tegang seolah-olah sedang menahan amarah. Punat 21 ditekan sebaik dia melangkah masuk ke dalam perut lif tersebut.

Ting!

Sebaik pintu lif terbuka, Dahlia membuka langkah. Pandangan orang lain langsung tidak dihiraukan.

"Cik! Cik tak boleh masuk." Dahlia endahkan sahaja larangan wanita itu. Dia tahu wanita itu merupakan setiausaha Kasyaf.

Saat ini dia terlalu marah. Kasyaf Evren sudah melampau! And she has reached her limit.

"Cik!"

Bum!

Pintu pejabat tersebut ditolak kasar oleh Dahlia. Dadanya berombak laju. Hatinya bertambah sakit apabila melihat Kasyaf yang sedang elok tersenyum manis bersama dengan Izz.

"Sorry, Tuan Kasyaf. I tried to stop her."

"It's okay Amanda. You can go." Amanda mengangguk kemudian menapak keluar.

"Izz, leave us please." Izz Rizqi akur. Macbook ditutup. Kemudian dia turut berlalu keluar dari pejabat Kasyaf.

"So, Miss Dah.."

"What the hell are you doing?!" Naik beroktaf nada Dahlia. Jangan ingat dia akan berdiam diri apabila dia dapat tahu Kasyaf berani datang ke sekolah Delisha.

"You need to calm down. Please, have a seat." Kasyaf cuba menenangkan Dahlia. Wanita itu kelihatan benar-benar berang. Wajahnya juga mulai merah padam.

"I don't need to calm down. And you need to stay away from my daughter!" Suara Dahlia celah gigi. Kalau ikutkan hati mahu dia balun Kasyaf Evren saat ini.

"And you should take back your million worth dress. My daughter doesn't need anything from you. I can still afford to buy it for her." Beg kertas yang berada dalam pegangan dibaling kasar ke arah Kasyaf dan mendarat di hadapan kaki lelaki itu.

"You take one step near my daughter again, I'll have a restraining order against you. Mark my words." Dahlia tidak bermain dengan kata-katanya. Dia akan lakukan apa sahaja agar Kasyaf tidak mendekati anaknya.

Dahlia pusing tubuh dan mengatur langkah ingin keluar. Mata-mata yang melihat dari luar pejabat Kasyaf dia tidak peduli. Semua kepochi!

"Why are you so protective of her?" Entah soalan apa yang Kasyaf lontarkan. Sudah tentulah Dahlia bertindak sedemikian kerana Delisha itu adalah anaknya. Ibu mana yang tidak akan melindungi anaknya sendiri?

"She's my daughter, am I right?" Soalan Kasyaf membuatkan Dahlia pasak kaki ke bumi. Langkahnya terhenti. Tangannya digenggam dan matanya dipejam seketika.

Dahlia pusing tubuh menghadap Kasyaf semula. Dia menatap lelaki itu dalam-dalam. Cuba membaca apa niat sebenar lelaki itu.

"She's my daughter not yours. And she'll always be my daughter." Nafi Dahlia. Gementar yang bertandang dia tepis jauh-jauh. Dia tidak mahu kelihatan lemah di mata lelaki itu.

"Do not challenge me Kasyaf Evren. I respect you as one of my clients. Don't you dare to cross that boundaries. Once you do, you will regret it." Nada Dahlia keras. Dia tidak bergurau. Sekali Kasyaf mencabarnya,dia akan lakukan yang lebih teruk.

"A DNA test result never lie, you know?" Kasyaf buka laci kemudian tayangkan sehelai kertas. Tertera keputusan ujian DNA.

DNA TEST REPORT

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now